Thursday, May 14, 2009

Projek mendaki lagi

Dalam sibuk dengan nak settlekan keje & prepare kelengkapan nak sambut baby, aku sempat lagi planning untuk pergi mendaki uolss.. hahahaha. Dasyat tak dasyat tu.. ish ish ish.


Chua tengah sibuk kumpul line up untuk team xpdc akan datang sementara Mamoru duk check tiket flight. Waktu gambar nih di ambil adalah hampir pukul 1.00 pagi hokeh. Derang nih kalau bab gunung, tak tidur malam pun takper.. semangattt betulll.

Planning mendaki nih kami baru je start bincang dua minggu lepas. Tapi bukan untuk masa terdekat nih lah Untuk awal tahun depan. Tapi biasalah, team aku nih suka bebenor buat planning jangka panjang. Memang memandang kehadapan sungguh lah derang nih.

Kebetulan pulak dalam kami sibuk berbincang pasal trip nih, ada promotion untuk tiket flight. Apalagasss.. grab je lah. Maklum lah, mostly costing untuk trip mendaki gunung nih mahal-mahal belaka. So, bila dah ada peluang untuk mengurangkan kos tu, aku rembattt je lah. Tuu pasal dann dann tuu jugak kami buat keputusan untuk tarikh xpdc dan paling tak sangka, ramai kengkawan yang bagi confirmation nak ikut - malam tadi jugak kami book tiket flight - Total yang confirm nak join trip nih ada 10 orang (mungkin bertambah lagi - tapi aku harap tak ramai sangat lah - susah nak manage nanti)

Trip nih pegi mana?

Kami akan conquer gunung kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia selepas Kinabalu - gunung Trusmadi & gunung Tambuyukon kat Sabah! Dua gunung sekaligus! InsyaAllah. Kena mantain fit dan cargas laa lepas bersalin nanti.. hihihi

4 comments:

Unknown said...

Selamat Melahirkan..Semoga mama baby dan baby selamat dah sihat sejahtera..Tp, kalau dah mama baby sihat dan kuat mcm ni, kompom aaaa, insyaallah sumer selamat dan lancar jer...Hehehe

Nurmala Mazlan said...

wahhhhh
hari semakin dekat

attyfir said...

AD pasti bolehnya..sonok kalo dpt join..hehehe .

Biqque said...

wah semangat! best! best!