Thursday, February 26, 2009

Kumpul bedtime story

Dalam sibuk bekerja dan 'berangan', aku sekarang tengah galak cari bahan-bahan bacaan (bedtime story) yang sesuai untuk si comel dalam perut nih.

Ok, aku tahu sure ada yang cakap aku nih over excited. Tapi, pada aku kalau tak fikir sekarang, bila lagi kan? Kalau nak tunggu sampai baby lahir & membesar, takut taim tu aku akan leka / semakin sibuk pulak.

Iklan: Jangan tataw, even tarikh untuk majlis akikah pun aku dah siap pilih awal-awal tau. (termasuk bajet untuk beli kambing / lembu nanti). Memula tu aku plan nak buat dalam tempoh dua bulan cuti bersalin. Tapi, since adik perempuan no. 6 nak kahwin Januari depan, aku cadang nak sekalikan je kenduri tu. Takde lah nyusahkan sedara mara buat kenduri sampai dua kali. Jimat tenaga. Ohh.. Mamoru dah setuju nak buat kenduri akikah kat kampung aku. Turn anak kedua nanti baru buat kat kampung dia pulak.. hikhik (tu diaaa.. anak sulung pun belum lahir lagi dah berangan yang no. 2 pulakkkk - over kan!)

Ok, iklan tamat. Sambung balik pasal bedtime story nih.

Aku sebenarnya takde lah pakar sangat konsep / kepentingan / faedah membaca buku-buku cerita untuk bebudak kecik taim tido nih. Tapi satu perkara yang aku tahu, kesan dari bacaan cerita-cerita camnih, boleh bawa impak yang besar dalam diri aku. Serious ok.

Ekceli, masa aku kekecik dulu (tak ingat la masa umur berapa - tapi taim tu belum start sekolah rendah lagi lah), ayah & arwah ibu ada bacakan kisah-kisah tauladan zaman para nabi.

Aku ingat lagi cerita pertama yang aku dengar dari ayah. Cerita tentang syurga, neraka & kejadian manusia: Tentang kewujudan nabi Adam (a.s) dan isterinya Hawa. Tentang kejahatan iblis yang menghasut nabi Adam makan buah khuldi. Pastu cemana derang boleh terhumban dan terpisah kat dunia nih.. sampailah cerita tentang asal usul perkahwinan: macam mana Qabil & Habil berebutkan pasangan isteri memasing (adik perempuan kembar derang) dan seterusnya lah.

Bila difikirkan balik, aku rasa cerita nih terlalu berat untuk bebudak kecik faham. Tapi, disebabkan gaya penceritaan yg menarik (my dad full of fantastic imagination ok - kalah walt disney!) dan disebabkan ayah aku jenis yang sabar melayan soalan-soalan anak-anak dia yang banyak songeh, ayah aku dapat membuatkan aku faham & tertarik tentang cerita-cerita camnih. Kengkadang tu, bila ayah takde masa nak bacakan buku untuk aku, aku akan belek-belek buku yang ayah selalu bacakan tu - tengok gambar atau tak pun, pretend macam aku reti baca depan adik-adik aku sambil reka cerita sendiri.. hahah. Bila dah besar sikit baru aku tau, buku yang ayah selalu baca tu ditulis dalam bahasa jawi.. hihi.

Disebabkan aku suka sangat telek buku jawi ayah sampai lunyai, ayah & arwah ibu pakat belikan aku 25 buku koleksi cerita teladan. Nooooo... bukan cerita sang kancil & buaya @ thumberlina ke haper.. tapi siri buku para sahabat nabi. Aku sayang gila kat buku-buku tu sampai berebut dengan adik lelaki no.2 tau. Tapi aku dah tak ingat tajuk-tajuk buku tu sangat.. yang aku tau ada tajuk; Bilal bin Rabah, Marwan bin Safwan, Ashabul Kahfi.. etc.

See.. besar kan impact bedtime story nih. Aku sendiri macam tak percaya yang aku boleh ingat semua yang ayah ceritakan sampai sekarang. Sebab tu lah aku cadang nak buat mender yang sama untuk si comel dalam perut nih dannnnn cerita pilihan aku, of course la sama seperti apa yg ayah & arwah ibu pilih - cerita para nabi & sahabat (eh, kemain lagi baby aku bergerak taim aku taip entry nih - macam setuju dengan mama je.. hihi). Cerita-cerita lain macam red riding hood, snow white ke haper, later-later lah. Lagipun, cerita dongeng mat saleh nih kat tv dah berlambak - kalau tak cerita pun satu hari mesti anak aku tau jugak.. tul dak?

Hmm.. better stop kat sini. Ekceli aku tengah tunggu Mamoru datang fetch aku. Dia lambat sikit - ada meeting katanya. Tu yang terlepas entry merapu lewat petang camnih..

Shopping baju baby

Update secara laju...

Malam tadi pegi jenjalan Mid Valley.. *seronok *.. Plan awal just nak window shopping je. Survey harga kamera & kelengkapan baby.

Kesian Mamoru, kamera DSLR Canon 40D yang dia cari rupanya dah takde stok. Dah ditukar dengan model baru - 50D - yang harga bodynya sahaja (tanpa kit lense) dah lebih 4 ribu koo. Kalau campur lense tu agak-agak berapa?

Lepas habis keluar masuk semua kedai kamera kat situ, aku ajak Mamoru masuk Jusco pulak. Mamoru tak bagi sebab terlalu ramai umat manusia kat dalam Jusco taim tu. Ada J-Card Day katanya. Kata Mamoru, kalau kita takde J-Card, security kat depan Jusco tu tak kasi masuk.

Tapi aku tak percayaaaa (degil nih)... aku tarik jugak tangan Mamoru pegi depan entrance Jusco - tanya sendiri dengan security kat situ. Tsskkkkk.. memang betul la uolss. Kalau takde kad tu, konpem tak dibenarkan masuk. Ohhh.. sungguh aku tak faham. Hebat betul kuasa kad Jusco nih ek?

Mamoru pulak, mungkin sebab kesian tengok aku terkulat-kulat depan Jusco atau mungkin sebab geramkan pak guard yang menghalang wife dia nih dari masuk ke Jusco, terussssss je dia pegi register buat J-Card kat depan pintu masuk tu. Kena bayar RM 12 inggit ok. Cesss.

