Monday, April 23, 2007

lemau

khamis nih, cuti pertabalan Agong. selasa & rabu plak, cuti hari pekerja & wesak. wahh sakan nahh? bercuti panjang kita kali nih.

kalau ikut cadangan asal, cuti nih aku gi masuk hutan. ada xpdc mendaki gunung Tahan. tapi last minit trip cancelled (atas sebab musabab yg aku terlupa nk tanya). since aku pun tader backup plan, maka marilah kita membalik kan diri ke kampung tercinta.

eh, dengar cerita ada sorang trekker meninggal dunia sbb terlalu penat masa mendaki Gunung Tahan 18 april rituh (al-fatihah). tak dapat nak bayangkan situasi mcm nih kalau jadi dlm team aku. ikutkan, nih bukan cerita pertama yg aku dgr tentang org meninggal dunia atas gunung. dah banyak kali. macam-macam cerita.. ada yg mati kesejukkan, mati terhidu gas karbon monoksida (kes bawak lantern masuk khemah), kena sambar petir, kepenatan, jatuh gaung, kena hempap batu, kena serang binatang buas / berbisa, etc. lebih mengharukan bila terpaksa menjaga jenazah org yg meninggal dlm hutan sementara tunggu bantuan sampai. nauzubillah.

insyaAllah sumer nih takkan patahkan hobi outdoor aku. kata org, berpantang ajal sebelum maut. err btul ke? alah, kalau dah takdir nak mati tu, kat memana pun boleh jadi. tak gitu?

Thursday, April 19, 2007

bersemangat nih

baru balik dari melaka mlm td. penat tp lega.

lewat petang semlm pegi Pengkalan Balak. singgah kat restoran peberet aku dulu. makan nasik goreng cilipadi. sedap giler! makan plak sambil tgk view pantai. best! lama dh aku tak makan kat situ. rasanya since aku form 6 dulu kut. restoran tu pun dh byk berubah. dulu kedai buruk je. sekarang, wallaaa!

lepas mkn, balik umah jap. tgk bapak. nenek plak dah siap masak asam pedas peberet aku! waahh, makan lagiii! alhamdulillah, ayah sihat. nina pulak semakin pandai bercakap. sikit pun tak pelat. bapak tak bagi kami ajar dia cakap pelat. kata bapak, biar betul butir sebutan ayat dia. senang org nak faham nnt. lagipun, kalau di ajar cakap pelat, nnt besar jadi mengada-ada. ada btul juga ckp bapak tu. dulu, aku ingat bebudak kecik nih mmg style ckp derang pelat-pelat belaka. rupanya, bebudak tu tiru percakapan kita.

lepas magrib, aku gerak balik KL. wiken nih rasa cam nak balik melaka lagi. semlm tu sekejap sgt rasanya. tak sampai 3 jam aku duduk kat umah. tak lepas pun rindu ni lagi. ikutkan, nk je aku tidur kat kampung mlm tadi. tp, apa nak buat. terikat dgn keje.

hari nih sure aku tak lekat kat opis lagi. ada function kat Istana Hotel. lewat mlm baru balik. till then mr blog.

ops.. ops.. ada satu lagi. ada org naikkan amarah aku semlm. masa tgh bz kat melaka, aku received call. tak boleh jwb coz tgh bz. tp, bila h/p tu dh berbunyik pat lima kali, aku angkat lah jugak. it wuz "tak-payah-la-aku-mention-nama-buat-masa-ni". katanya, awek dia cakap kat dia, aku duk jaja and buruk kan nama awek dia dlm blog aku nih. pastu duk tuduh aku hendakkan "dia" balik... hurm, pelik aku. sepanjang penulisan aku kat sini, tak penah walau sebesar kuman aku mention pasal awek dia kat sini. macam-macam perangai org sekrg nih. haper glamer sangat ke awek dia tu? nak sangat ke aku tulis psl dia? kang aku tulis bebtul kang..

takper lah, aku alhamdulillah kan je. maybe dia tak baca katam blog aku nih. for info la kan, aku ulang sekali lagi. aku tanak der sesape pun. hati aku tak terbukak pun utk bercinta cintun nih. jgn la asal tgk org "single" daahh kena tuduh perosak hubungan org berkapel. kuno nya.

