Monday, May 18, 2009

Sembang-sembang

Aku dah buat keputusan.. 29 Mei nih last day aku keje (insyaAllah) sebelum aku start cuti bersalin untuk 2 bulan. Fuhh.. 2 bulan ok! Macam best je bila dapat cuti lelama camnih, hik.

Berkenaan dengan permintaan DO untuk aku kembali bekerja awal & handle projek hujung bulan Julai nanti.. hmm, berat sikit untuk aku buat keputusan sekarang. We'll see. Aku tak berani nak janji apa-apa.

By time aku start cuti nanti, mungkin aku ada masa dalam seminggu (atau dua), untuk buat final preparation nak sambut baby. Kalau nak diikutkan, semua barang Mamoru dah sediakan. Tapi biasalah aku.. nervous terlebih kut - sentiasa ada je mender yang nak difikir / buat.

Ohh.. buat masa nih aku tengah busy decor barang hantaran untuk majlis pertunangan BIL Dillah hujung bulan nih. Nanti dah siap aku upload gambar kat sini ek. Adik no.6 kata hasil gubahan aku cantik.. hihihi. Harap family mertua aku suka. Nih je lah yang mampu aku tolong. Nak sumbang tenaga taim kenduri nanti for sure aku tak mampu (akak tengah menunggu hari dik nonn) Mamoru memang tak kasi buat keje berat. Kalau boleh, handbag pun Mamoru tak bagi angkat. Risau sangat dia sekarang nih.

Nak tau satu cerita best tak? My Mamoru dapat hadiah tau! Set mangkuk dari Panasonic (kelakar kan, jenama Panasonic pun ada jual pinggan mangkuk).

Ceritanya gini, Sabtu aritu, sebelum kami pergi beli bebarang hiasan untuk decor hantaran kat Nilai 3, kami singgah Mid Valley sekejap (semata nak makan Tako tao - again.. hihi). Sempat lah shopping kat MVEC - ada sales Jusco kat situ tau!

Lepas habis shopping, Mamoru ajak aku pegi centre court, ground floor. Ada DJ Red.fm kat situ tengah tanya audience soalan. Mamoru excited sangat nak jawab soalan DJ tu. Sampai depan stage dia heret tangan aku tau.

Dalam kelam kabut nak menyelit depan stage, DJ tu dah tanya start tanya soalan seterusnya kat audience. Fuhh.. dann dann tu Mamoru angkat tangan nak jawab. Laju je dia naik atas stage dengan dua belah tangan penuh dengan plastik & paper bag Jusco. DJ tu sempat bergurau pasal beg plastik yang penuh kat tangan Mamoru (comel sangat.. hihi).

Sayangnya, aku tak sempat nak keluarkan kamera. Laju sangat! Lepas Mamoru introduce nama segala, DJ tu suruh Mamoru jawab satu soalan. Suprisingly, Mamoru dapat jawab! Tuu yang dapat hadiah.. hihi.

Aku suka sangat tengok muka Mamoru masa dia berdiri atas stage tu. Sentiasa tersenyum & penuh konfiden je. Paling best bila dia bagi isyarat mata dari atas tu.. ohhhh, aku rasa macam jatuh cinta sekali lagi, boleh? Hahaha. Serius, aku suka orang spontan macam dia. Boleh buat hari-hari aku ceria je :)

Ops.. terlebih suda. Warning, cerita seterusnya masih berkisar pada perasaan aku pada Mamoru. Sila hentikan pembacaan kalau rerasa nak muntah.. hihihihi.

Sekarang nih, Mamoru dah amik alih 100% tugas aku kat rumah. Baik membasuh, mengemas, masak segala, semua Mamoru yang buat. Aku tak berpeluang langsung nak buat apa-apa. Sampai satu tahap aritu, aku terpaksa minta kebenaran dia untuk basuh baju sendiri. Bukan nak lawan cakap, tapi aku nak excercise maa.. tanak lah duduk sesajer. Tak baik untuk kesihatan.

Mamoru sekarang semakin melampau memanjakan aku. Sampaikan aku nak bangun cuci tangan kat sinki lepas makan pun dia tak bagi ok! Siap sediakan semangkuk air basuh tangan & tisu untuk lap mulut! Yerr, memang terlebih concern suami aku nih.

kalau taim malam pulak, selagi aku tak tidur, dia takkan tidur. Ye lah, kan aku ada masalah untuk tidur lately nih. Pastu, asal aku terjaga nak pegi toilet, dia akan bangun sama untuk bukakan lampu & tolong bangunkan aku. In, case kalau aku lupa nak bagitau, bila dah sampai hujung pregnancy nih, part nak bangun dari tidur adalah sedikit menyakitkan (kat bahagian 'bawah'). Kena bangun dengan hati-hati. Tapi, asal dah boleh berdiri, laju je jalan aku.. hihihi.

Alhamdullilah, aku rasa bersyukur sangat dengan semua nikmat yang Tuhan beri. Harap aku tak spoil dengan kasih sayang yang melimpah ruah nih.. hehe.

Buat Mamoru, nanti aD dah habis pantang, aD take over pulak tugas-tugas kat rumah ek? aD akan layan B macam raja! Sayanggggggg sangatttttttt kat suami aD nih!!!!!

*penulis sedang dilanda penyakit jiwang karat*

6 comments:

Eliss said...

gitulaah masa mengandung..lepas mengandung nan ado..hahahaha..tapi ai lebiu gak kat hubby sebab dari minggu lepas lagik duk basuh baju...hihihi..isteri x sempat :D

Nurmala Mazlan said...

sweetnyer mamuro...sila hargai mamoru ye aD..saya doakan aD bahagia bersama mamuro dan baby A yg bakal melihat dunia itu..Insyaallah

Cik ReeN said...

ya ampun .... romentik nyeee Cik Puan aD ... Kakak kat opis shaye pun ske baca laa aD !

upz ~ tumpang lalooo

Biqque said...

ha dah dpt suami camtu, jaga la elok2...harap2 dia tak berubah sampai akhir hayat :) selamat berbahagiaaaaaa :D

NorAzrin MohdNawir said...

wah...gitu la Mamoru...romantik giler.....harap² terus camtu ye en mamoru.....susah nak cari suami camtu skg ni...
gem kite pon tgok mood dia kalo dia nak wat keje umah tu sume..tp kalo kite tjaga mlm² mmg still tugas dia utk bgn temankan g bilik air sbb kite ni penakut...n 1 lg, tugas utama dia ambikkan kite air sbb kite suka haus tgh² mlm...tu je la yg bole dibanggakan........heheheh...

ape pon bsyukur jelah ngan ape yg kite ade....

psst....nak gem jd cam mamoru gak....huaaaa.................

http://www.rynn2506.com

Unknown said...

Owh..romantiknya...Sweeettttt... Semoga sentiasa dilimpahi RahmatNya...