Bila dah lepas ke dalam, memasing terus pegi area baju baby. Kemain lagi kami memborong tak ingat dunia. Aku tak pasti lah sama ada baju yang kami beli tu murah atau mahal. Maklum laa, shopping mall nih kengkadang poster 'sales' berlambak-lambak, tapi harga masih cenggitu gak. Taktik tarik customer katakannn..

Masa tengah membeli-belah tu kan..

Mamoru: (duk tanya kat salesgirl) Kak, sesuai ke newborn baby pakai baju nih? (refer pada baju yang bertulis '3 to 6 months')

Akak salesgirl: Alah dik, untuk newborn nih beli je memana pun. Janji muat dia pakai untuk sebulan-dua udahhh laa.

Mamoru: (pandang aku dengan muka blur) Sebulan-dua? Berapa kali sebenarnya kita nak kena shopping baju baby?

Tergelak aku tau.. (Yerrrrrr, wahai incik Mamoru. Jangan tataw baby cepat membesar. Memang sepanjang masa kita akan sentiasa belikan baju untuk dia) Baby bukan macam kita, beli selai baju boleh pakai bertahun-tahun.. hihihi.

Teringinnnnn sangattttt nak upload gambar baju-baju comel yang kami beli malam tadi.. tapiiiii... Mamoru tak bagi.. *tssskkk*... Kata dia, kang orang lain semua dapat teka gender baby kami.. hihi. Yesss uollsss, malam tadi kami memang beli baju & kelengkapan khas untuk spesific gender sahajor!

Tuesday, February 24, 2009

Bekal nasi sambal sotong

Baru keluar dari libary opis. Dua jam aku bertapa kat situ - berjaya 'kidnap' satu buku untuk dibaca (bila senang.. hihi).

Hari nih aku bawak bekal satu tupperware nasi dengan sambal sotong yang Mamoru masak malam tadi. Nak tau siapa yg tapau kan? Incik Mamoru laaa siapa lagi.. *sweet sangat Mamoru nih tau*

Ekceli, malam tadi aku beria nak makan sambal sotong. Tapi on the way nak balik rumah semalam, badan aku dah rasa 'semacam' je lepas makan obimin (pil tambah darah untuk orang pregnant) lewat petang tu. Selalunya aku makan obimin taim tengahari. Biasanya, lepas amik obimin, aku akan cecepat cover rasa loya akibat ubat tu (aku kan penakut makan ubat) dengan makan snek ringan (kacang / roti / etc). Tapi ntah camner semalam aku boleh makan ubat tu taim nak keluar opis pulak (tanpa makan memender lain untuk cover rasa loya). Sudahnya, kat rumah aku 'terlantar' kelesuan sampai tak lalu nak makan lauk sambal sotong yang Mamoru masak.

Pasnih kompem aku tak berani amik obimin taim lewat petang lagi. Segala mala ubat, baik obimin atau neurogainPB (ubat yg boss Mamoru promote - bercinta aku nak makan mender nih tau - besar betul, tercekik dibuatnya), aku akan makan taim pagi / tengahari je.

Hm.. lambat nau nak tunggu lunch hour. Kalau aku makan sekarang aci tak? Belasah je lah kan. Perut dah lapar.




Nih la rupa sambal sotong yang Mamoru masak dan tapaukan special untuk wife dia nih. Aku belum rasa lagi.. tapi dari bau dia, memang mengiurkan.. *tentu sodappp*.. hihi




Jemput tengok kengkawan semua.. hihihi - Pose cecantik dulu dengan bekal lunch aku hari nih. Comel je kan bekas tu.. rumah kami tadok tupperware yg besar. Tapi bekas besar nih pun dah cukup untuk perut aku yg comel nih.. hik hik.

p/s: Tenkiu Mamoru.. aishiteru!!

Monday, February 23, 2009

Makan-makan

Nih antara makanan ringan yang aku buat taim wiken semalam. Simple dan sedapppp tau.



Nih namanya aiskrim Malaysia. Dah berkurun aku beli plastik aiskrim nih, baru semalam ada can nak merasmikan. Kebetulan pulak adik no.6 buat bubur kacang hijau (tapi berlebihan sampai tak habis dimakan). Aku alter bubur kacang dia sikit pastu masukkan dalam plastik aiskrim nih.. Sedapppp ok bila dah sejuk keras camtu! Nanti aku nak buat perisa lain pulak lah.. perisa yang pelik-pelik.. hihihihi (oh, later, kalau aku masak bubur kacang hijau nih aku upload resepi kat sini ek? - aku kurang gemar kasi resepi kalau takde gambar step by step - lagipun bubur nih adik no.6 yg buat)



Almond! Yang nih pun dah berkurun Mamoru belikan untuk aku (masa aku gedik-gedik suruh dia beli badam mentah dulu). Konon nak bakar sendiri, tapi nan ado - terperuk lah mender alah nih dalam fridge sampai lah aku ter-berselera semula nak makan badam semalam. Memula tu aku bantai goreng je.. tapi goreng punya goreng, lambat nau lak masaknya.. Sudahnya, aku merengek-rengek ngadu penat kat Mamoru. Panjanggggggg ceramah incik Mamoru marahkan aku sebab cecuri masuk dapur. Sambil 'berceramah' tu dia turunkan jugak oven dari atas fridge dan transfer badam yg aku goreng dari kuali ke dalam oven. Tak sampai berapa minit, dah siap terhidang kacang badam rangup kat depan mata aku.. yeyeh!! Tenkiu Mamoru!!



Nih pulak kacang kuaci yang Mamoru masukkan dalam oven sekali. Besttttttt sangat makan kuaci tanpa kulit nih.. krup krap.. je bunyik bila masuk dalam mulut! Hik.



Nih, bukan makanan ok. Ini adalah lil Ayuni yang sukaaaa sangat main dengan jelly pokok bunga kat rumah aku. Risau tau.. takut dia masukkan ke dalam mulut je.

Lately, Mamoru kan, suka sangat peluk Ayuni. Pantang si kecik tu datang rumah aku, sepuluh kali sekejap Mamoru huggggggssss dia.. (dah tak sabar nak tunggu baby sendiri laa tu.. hihihi)

Mimpi

Aku sebenarnya masih dalam mood 'berangan' lagi (berangan tentang masa depan uols). Pasal tu entry aku cam tenggelam timbul je kat blog nih. Nanti lah, bila angan-angan aku dah jadi kenyataan (insyaAllah sebelum hujung tahun nih), aku reveal kat sini nahh..