lagi satu kalau tak faham kiasan yg aku guna dlm blog, meh sini aku nak buat confession terbuka, aku mungkin dulu bergaul dgn plu. malah penah jadi sebahagian dari derang. tapi sekarang, aku dah jumpa "nur" yg aku cari. though sekrg nih aku masih ditengah-tengah, tak mungkin sesekali aku berpatah balik. aku nak cari keredhaan Tuhan. aku nak betulkan jalan hidup ni.

atau dgn erti kata lain, kau tak payah risau. tak payah la nak terganggu gugat dgn aku nih. aku TAKKAN mungkin balik pada dia. faham tak?

lagu yg aku duk nyanyi-nyanyi sekarang ni : Alasanmu by Exist

Ikhlasnya hati sering kali disalah erti
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula suatu ketenangan
Andai kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu semenjak dahulu

Monday, April 16, 2007

cerita sedih

sumthing happened..
not willing to share..
but its breaking me.. really breaking me

Ayah & Ibu by Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat

Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup.. supaya hidup kita akan selamat

sedih la. sedih sgt. dalam dua tiga hari kebelakangan ni aku asyik teringatkan kenangan lama antara aku dan bapak (ekceli, realitinya aku guna panggilan "ayah". kat sini je aku guna "bapak"). sebagai anak, lelebih lagi sebagai anak yg sulung, aku rasa bertanggungjawab sepenuhnya utk jaga bapak. tapi, bila aku renungkan balik.. rasa mcm tak ada satu apa pun yg aku buat utk menunjukkan rasa tanggungjawab aku tu. kalau ada pun.. macam tak ada.. sikit sgt.. tak boleh nak compare dgn apa yg bapak penah buat utk aku dulu.

bapak tak mcm bapak org lain. dia tegas dlm apa pun. terlalu tegas sampai kami adik-bradik gerun dgn dia. hasilnya.. kami tak mesra dlm komunikasi. mesra maksud aku, kalau berborak tu taderlah sampai boleh bergurau mesra share cerita rahsia bagai. kenkadang, sama ada bapak or kami try gak nak meramas mesra kan keadaan. tapi tu lah.. mcm keras je. kaku.

mcm mana pun, aku tak penah salahkan sesiapa. aku faham sgt situasi bapak. boleh dikatakan aku sebagai saksi pada sebahagian suka duka hidup bapak. aku faham kenapa bapak mcm tu. jerih perih, jatuh bangun, sendu tangis dia dalam menjaga dan mempertahankan kami tak penah siapa pun amik peduli. aku kagum dgn ketabahan bapak. kalau aku dlm situasi bapak, belum tentu aku secekal itu.

dlm sumer adik-beradik, walaupun tak jelas, aku tau bapak lebihkan aku. lebihkan bukan bermakna pilih kasih. bapak suka memerhati. kalau dia tgk kecenderungan atau minat aku ke arah sesuatu yg mendatangkan kebaikan, dia akan bagi sokongan penuh. penah sekali tu, aku minat sangat menulis. aku selalu guna mesin taip yg Busu guna zaman Busu studi dulu. ekceli, mesin tu dah rosak. aku betulkan sendiri & tukar tali karbon kat dlm tu. tapi tak lama guna mesin tu rosak balik. agaknya kesian tgk aku terkial-kial nak tekan & tarik huruf yg asyik tersangkut kat paper, bapak akhirnya belikan satu mesin taip baru utk aku - kaler hitam (1997). hepi sungguh aku taim tu. ikutkan masa tu org dh start guna komputer. tapi tak kisah lah. mesin taip hitam tu dah cukup utk buat aku bangga.

sebagai anak yg memahami, aku cuba utk tak susah kan hidup bapak. segala apa masalah pun, aku akan cuba selesaikan dulu. tak pun, minta bantuan adik-adik. dan kalau rasa tak boleh diselesaikan.. baru rujuk pada bapak.

