baru balik dari Melaka semlm. part yg paling seronok of coz lah masa jumpa Nina! semakin comel budak kecik nih. umur dia dah genap 2 tahun. dah pandai sgt bercakap. geram tgk dia. eyy.. geram lah!
lately nih aku jadi pendengar setia masalah-masalah org sekeliling aku. macam-macam. ada tu yg buat aku kesian. ada pulak yg buat aku terkejut. ada jugak yg buat aku geleng-geleng kepala. tu je lah yg mampu aku buat. bukan tanak menolong. derang kena paham, bukan semua mender aku mampu tolong. kalau aku jutawan sekalipun, certain org je yg aku boleh tolong. org yg tak mahu berubah, tanak terima nasihat, duk pikir diri sendiri tu betul, duk ulang mistake yg sama.. layak ke diberi pertolongan? hah, jawab.
semlm masa kat kampung, bapak suruh petik buah kuinin (betul ke ejaan nih?) kat belakang rumah. err, tahu ke buah kuinin tu buah apa? ala.. mcm buah mempelam jugak. bezanya kalau buah nih masak, bau dia subahanallah, wanginyaaaa!
sebenarnya, aku malas nak petik buah nih. semut banyak. walaupun semut tu bukan jenis yg menggigit, tapi bila dah banyakkkk camtuh, buat buat orang pikir dua tiga kali gak lah nak memetik buahnya.
bila bapak dah sebut dua tiga kali, aku tak sampai hati plak. yelah, pokok nih bapak yg tanam. buah sulung plak tu. sure lah dia nak anak-anak dia merasa. terpaksa gak la aku heret Uj gi sama. nasib baik lah pokok tu rendang. buah dia boleh petik pakai tangan. senang keje. tak banyak aku amik. tak sampai sepuluh biji pun. jadi lah. lepas habis petik sumer, aku gi depan umah. tunjuk kat bapak. terkejut dia tengok baju dgn kepala aku penuh semut. haaaa.. tu lah. tadi dah cakap, tak caya. tak pepasal kami terkial-kial buang semut. kelakar.
hm, sekejap je dah masuk pertengahan bulan lima kan?. berdebar nak tunggu hujung tahun. bukan apa.. berdebar nak memikirkan tentang azam yg dibuat awal tahun rituh. mampu ke aku tunaikan? insyaAllah.. dlm proses skrg nih.
check email pagi tadi, ada satu trip outdoor untuk ke Gunung Rajah. anjuran team KHK. lokasi kat Bentong, Pahang. tarikh dari 2 - 3 June 2007. bayaran RM 50 (rations + guide + peralatan camping). transport dari KL ke Bentong, sendirian berhad (bagi yg takde transport, tipun lah incik organizer, nanti derang adjust korang punya seats). Berminat sila bank in RM50 ke akaun Maybank 164575026344 Incik Ku Azreen dan maklumkan ke 012 3875897
sedikit infor tentang Gunung Rajah: ketinggian gunung nih 1,685 meter (5,526 kaki). view kat puncak 360' (boleh tgk permandangan sekeliling kat puncak. sunset, sunrise mmg superb) kat kaki gunung nih pulak, ada air terjun yg lawaa.. air terjun Chamang namanya. so, mmg tak rugi lah kalau gi gunung nih. dua dalam satu katanya.. penat naik gunung, buleh layan tiruk.
insyaAllah, kalau takde aral, aku akan join trip nih. lets go OUTDOOR.. rilek kan otak yg bercelaru tu. tengok kecantikkan alam ciptaan Tuhan. dekatkan diri dengan-Nya. subahanallah!
No comments:
Post a Comment