Dah lama tak update pasal pregnancy kan? kan? Esp bila dah hampir masuk trimester yang terakhir nih (wahhh.. cepat betul kan?). Banyak yang nak dicerita sebenarnya, tapi slow-slow dulu.

Ohh iklan jap, malam tadi aku mimpi aku dah bersalin! Panik ok. Yang kelakar tu, baby aku dah siap berbedung baru air ketuban aku pecah (macam mana tu?). Walaupun jalan mimpi tu agak pelik tapiiiiiiii perasaan yang aku rasa taim tu adalah sangat real tau - sangat menakutkan.

Bila dah terjaga, aku cecepat raba perut aku - hampir menangis aku ok bila aku rasa perut aku cam kempis je. Berapa kali aku duk tanya Mamoru 'betul ke perut aku still besar lagi'.. Jenuh laa member tu nak convince kan aku.. hihihi (over kan?).

Serious ok, kengkadang tu perut aku nih sangat mengkonpiuskan. Ada certain masa aku rasa cam tak pregnant langsung. Badan rasa ringan - boleh berjalan, berlari, etc. Cuma sesekali je (esp bila baby kerap bergerak & perut jadi tegang), baru aku terasa macam pregnant. Jangan tataw, even nak masuk bulan ke tujuh nih pun aku masih boleh pakai kebaya & baju kurung lagik tau!

Ok, iklan tamat.

Sambung balik bercakap pasal angan-angan: aku adalah sangat jelessssssss dengan Puex & Ayang (pasangan pengapit masa wedding aku). Tapi bukan jeles yang bersifat dengki ok. Nih jeles jenis yang membakar semangat aku! Derang dah berjaya jadikan angan-angan derang satu realiti uolsss - Kagum.. kagum (tak sabar nak tunggu turn aku pulak).. Apa pun, aku doakan semoga derang sukses selalu!

Thursday, February 19, 2009

Gaduh

SOOOOooo.. turns out that my colleague tu baca blog aku & start panas hati & sound aku atas apa yg aku tulis kat entry sebelum nih.

My answer is.. BAGUS (and keep on reading this one jugak)

Antara yang dia tak puas hati kat aku:

Keje aku kat opis nih tak banyak
Aku banyak rilek
Aku mengadu pasal dia (bila ditanya aku mengadu kat siapa, taknak pulak dia mention nama)

Ikut hati yang panas nih nak je aku lawan jerit-jerit suara dengan dia (yessss, dia jerit kat aku ok!). Tapi being professional dan kenangkan baby dalam perut nih (dan respect terhadap dia yang dah tua), aku kontrol diri aku dari bersikap kurang ajar.

Since dia baca blog nih, aku just luahkan apa yang aku rasa kat sini je lah. Ok?

Well, siapa kata aku tak banyak keje kat opis nih? Banyak ok! Cuma buat masa nih keje aku adalah:

Cari client untuk company major project untuk coming ASMDP (banyak urusan surat menyurat / elektronik mail untuk dibuat). Ini paling penting ok - since ini adalah sumber utama kewangan kompeni!

Updating membership data yang aku kena buat untuk dedua jenis membership (kalau ikut tugas asal yg boss bagi, dia kena update salah satu membership, tapi in the end, aku buat dedua sekali which is FINE - ada ke aku komplen?); dan..

Buat list of buku-buku untuk di update dalam website.

Pada aku, bila dah ada listing senarai keje yang perlu dibuat, kita buat ikut turutan lah. Ada keje yang aku dulukan, ada yang aku letak tepi dulu. Depends on dateline boss bagi. Yang penting, aku pandai manage masa & siapkan keje sebelum dateline. So, kalau aku nampak macam freeeeee all the time kat opis disebabkan aku tahu manage masa aku, tuuu salah aku ke?

Lain-lain keje termasuk golf tournament, dinner, charity ke apa, so far tak ada pembahagian keje. Siapa yang boss assign, dia lah yang buat. Aku takde masalah kalau boss bagi aku task ATAU kalau dia minta aku tolong in charge dalam satu-satu event / projek ATAU share satu-satu projek dengan aku. Aku boleh terima dengan senang hati ok.

Tapi nan ado! Apa-apa task / rekod yg dia dapat, tak kira dari memana boss, dia keep it to herself (dont know why - maybe nak tunjuk dia boleh buat semua keje). Contohnya macam sekarang nih, dari charity projek (scholarship program), golf tourney, company account, administration, even minutes semua dia nak buat sorang. Ada lah jugak dia minta tolong aku.. tapi perkara yang minor laa sangat, e.g., mintak no golf club (untuk dia buat booking), minta no. hotel / convention centre (pun untuk dia buat booking), minta contact list untuk semua universiti dalam malaysia nih (jugakkkkk untuk dia liase sendiri).

But then, bila dia pressure bila terlalu banyak keje, boleh pulak salahkan aku tak buat keje? Serious aku tak faham! Salah siapa sebenarnya nih?? Salah aku tak buat keje ke atau salah dia yang tanak share keje dengan aku? Explain please..

Lagi satu, sepanjang 6 tahun le aku keje kat sini, dah banyak kali staff kat sini bertukar ganti dannn aku tak penah nak mengadu pasal staff kat sini pada boss. Malah, aku still keep in touch dengan staff-staff yang lama. Aku bukan jenis suka bawak mulut atau suka jaga tepi kain orang. Jauhhhhhh sekali nak kipas-kipas boss nih. Bagi aku, tak kisah lah kalau staff kat sini masuk opis lambat / balik awal / amik masa lunch hour sampai berjam-jam - yang pentingggg keje siap. Aku admit, sesekali, diulang SESEKALI (bukan selalu ok) aku ada balik awal sebab nak kejar teksi. Itu pun aku buat bila Mamoru outstation & tak dapat fetch aku balik keje. Kat area opis aku nih, kalau ko keluar tepat pukul 5.00 petang, aku berani gerenti yang ko takkan dapat teksi sampai pukul 9.00 malam!! Serious ok! Tapi kalau hari-hari biasa, aku masuk opis antara pukul 7.00 - 7.30 pagi (biarpun opis hour start at 9.00am) dan balik keje lewat antara pukul 5.30 -6.00 petang (sebab tunggu Mamoru yang stranded dalam traffic jam).