dulu masa kecik-kecik, aku selalu fikir cara utk bahagiakan bapak. aku nak dia hidup selesa. aku nak jaga adik-adik. aku nak buat mcm-mcm lah utk dia. ingat lagi masa bapak hantar aku masuk U. kami takde transport masa tu. nasib baik ada pakcik sorang ni volunteer nak hantar (tapi bapak kena prepare duit tol & minyak lah). ramai sedara mara & org kampung nak ikut menhantar aku taim tu sebab aku satu-satunya budak kampung yg berjaya masuk U (batch aku lah). yang tak best, rupanya niat derang menghantar aku tu bukannya ikhlas. nak pegi shopping katanya. maklum lah, dekat dgn Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Langkawi etc. Kesian bapak, tak sempat nak tunggu aku daftar dah terpaksa ikut org-org kampung yg kemaruk bershopping. dia juz dapat hantar & tinggalkan aku sengsorang buat pendaftaran. nangis aku bila kena tinggal camtu. kesian jugak kat bapak. tergenang air mata dia tgk aku. sempat aku marahkan diri sendiri sebab buat bapak sedih. masa nak pergi, bapak hulur not lima puluh. aku tahu bapak takde duit taim tu. walaupun kepala aku pening nak fikir mana nak cari duit tampung life aku kat situ sementara nak tunggu pinjaman, aku pendamkan dlm hati. bukan aku sorang anak bapak. ramai lagi adik aku yg lain yg perlukan perhatian bapak. aku faham. bapak dah hantar aku sejauh tu pun kira bersyukur sgt.

tahun demi tahun, aku rasa cam tak sabar sangat nak habiskan study. setiap semester aku amik lebih dari jumlah kredit yg ditawarkan semata-mata tak sabar nak keje dan tolong bapak. duit pinjaman yg aku dapat pun, sebahagiannya aku bagi pada bapak & adik-adik. kalau student lain still harapkan duit mak bapak, aku masih boleh tersenyum sebab aku tak penah meminta-minta pada bapak. seingat aku, sekali je bapak bagi, itupun masa pendaftaran dulu. eh, ada lagi.. dulu masa aku nak guna komputer, bapak ada belikan - guna EPF (masa memula gomen promot "satu rumah satu komputer").

entah mana silapnya, habis je belajar aku terpesong jauh dari impian aku selama nih. aku terlalu mementingkan kerje dan cinta. khusyuk sgt bekerja sampai tak hiraukan weekend. asyik sangat bercinta sampai masa aku byk habis dgn si-dia. aku lupa.. kebahagian tu sebenarnya bukan terhasil dari limpahan kemewahan.. bahagia tu bermaksud kasih sayang.. ambil berat.. percakapan.

tahun 2005, cinta pergi tinggalkan aku. dlm sedih aku bersyukur. setidaknya ia menyedar & menginsafkan aku. hari ini, cinta dah aku buang jauh. kalau pun ada ruang, masih panjang lagi masa utk itu. yg penting kini, kebahagian bapak. maruah bapak. cita-cita bapak. tahun nih, insyaAllah, bapak takkan sedih lagi. InsyaAllah!

Thursday, April 12, 2007

a lil sumthing II

its Fuzzy's birthday today. wish him all the great thing in diz world. mlm tadi dah celebrate sesama dgn memember rapat kat umah dia. sadly, Chua tak dapat join last minute. dia ada keje pulak.

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang .. oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam


Friday, April 06, 2007

cerita suka


bosannya arinih.. jom teman Nina tgk gambar. nak tak?








:: majlis pernikahan & persandingan Sham & Ida ::

p/s: credit to Sc, Wan & My Family for diz photos

cerita lara

lately, cemacam masalah yg dtg. masalah yg dh dijangka. masalah yg akan selesai. tapi amik masa sikit lah. sebulan dua ke.

pressure aku dibuatnya.

camner pun, emo kena maintain. kang kalau buat muka risau, sure adik-adik aku perasan. hm.. sabar je lah. dugaan kali nih bersifat sementara. datang pun atas sebab yg kukuh. so, aku kena terima dgn redha. berdoa je lah. insyaAllah.

lewat mlm semlm aku pegi lawat H. ikutkan, aku mmg dh tak larat sgt nak ke Cheras. kenangkan janji dan tahap keperihatinan yg melampau dlm diri nih, aku gagahkan jugak. sempat tapaukan nasik goreng kampung dgn air laici peberet dia. masakkk sgt aku dgn H nih. sure dia belum makan sepanjang hari. degil sangat nak telan nasik taim sakit-sakit camnih.

dekat kul 10 lebih aku sampai sana. sempat gak jumpa Yati - hosmet dia. nih first taim aku kenal Yati. baik budaknya. sib baik dia cuti arinih. at least ada jugak lah org yg temankan H. setakat nih takde apa yg berubah dkt H. demam still tak ok lagi. badan pun lemah sgt.

