Untuk hari kedua nih, kami sepakat gi island hopping kat 3 buah pulau sekaligus (pulau Mamutik, Manukan & Sapi).
Yesss cik puan Deqna, aii pegi island hopping naik boat youuuu. Memula tu risau gak boat nak naik boat taim pregnant. Tapi alhamdullilah, driver boat kat Sabah adalah sangat memahami. Derang nampak je perempuan pregnant naik boat, terus derang suruh duduk kat bahagian belakang sekali (sebab kat belakang kurang terasa melambung). Pastu derang siap alas tempat duduk dengan safety jacket - nak elak terhentak. Syukur sangat takde apa-apa jadi sepanjang hari last nih :)
Lets the picture do the talking ek :)
Masa breakfast kat The Beach Lodge. Kebetulan pulak hampir semua kengkawan pakai serba kuning.. ingatkan nak boria dengan Mamoru jer.. hihihi
Kat entrance Jeselton Jetty sebelum bertolak naik boat
Tengah tunggu Mamoru beli tiket. Fyi, tambang boat ke setiap pulau boleh kata murah jugak lah. Tapi kalau korang guna travel agent, memang kena cekik darah.. hihi. Kat Sabah, semuanya kami booking sendiri tau. Pada yang berminat nak snorkeling, boleh sewa set google tu kat sini. Sepuluh ringgit sorang (tak termasuk life jacket) - tapi, dek kerana Mamoru pandai bargain, kami dapat dengan harga tujuh ringgit sahajor :)
Posing sebelum naik boat. Semakin cantik jetty kat sini tau. Banyak betul perubahan kat sini.
Nih masa dalam boat menuju pulau Sapi. Pulau last yang kami pergi. Sori arr, gambar berterabur.. hihihi
Nih masa memula naik boat pegi pulau Mamutik. Masa naik boat ke pulau Manukan aku tak sempat amik gambar sebab sekejap sangat dah sampai. Jarak antara pulau dekat yang amattt.
Bergambar gegamai kat jetty pulau Mamutik
Mamoru & Talha snorkeling kat pulau Mamutik. Talha nih hebat betul tau. Dua hari sebelum dia join kami pegi trip nih, dia baru jer balik dari Sipadan.. fuhh sakan dia berjalan. Nih hujung minggu nih dia ada trip mendaki gunung Stong-Ayam kat kelantan pulak.. dasatttt.. teringat pulak zaman aku 'gila mendaki' macam dia dulu.. hik
Best je tengok derang dikelilingi ikan.. aku hanya mampu tengok dari atas jetty sahajor. Tak berani turun dengan perut boyot nih. Lagipun sekarang nih musim jellyfish. Bahaya sikit.
Tengok tuu.. hepi jer muka memasing :)
Me with the girls yang excited nak turun snorkeling.. Aku tukang jaga beg je lah.. ahahaha
Masa baru sampai pulau Mamutik - Kena bayar 3 inggit entrance fee seorang. Fee nih cover kesemua pulau tau. Bayar sekali jer.
Masa lelepak kat Manukan pulak. Tak ramai orang taim kami datang sini. Mat saleh je banyakkk.
Posing kat atas jetty salah sebuah pulau.
Lunch time. Nasi lemak tu bukan aku yang makan. Aku tukang suap Mamoru je. Yerrr.. Mamoru makan bersuap masa kat sini. Manja terlebih.. hihihihi
Posing dengan tapak Sulaiman kaler biru. Comel sangat gambar nih :)
Ok, tu je lah gambar untuk hari nih. Kalau rajin, aku bubuh gambar taim Mamoru mendaki Kinabalu pulak pasnih.
3 comments:
Respeklah kat AD. Sarat2 pun naik bot gak....we all yg normal ni pun naik bot rasa cam nak terkeluar isi perut... terhempas punggung.. ombak kuat...
Husband nye member sampai pucat lesi duk kat atas bot...
Seronoknya Sabah.. How I miss the place so much..
wah...best tol tgk pantai dia... membiru je... tingin nak pi sana... hope cita2 jadi nyata.. mamoru ada blikan niza sevenir x? hehehe...
Alhamdulillah sume da slamat blk ngan selamat...
Patutla macam kenal rupa Juju tuh hahah sekali satu batch daaaa..
Kim salam tahniah kat dia ya..
Angah on the way.. nak pindah Pahang setelah 5 tahun tyinggal asing ngan suami :)
Post a Comment