Put in mind la, kita kawan sepejabat (memasing takde seniority kepada sesiapa), so tak boleh bahagi tugas secara baik ke? Kalau bengang baca apa yg aku tulis dalam entry semalam pun, tak boleh nak tegur cara baik? Perlu ke terpekik-terlolong camtu? (hey, its not like our bosses read this blog pun - soal mengadu-domba nih tak timbul ok. Cuma aku mengadu kat blog nih je (yang dibaca oleh mereka-mereka yang hampir 90% tak kenal siapa aku dalam dunia realiti) - So, apa masalahnya? Ada orang kenal kau kat sini ke?

Aku rasa aku tau kenapa dia marah sangat kat aku semalam:

First sebab aku tengah apply keje kat company XXX.. dan boss aku sendiri yang offer nak dapatkan aku keje kat company tu. Frankly, aku suka sangat keje kat sini (kalau tak takkan 6 tahun aku still bertahan). Tapi masa bulan Ramadhan lepas (Sept 2008), boss aku (yang aku anggap macam ayah aku sendiri) advise aku kembangkan career aku kat tempat lain (since dia tahu aku further study amik kelas malam study MBA part time kat UM). Jadi, dia offer aku cari keje lain dan dia sanggup gunakan pengaruh dia untuk dapatkan aku keje yang lebih baik. Memula tu aku malas nak cari keje lain. Tapi bila aku dah pregnant dan fikirkan masa depan baby, baru sekarang aku gunakan peluang tu. Masa aku bagi application form keje kat boss (sebab boss aku volunteer nak hantar by-hand ke company tu - see betapa baiknya boss aku), aku try sehabis baik untuk sorok dari dia (tanak dia kecik hati). Dan boss aku pun sama duk sorok-sorok mender nih dari dia. Tapi since dia dah memang jenis terlebihhhh curious, pecah jugak rahsia nih.

Second, of course la sebab keje dia overloaded. Sejujurnya, aku sendiri tak kisah kalau semua tu aku buat sendiri. Sebelum dia ada, bukan ada sesiapa yang tolong aku pun - takde pulak aku merungut ke apa kat boss. Yep, aku tahu mungkin dia stress sebab aku akan amik maternity leave taim keje tengah berlambak (ada 3 major projek yg dia kena handle sorang masa tu nanti). Apa ingat aku sesaja pilih cuti bersalin taim keje tengah berlambak? Macam yang aku cakap tadi, bahagi-bahagi keje lah. Selagi belum sampai tarikh aku delivery nih aku boleh buat keje lagi maa. Nih semua nak buat sendiri pastu bila stress, aku pulak disalahkan sebab tak membantu.. tolong lah.

Last sekali, aku agak dia ada masalah peribadi. Dalam bulan nih aku asyik dapat call dari bank bertanyakan dia. Orang bank tu duk marah-marah aku kenapa susah sangat nak call dia (tak pasal je aku jadi mangsa maki hamun). Tapi adat laa.. semua orang pun ada buat hutang. Mana ada orang yg tak berhutang zaman sekarang nih: hutang keta, rumah, kad kredit, etc. Cuma yang berbeza, banyak atau sikit hutang yang dibuat. Aku pun ada gak hutang yang tak settle-settle sampai sekarang - PTPTN.. stress jugak, tapi takde lah nak membawak masalah luar ke opis.

Tak best betul tau bila bergaduh satu opis nih tau. Haii.. sabar je lah dengan semua nih.

Wednesday, February 18, 2009

Panas hati

Aku paling tak suka kalau orang lain amik credit atas hasil keje aku.. atau tak pun, suruh aku buat keje yg remeh temeh.

Contohnya; Ko mintak tolong colleage ko call bank RHB tanya prosedur untuk tukar akaun kompeni padahal dalam masa yang sama, ko sendiri nak keluar pegi bank yg sama untuk deposit kan cheque - Pada aku, apa laaa salahnya ko tanya sendiri kat kaunter bank tu soalan yang ko nak tanya? Betul tak? Pelik tau dengan orang camnih - Jenis orang yang sebenarnya bukan desperate nak minta tolong tapi sengaja nak menyusahkan orang - dengki tengok orang lain rilek kat opis. Tapi yang nih aku tak geram sangat sebab aku dah sound tepet je. Terdiam dia bila aku tegur pesal dia tak boleh tanyakan sekali mender tu sekali harung bila dah sampai bank nanti?

Ekceli bukan tuuuu je. Banyakkkkk lagi sebenarnya. Rasa nak je aku mengumpat maki hamun segala kat blog nih tapiiii.. tak boleh dik nonnn - tak baikkkk. Kena banyakkkkk bersabarrr. Buat masa nih telan je lah dulu memender yang menyakitkan hati. Lagipun, tak elok memarah nih, kanggg effect kat baby.

Dah laa.. sambung berangan lagi best.. kan Mamoru kan?

Tuesday, February 17, 2009

Lagi-lagi berangan

Dah berapa hari tak berupdate blog nih.. hihi. Maaf lah, aku masih dalam mood berangan uols (berangan apa tataw :p)

Wiken aritu just melepak kat rumah je. Spent quality time dengan Mamoru. Hari Ahad baru kami keluar rumah. Tuu pun sebab nak attend wedding opismate Mamoru. Sepatutnya, kami pegi rumah pengantin belah lelaki. Tapi disebabkan rumah pengantin pompuan bebtul dekat dengan kawasan rumah kami, kami pilih untuk attend kenduri belah pompuan sahajor.

Tak sangka ok boleh jumpa dengan cik Rynn dan cik Mala kat sana (rerupanya derang kawan pengantin pompuan). First time nih jumpa derang - selalu tu bertegur-sapa dalam blog je. Tahniah buat cik Rynn yg tengah pregnant 2 bulan! (take care ok).. dan tahniah jugak buat cik Mala yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan! (Maaf ye uolss sebab tak sempat nak inform masa balik tu - ramai dah tetamu yg duk kerling meja kami - tak cukup meja.. hihi - tuu yg terpaksa beredar awal)

Sedihnya.. aku tak bawak kamera taim tu tau - lately memang malasss betul aku nak pegang kamera :(. Tak dapek nak upload gambar derang kat sini. Tapi kalau korang nak tengok gambar kami, terjah je lah blog cik Rynn tu :)

Balik dari wedding opismate Mamoru, kami pegi wedding lain kat PJ pulak. Sakan betul kami kutip bunga telur aritu. Banyak tau telur rebus yg aku dapat - 8 biji semuanya!! (dah selamat buat masak sambal semalam.. hihi).