berjaya jugak aku paksa H makan. siap bersuap lagi. manja laa sgt. perangai tak berubah langsung. mcm dulu-dulu jugak. tapi tak sampai separuh pun luaknya nasik tu. takper lah. janji dapat alas perut.

tak lama aku lepak kat umah H. dlm kul 11 lebih aku balik. janji nak jenguk dia lagi.

sebenarnya mlm nih aku kena gerak ke Tg Malim. ada ekspidisi ke Gunung Lebah. gerak lewat sikit taper kut. lagipun start mendaki kul 7.00 pagi esok. lepas lawat H nanti aku gerak lah. insyaAllah sempat.

so, esok aku masuk hutan - masa utk rehatkan minda. sarat sgt dah nih.

...biar alam bersatu dgn aku!.. *chewah*

.......

nk jumpa Nazry & adik aku, Amir jap lagi. harap separuh dari beban yg terpikul kat bahu aku nih hilang. walaupun utk sementara, aku berharap sgt. at least, aku still ada masa nak selesaikan yg lain.

hm, berkias fansuri btul entry aku hari nih. lantak ar.

Thursday, April 05, 2007

H sakit

risau aku.

semlm dpt phone call dari H. lemah je suara dia. aku suruh gi klinik. tak larat jalan katanya. hosmet dia plak sumer keje.

lewat petang, aku plak yg call dia. tanya keadaan dia camner. sedih aku dgr suara dia. terlalu lemah.. mencungap-cungap. aku mintak alamat umah - nak gi jenguk dia. ekceli sebelum nih ada la sekali aku gi umah dia. atas jemputan. tapi taim tu aku tak amik port sangat nombor umah dia.

abis je keje aku terus gi Cheras. ajak Fuzzy skali. tapi Fuzzy tunggu kat bawah la. mana buleh masuk umah org pompuan.

tersentuh hati aku tgk keadaan H. kesian dia. terlantar sengsorang. aku nangis. H pun nangis.

mlmnya kami bawak H gi HUKM. buat medical check up.. check urin, darah segala. alhamdullilah, takde apa yg seriyes. tapi, kata doc, tak dapat nak detect dia sakit apa coz demam dia still kat early stage. tunggu sehari dua lagi kalau tak sembuh, H kena gi hospital lagi.

dan mlm tadi jugak aku stay kat umah H. temankan dia. itupun on request.

pagi nih, aku tgk keadaan H takde perubahan. ikutkan hati, aku nak amik cuti temankan dia. tapi harinih ada Exco meeting - tak boleh tidak aku kena attend. petang nih insyaAllah aku pegi sana lagi. harap dia cepat sembuh. aku nak dia sihat mcm selalu.

Tuesday, April 03, 2007

rezeki yg belum pasti III

semlm, gi interview. aku bajet at least 3 org yg akan interview aku nnt. skali sorang je daa. lelaki - chinese.

aku sampai 5 minit awal. sementara nk tunggu director nih sampai, derang suruh aku duduk kat dlm satu bilik nih. siap hidang air lagi. few minutes pastu, baru interview start.

so far, aku puas hati lah. buleh la aku amik dat guy bekerja ngan kompeni aku. eh silap. dia ke aku yg kena interview nih? *lawak bangang*

tapi btul la tu. aku puas hati dgn setiap jawapan yg aku bagi. sama ada berjaya atau tak, tawakkal je lah. kalau Tuhan takdirkan rezeki tu untuk aku, adalah.. kalau tak.. takdelah.

camnerpun, kata dat chinese guy, still ada satu lagi interview yg aku kena attend kalau terpilih. hm..

last saturday, aku spent time mengecat. tak hehabis dgn mengecatnya. ada lagi few part dlm umah Chua & Fuzzy yg belum bercat. tapi by time aku tulih nih dah siap keseluruhannya dah. lawa? buleh tahan la.. cemacam kaler ada.

ruang tamu combination warna hijau pucuk pisang & biru muda (plus border warna cream corak tapak kaki toyol - hiks). master bedroom kaler orange (cuNn giler). bilik kedua warna kuning. bilik ketiga warna light purple. dapur warna hijau petronas.. pehh berwarna-warni sungguh!

ahad plak, juz lepakking kat umah.