Hari nih 17 Ramadhan 1429 Hijrah
Kami cuti hari nih. Kengkawan semua tak cuti kah? Muahahaha.. padan muka! Sudah pegi buat kerja!
Tapi.. cuti waktu sebegini tidak bermakna untuk aku. Bukan boleh rilek.. bukan boleh pegi shopping.. Kena study ok. Diulang, kena study sepenuh masa (sangat tensiiiiii).
Semua serba tak kena pagi nih. Baru buka buku je dah rasa mengantuk - macam mana tu? Baru lima minit baca pulak dah sakit badan.. sakit kepala.. aduss.
Aku rasa aku tau kenapa. Ya, aku perlukan sebuah meja study! Ulangkaji pelajaran diatas katil adalah sangat tak selesa. Tak pepasal nanti, aku end up dengan tidur sahaja (memang biasa begitu).
Encik Mamoru, sila bangun (dia masih tidur lagi disebelah - ohh jelesnyaa). Pergi mandi cepat. Kita pergi beli meja study!
1 comment:
bestnyer cutiii.. kannns
Post a Comment