Ohh.. gambar nih takde kena mengena dengan cerita di atas. Nih gambar cadar yang aku guna masa wedding aku & Mamoru awal tahun lepas. First time aku guna semula masa wiken aritu. Putih melepak je kalernya. Tapi sayangg.. tak sampai semalam guna, aku dah cabut balik.. Mamoru tak gemar. Geli badan katanya bila kena renda-renda kat bantal & quilt tu.

Pelik aku tau, masa malam pertama dulu takde lak dia ngadu geli-geli badan ke apa.. *opss*.. hahahahahhaha

Thursday, February 12, 2009

Paintball @ pantai Jeram

Nih antara xtvt Mamoru kat Kuala Selangor aritu - main paintball dengan team RPG Paintball. Aku tak berapa gemar main paintball nih - ganas sangat gamenya, tak sesuai dengan jiwa kecik aku. Penah sekali laa aku join - tuu pun, aku duk pegang je senapang tu sampai ke sudahhh - tak berani aku nak shoot - takut ok nak sakitkan badan orang lain.

Aku suka tengok Mamoru main game nih. Cuma yang aku tak suka, lebam-lebam kat badan dia yang amik masa lebih sebulan baru hilang.. tsskkk. Tapi, takper lah, tak lelaki laa namanya kalau tak lebam-lebam nih.

Bagi peminat paintball, korang try lah main kat area pantai Jeram, Kuala Selangor nih. Menarik tempat dia. Derang tak main lah perang nyuruk belakang tiang / tong. Kat sana, kawasan dia memang real - macam dalam hutan pun ada. Part yg best, kalau korang nak main taim malam pun bolehhhh. Tak caya, gi lawat blog derang.



Tengah bincang strategi la kununya nih..



Aksi sebelum badan memasing penuh berbirat dengan cat paintball yg berwarna-warni

Udang galah

Sedapnya kalau dapat makan udang galah masak cili api.. fuhhh.. memang menjilat jari - esp kalau dapat sedut part otak udang tu.. *terliur pulak*

Tapi sayangggg.. rerupanya adik-beradik aku semua tak makan udang (ulat air katanya). Bukan setakat adik-adik, incik Mamoru pun sama tau - dia pun tak suka udang! Patut lah setiap kali aku masak lauk udang, manjangggggg tak luak.. tssskkk..

Aritu, teringin punya pasal, aku beli lah jugak udang galah nih. Beli sekor je. Jadi lah untuk aku makan sorang..



Tengok muka adik pompuan no.6 - punyaalahhhh dia geli tengok udang tu sampai nak sentuh pun tak berani.. aperdaaa..



Nih udang yg dah siap digoreng.. fuhhh.. sangat manis ok rasa dia! Udang nih kalau makan kat luar kompem puluh-puluh inggit seketul. Tapi yang aku beli kat pasar nih harganya RM 8 inggit sahajor - jimatttt.

p/s: Harap baby dalam perut nih suka makan udang.. kalau tak, takde geng laa aku.. tsskkk..

Wednesday, February 11, 2009

Dia cute bila Malu

Aritu kan, aku ada order cupcakes dari kak Anna Putrajaya - cupcakes sempena 1st Wedding Anniversary aku & Mamoru.

Masa nak amik order tu, aku suruh Mamoru gi amik. Saja nak buat suprise la kononnya. Sebab cupcakes yang aku order tu agak seksi sikit - aku tempah cupcakes yang bercorak badan pompuan pakai sexy bikini - kira nampak lah separuh dari boobs tersembul dari bikini cupcakes tu.. *ops..

Mamoru cerita, masa kak Anna bagi dia cupcakes yang aku order, kak Anna ada sebut pasal "bikini".. Kata kak Anna, jangan simpan cupcake tu dalam fridge, nanti "bikini" dia cair. Mamoru jadi pelik laa kan. Dia mana lah tahu aku order cupcake design "bikini". Punya lahhhhh Mamoru gelabah & segan bila tengok design cupcake dalam kotak tu.. apatah lagi bila kak Anna bercakap pasal "bikini".. hahaha

Padahnya.. bila kat rumah, bukan ucapan "terima kasih, sayang" yang aku dapat.. tapi soalan keras dari Mamoru;

Mamoru: Kenapa sayang order cupcakes macam nih??!
Aku: Err.. b tak suka ke?
Mamoru: Malu b dengan akak tu tau.. dah lah akak tu perempuan..
Aku: aD ingat nak suprisekan b.. *suara aku dah down masa ni*
Mamoru: Yelah, tapi b malu kat akak tu!
Aku: aD sorry lah.. takpe lah, biar aD makan sorang cupcakes nih.. *start merajuk*
Mamoru: Eh, mana boleh! Kan sayang order untuk b.. Nih semua yang sexy-sexy nih b punyalah! Sayang makan cupcakes yang ada tulisan je.. Fuhhh sexy nihhhhhh.. *sambil mata meliar tengok bikini pelbagai jenis*..

*Aik tadi marah-marah? haha*

Kesian Mamoru kan? Salah aku jugak. Sepatutnya, aku pegi amik cupcakes tu sendiri. Adoi.. aku tataw pulak orang lelaki nih akan jadi malu bila dapat memender "seksi" dari orang perempuan (yang tak dikenali). Aku ingat semua orang lelaki jenis selamber je. Silap perhitungan daa.. rupanya banyak lagi tentang lelaki (esp, tentang Mamoru) yang aku belum tahu.

Tapi comel jugak ek. Rasa macam terbayang-bayang pulak macam mana nervesnya Mamoru bila berdepan dengan perempuan yang tak dikenali dan bercakap pasal "bikini".. hahahahaha. Cute sangat!.. *aishiteru lah Mamoru!*

Satu lagi cerita pasal cupcakes seksi nih: Kebetulan masa cupcakes nih sampai, rumah aku tengah ramai orang (penuh dengan adik-adik & ipar duai). Terdiam adik lelaki aku tengok cupcakes tu tau.

Kata adik lelaki no. 7: Along.. kenapa lucah sangat kek nih..

*Adusss.. nyaris tak tersembur kek tu dari mulut aku - sungguh wrong timing kan? nih untuk orang dah kawen la dik.. tsskkk*

Tapi kami makan gegamai jugak akhirnya. Yang buat aku segan tu, memasing duk perli-perli tanya macam mana nak makan.. ngengada tau derang nih.. hahahaha.

Moral of the story: Kena planning bebtul kalau nak create romentik-cum-sexy-moment dengan Mamoru pasnih.. muahahahaha. Apa pun, thanks to kak Anna, kek dia memang sedapppp - marbeles :)



Nih la cupcakes yg aku tempah dari
kak Anna Putrajaya


Cute kan.. hihihihi

Tuesday, February 10, 2009

Berangan lagi

Payah betul nak bangun pagi tadi tau.. rasa nak je sambung cuti atau forever-ever cuti jadi surirumah sepenuh masa.. hihi. Tapi, tak bolehhhhh. Tanggungjawab banyakkkk dik nonn. Lagipun, rhuper aku nak duduk rumah?? Tak sampai seminggu sure terlantar bosan nanti.

Ada banyak entry bergambar yang nak di-upload, tapi kamera kat Mamoru la geng. Tangguh dulu lah ek.

Seronok tau spent cuti kat Kuala Selangor cuti kali nih, tetiap hari aku & Mamoru keluar berdating - nenek dah tidur baru kami balik rumah.. hihi. Lebih seronok bila dapat spend masa dengan kawan-kawan Mamoru. Aku suka sangat berkawan dengan derang tau. Walaupun rata-rata kawan Mamoru tak belajar tinggi-tinggi, tapi cara derang berfikir & semangat derang untuk majukan diri tu buat aku kagum sangat! Termotivasi aku dibuatnya.

Bagusss.. aku sangat suka kengkawan yg berpandangan jauh nih. Jenis dalam ligat enjoy life, masa depan tak dilupakan.

Contoh, macam Zin & wife - dalam ligat xtvt outdoor, dia back-up minat dia dengan invest modal untuk bina kem rekrasi (kat area rumah dia). Kalau tak silap aku, dah lebih RM50k dia labur modal buat kem tu. InsyaAllah dalam tahun nih kem dia dah boleh mula beroperasi.

Satu lagi contoh, Azaha & gf - yang minat sangat amik gambar dari dulu sampai sekarang nih dah ligat buat bisness fotografi pulak. Bagus derang berdua nih. Dulu, derang ada kamera kompak je, sekarang dah pakai sorang sebiji Canon 5D. Dengarnya nak tukar kamera lagi.. fuhh dasyat.

Lagi contoh, kameraman kami masa kahwin dulu, incik Kububesi. Sekarang dah bertambah hebat mamat nih. Dia dah tak layan job untuk wedding photography lagi. Dah melangkah jauhhhhhhh ke depan. Masa duduk berborak dengan dia kat Shah Alam semalam, sempat jugak lah share-share pengalaman.Memacam cerita baru tentang bisnes dia yang aku dengar.. fuhhh.. hebat.. memang hebat..

Sangat mengagumkan bukan? Tak ramai ok orang camnih - Yang mampu tukar minat / hobi menjadi sesuatu yg menguntungkan diri sendiri.

Rata-rata kawan yg aku kenal, semua jenis enjoy tak hingat dunia - hidup takde tujuan. Duk fikir nak hepi sokmo..

Jenis kalau bercinta, asyik laaaa nak fikirkan cara nak hepi kan gf / bf dengan berhabis duit, harta & berhutang segala. Konon nak tunjuk riak depan kengkawan lain yang kita mampu & bahagia dengan si gf / bf tadi - Walhal, minah / mamat tu belum kompem hitam-putih jadi milik kita atau sanggup susah senang hidup dengan kita sampai ke tua.

Lagi contoh, jenis kalau hobi naik gunung pun sama, sanggup invest ribu raban untuk hobi yg satu nih sampai tetiap minggu mestiiii nak panjat gunung tanpa fikir tentang masa depan (gaji manjang habis untuk xtvt outdoor, takde saving, banyak masa terbuang, etc) -

Hey, no offense ok - aku pun pernah berada dalam dua situasi yg aku sebutkan nih.

Cuma bila dah settle down, dah kahwin nih, banyakkkkkk sangattttt mender yg buka mata kepala (dan mata hati) aku tentang kehidupan.. esp bila tengok balik apa yg aku dah bazir / terlepas dalam hidup aku yang mencecah 30 tahun nih. 30 tahun ok! Bukan muda lagi dik nonn!!

Tapi, alhamdullilah, aku bersyukur sangat sebab masih belum terlewat lagi untuk sedar hakikat kehidupan dan berusaha untuk capai semua yg aku impikan dalam hidup. Dan sekali lagi aku bersyukur, dalam usia yang mencecah 30 nih, aku dah ada seorang suami yang sentiasa bagi galakan untuk capai impian aku dan insyaAllah, 3 bulan lagi aku bakal melahirkan baby yang akan melengkapkan lagi hidup nih.

Cuma tu lah.. harapnya, aku tak ambil masa yang lama untuk realisasikan impian aku pula! Caiyok!

Sunday, February 08, 2009

Our 1st Wedding Anniversary

08.02.08 to 08.02.09
and counting..

Alhamdullilah.. hari nih genap setahun usia perkahwinan kami. Bahagia dan tenang sangat rasanya melayari hidup berumahtangga ni.

Sejujurnya, aku masih lagi tak percaya aku telah setahun bergelar isteri kepada seorang rakan karib yang akhirnya berani melamar dan menjadikan aku permaisuri hidupnya.. Terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Harapan aku, semoga ikatan suci antara kami terus dilimpahkan dengan kasih sayang yang berkekalan hingga ke hujung usia.. *amin*.



Saat-saat selepas kami dinikahkan.. Jumaat, 8 Februari 2008.



Bahagianya Tuhan saja yang tahu..



Mamoru.. terima kasih kerana mengajar aku erti kasih & rindu.. (cewahh jiwang aku nih)



Suka gambar nih.. simbolik sungguh :)



Ramai yg puji inai aku merah sangat taim tu.. tsskkk.. teringin nak pakai inai lagi laa. Takpe, tunggu adik no.6 kahwin nanti aku pakai inai cenggini :)



Gambar penutup.. see, seeeee.. aku yang dalam ke-hepi-an.. hihihi


p/s: Banyak lagi gambar masa wedding yg aku belum pernah publish kat sini.. Letak sesikit la dulu.. Nak tengok lagi, sila tunggu next anniversary.. hihi

Friday, February 06, 2009

Berangan

Semalam takde update.. hihi. Berangan punya pasal. Yerr.. jgn tataw, sejak tiga pat hari nih sakan betul aku berangan (jangan tanya berangan pasal apa). Yang penting, bukan angan-angan minah jenin. InsyaAllah jadi kenyataan sedikit masa lagi.. *amin*.

Minggu nih turn balik kampung Mamoru (selepas dua minggu berturut duk balik Melaka sokmo). Lagipun, Mamoru dah plan nak jumpa dengan team xpdc yang pegi Kinabalu April nanti (iskk.. sekejap je kan masa berlalu - selang sebulan je lagi sebelum team Mamoru depart ke Sabah).

Sedihnya tak dapat ikut :(

Masa Mamoru gi Sabah nanti, kandungan aku dah 8 bulan lebih (kompem tak lepas naik flight). Ikutkan, boleh je ikut - stay kat resort kaki gunung je lah. Tapi tak mboh lah. Aku tanak amik risiko - pasalll je kanggg aku terkandas kat Sabah - berpantang kat sana.. hissshhh nauzubillah min zalik.

Tapi takper, aku takde lah sedih sangat sebab Mamoru dah janji tahun depan nak bawak aku gi mendaki gunung Santubong pulak.. hihi (kemain lagi planning nih).. Apapun, we will see sama ada aku larat atau tak (or should I write, sanggup atau tak) tinggalkan baby nanti.. hihihi.

Oke lah.. aku nak sambung verangan nih. Permisi uolss..

Newborn checklist

Special untuk cik Tie (mommy-to-be). Dah lama dia request aku upload checklist untuk newborn baby nih. Baru sekarang ada masa nak upload.. hihi (maaf ya wakkk).

Checklist nih aku dapat dari internet. Lupaa dah kat site mana yg aku amik (maaf, maaf pada penyedia checklist nih). Harap list nih dapat membantu cik Tie & mommy to-be yang lain :)


NEWBORN CHECKLIST

Bottle Feeding

  • Sterilizer
  • Feeding Bottles & Teats
  • Bottle Brush
  • Pacifier & Pacifier Attacher
  • Pacifier Holder
  • Bottles Drying Racks
  • Formula Milk Dispenser

Breast-feeding

  • Breast Pump
  • Breast Milk Storage Container
  • Bottle & Food Warmer
  • Breast Pad
  • Nursing Pillow
  • Nipple Cream
  • Nipple Protector

Nursery

  • Baby Cot
  • Crib Set (Cot Bumpers, Fitted Sheet, Comforter)
  • Newborn Pillow & Bolster
  • Mattress (Latex/Foam)
  • Waterproof Bed Pads
  • Blanket
  • Night Light
  • Lullaby Player
  • Musical Mobile
  • Baby Monitor

Apparel

  • Bodysuits
  • Infant Cap
  • Mittens and Booties
  • Receiving Blankets
  • Swaddle
  • Socks
  • Accessories (Headbands, Wrist & Foot Rattles)
  • Bibs

Bathing & Grooming

  • Bath Tub with Hammock
  • Bath Seat for Mom
  • Water Temperature Indicator
  • Wash Cloths
  • Bath Towels
  • Bath Toys
  • Baby Comb and Brush

Health Care & Hygiene

  • Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors)
  • Medicine Set (Medicine Dropper, Medicine Syringe)
  • Nasal Aspirator
  • Oral Care Kit
  • Thermometer

Travel

  • Stroller / Travel System
  • Infant Car Seat
  • Baby Sling
  • Diapers Bag
  • Fold & Go Changing Mat
  • Sunshades
  • Infant Head Support
  • Cooler Bags & Ice Pack
  • On the Go Bottle Warmer
  • Portable Baby Bed
  • Toys
  • Plastic Bag for Soiled Diapers

Toys

  • Soft Toys
  • Educational/Development Toys
  • Rattles
  • Teethers
  • Play Gym/Activity Mat
  • Books
  • Educational Videos
  • Classical Music CDs



Senarai keperluan bayi di hospital

  • 2 helai tuala mandi
  • 2 helai selimut
  • 20 helai kain lampin / pampers
  • 2 pin besar
  • 4 helai seluar kalis air
  • 4 helai baju / baju sejuk
  • 4 pasang seluar panjang
  • 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan



Senarai keperluan ibu di hospital

  • 1 helai tuala mandi
  • 1 helai tuala muka
  • 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
  • 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
  • 1 helai pakaian biasa
  • 2 pasang stokin
  • 1 pasang selipar
  • 3 helai bra khas untuk menyusu
  • 2 pasang pelapik bra
  • 5 helai seluar dalam pakai buang
  • sikat
  • berus gigi dan ubat gigi
  • barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
  • pakaian untuk pulang ke rumah
  • bahan bacaan
  • susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2



Senarai yang perlu dibawa oleh bapa

  • surat rujukan doktor
  • kad pengenalan anda
  • kad pengenalan suami anda
  • surat nikah
  • wang tunai

Wednesday, February 04, 2009

Tag dari Rynn

Sesi mari melayan tag dari cik Rynn. Agak pelik tag yg cik Rynn bagi kali nih. Dia suh kita jawab dengan paste gegambar yg kita dapat secara random dari Google Image (jangan ada orang claim aku plagiat gambar udahhh..)

Take note ya, ada sesetengah gambar aku search guna bahasa melayu, ada juga yg guna bahasa omputeh. Ok mari kita mulakan..


Aku adalah wanita yg sedang hepi mengandung



Aku teringin sangat nak jadi seorang make-up artist (mak andam laa tu hihi)



Tempat kesukaan aku adalah di rumah (sambil berilek-rilek)



Mender kesukaan adalah peralatan & aksesori make-up aku



Makanan kesukaan adalah masakan melayu (tekak kampung katakan)



Minuman kesukaan adalah air kelapa pandan.. (sedap gila)



Aku tinggal kat Bandar Sri Permaisuri (menyewa sahajor)



Aku dilahirkan kat Masjid Tanah, Melaka (aku tataw pesal gambar masjid nih yg keluar pulak)



Aku sekolah kat SMK Sultan Alauddin & pastu masuk UUM (sekolah rendah perlu kah?)



Aku suka tengok cerita Dr House (terpengaruh dengan Mamoru)



Hobi aku, macam la korang tataw.. iaitu masuk hutan & mendaki gunung (aku kan penggila outdoor)



Impian aku adalah untuk membuka satu butik pengantin.. hihihi (insyaAllah)



Okie.. tamat sudah tag bergambar nih.. kalau ikut rules, aku kena tag orang lain. Aku tak penah lagi tag sesiapa. Ikut sesiapa yg nak buat lah ek.. hihihi

Tuesday, February 03, 2009

6 Bulan

Me: Napa b amik gambar aD tak jelas tang perut.. tak nampak macam mengandung pun. B fokus bebtul lah..
Mamoru: Laaa.. nak b amik camne lagi.. dah habis fokus lah tu. Dah perut sayang kecik sangat.. mana nak nampak.

Susah tau nak amik gambar perut nih.. sampai bertekak lite-lite aku dengan Mamoru.. hihi. Tapi, jangan risau, aku dah berjaya amik gambar yang menampakkan aku pregnant. Caranya adalah, dengan memakai t-shirt biasa saiz 'XS' (yerr, kena pakai baju kekecik baru nampak perut nih haa.. hihi) Jangan tataw, dalam bulan ke-6 nih pun, aku masih mampu pakai baju saiz 'XS'. Even pakai baju kebaya pun still longgar lagi tau.



See.. baju pink saiz 'XS' nih baju yang aku selalu pakai sebelum pregnant. Masih muat lagi ok. Nih gambar taim duduk.. tak jelas sangat kan perut tu. Nampak macam buncit baru lepas makan je.



Ok nih pulak taim berdiri.. hihi. Gigih kan aku berusaha nak amik gambar perut? Alhamdullilah, setakat nih, hanya perut aku je yang kedepan. Part badan yang lain tak mengembang (kecuali breast). Tapi, masih ada 3 bulan lebih lagi.. mana tau pasnih kembang macam belon pulak.. tungguuuu.. hik.


Perasaan aku sekarang

Ceria! Maklum, 3 bulan lebih lagi akan bergelar 'mama' uollss. Harus lah hepi.. (ohh, macam mana agaknya perasaan dapat peluk dan pegang baby yang lahir dari rahim sendiri ek? syahduuuu..)

Mamoru pun sama. Aku perhatikan dia semakin romentik. Even depan family / orang ramai pun dia semakin kerap tunjukkan kasih sayang dia; e.g., kiss / peluk aku tak kira masa / tempat. Terasa sangat diri nih makin disayangi tau.

Bab-bab keje rumah toksah cerita lah. Semua dia nak conquer sorang. Dari memasak, basuh baju, mengemas, dia dah tak bagi aku buat (esp, lepas kes kat HUKM aritu). Kalau aku berdegil, dia akan saiko aku dengan ayat trademark dia.. "sayang tanak dengar cakap b?".. Aku tak boleh tau kalau dia cakap camtu. Rasa macam derhaka pulak. Nak tanak kena lah mengalah.


Badan aku sekarang

Last cek berat aku masa kat Al-Islam Specialist Centre minggu lepas, berat aku adalah sebanyak 40.5 kg. Meningkat 1 kilo je dari bulan lepas. Risau jugak aku sebab dah masuk bulan ke-6 pun, berat aku still gitu-gitu je. Kena makan bebanyak pasnih.

Tapi, alhamdulillah, doktor kat Al-Islam cakap perkembangan baby normal. Mungkin sebab badan aku jenis kecik, so kandungan aku pun membesar ikut saiz badan aku. Berat baby aritu 395 g.. ringan je kan. Setengah kilo pun tak sampai lagi. Comel je.

Perut aku makin membesar (obviously laa kan). Kalau ukur lilit, pinggang aku hampir mencecah saiz 30" (adalah sangat selesa bila pakai seluar pendek Mamoru.. hik). Bila perut dah besar nih, pergerakan sedikit sebanyak pun akan terbatas. E.g., taim sujud masa solat kena jarakkan peha leluas (untuk kasi ruang kat perut) - kalau tak, memang senak tak boleh bernafas dibuatnya. Taim berjalan pun gitu.. gaya-gaya mengengkang tu dah hampir ada (tapi still boleh kaver.. hahaha).

Ohh.. oh, satu perkara aku duk fikir. Tentang pusat. Aku selalu tengok pusat orang perempuan pregnant, akan terbonjol keluar. Err.. tumpang tanya, pada bulan keberapa pusat kita akan terbonjol ek? Sebab setakat nih, pusat aku still normal & rata.

Setakat nih, badan aku masih ok lagi. Masih boleh buat keje macam biasa. Berjalan jejauh pun still ok. Cuma hari tu je lah tetiba dapat contraction - mungkin sebab terlalu aktif. Tapi, bila aku baca info tentang pregnancy, dalam bulan-bulan camnih, contraction adalah perkara biasa. Jadi, tak perlu risau sangat. Cuma kena lebih berhati-hati & banyakkan rehat je lah.

Satu lagi perkara yg aku kena biasakan.. part orang yang suka sangattttt pegang / gosok-gosok perut aku nih (selain dari family aku). Memula aritu aku memang sangatttttt tak selesa! Geli - tak suka, tak suka. Tapi, lelama tu aku dah jadi biasa. Lantak laa.. Lagipun aku ada baca info pasal nih. Mengandung kan proses yg paling menakjubkan - of course la orang ramai macam taksub / kagum bila tengok perut kita membesar. Tuu yang ramai duk amik kesempatan nak sentuh / gosok / peluk perut kita. Asal jangan yang sentuh tu lelaki udahhhh..


Perkembangan baby dalam perut
  • Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
  • Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
  • Pergerakan bayi semakin aktif & bayi mula tersedu
  • Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.
  • Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun (sumber: ratuhati.com)



Nih masa aku buat check-up kat Al-Islam dgn doktor yg bakal menyambut kelahiran baby aku (insyaAllah). Macam dah terbayang-bayang baby aku nanti disambut dengan salam sebaik dilahirkan.. *syahdu*..

Last but not least, aku dah tauuuuu jantina baby aku!!!! TAPI, minta maaf sebab tak boleh reveal kat blog nih. Incik Mamoru tak kasi. Biar suprise katanya. Yang penting, baik Mamoru atau aku, kami adalah sangat-sangat excited! Syukur alhamdullilah.