Saturday, June 20, 2009

Anugerah terindah

Assalamualaikum.

Peliknya perasaan ketika menulis kali nih, baru bagi salam dah terasa sebak nak menangis pula.. *tarik nafas*..

Alhamdullilah, syukur. Aku sekarang nih dah pun berada di KL semula setelah dua minggu berpantang di rumah nenek Melaka.

Terlalu banyak perkara baru yang membuka mata hati dan mengubah persepsi aku mengenai kehidupan.. antara yang terpenting sekali, kelahiran baby Ariff yang sangat ditunggu.. kasih sayang yang tak berbelah bagi dari seorang suami.. dan jasa budi seorang nenek yang tak mungkin aku lupakan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah, ada masa nanti aku ceritakan semuanya kat sini.

Ada satu perkara yang aku nak kongsikan di sini.. tentang putera kesayangan kami. Mungkin perkara nih satu kebetulan atau mungkin juga mengandungi maksud yang tersirat untuk difikir dan difahami oleh keluarga kecil kami.. wallahualam.

Ariff Fadzillah Bin Noor Fadzillah.. baru dua minggu usia dia ketika gambar ini di ambil. Perhatikan kalimah yang terbentuk ditelinganya. Kalau tak disebabkan mak saudara aku menegur, aku sendiri pun tak perasan tentang nih. Kata Mamoru, dari awal lagi dia dah perasan tentang kalimah tu cuma dia tak berani nak beritahu sesiapa. Takut tersilap pandang katanya.


Close-up cuping telinga Ariff.. *subhanallah*

Thursday, June 18, 2009

Perkembangan Baby Ariff.


Salam semua..still post ini dari Fuzzy..Cik Puan aD masih berpantang di kampung halaman Melaka..

Dan aku sebenarnya tak berapa tau cam ner nak berbahasa basi dalam blog nie.. so kalau bahasa cam skema jawapan peperiksaan wat2 tak nampak dan sila baca dalam nada santai sepoi2 bahasa key..

Maybe hari Jumaat ni Cik Puan aD akan kembali mewarnai seri rumah kami di Permaisuri ... tapi ni pon bergantung pada keadaan dan faktor2 yang memungkinkan keputusan ini bertukar.

Nak citer per sal Baby Ariff erk.. sal nama Ariff.. aku decide tuk guna spelling nie A-R-I-F-F sebabnya mungkin sekadar kosmetik dan aku suka huruf F.

So kita layankan gambar memberikan 1000 cerita yang lebih menarik untuk ditatapi dari membaca aku menulis yang ntahkehapahapantah..hahahaha...

enjoy.


Ariff ZZZZzzzzz...

Ariff tido close-up.
Ariff dan pipi tembamnya.Gerammzzzz...
Ni Ariff yang gelak masa dalam tido..cam tak caya kan..baby leh gelak masa tido.

Ni Ariff selepas mandi dan tido lagi..
Tido-tido lagi..

Ni la ghupernyer nenek yang mengurut Cik Puan aD.

Ni plak gambor i ler..menggesek kayu manis dan jambu batu tuk disapukan ke dahi Cik Puan aD.



Tuesday, June 09, 2009

Sentuhan..


Sentuhan Mummy dan baby..
Sentuhan Mummy dan baby II

**kuku ni o-nyang kata tgu seminggu baru leh potong, bkn pasal k.org tak nak potong..tq.**
Pengarang : Fuzzy

aD keluar dari Al-Islam Medical Centre hari Ahad 7 Jun 2009, thank to Joyah dan juga Gee yang sempat datang.

Kuar dari AIMC k.org singgah jab umah pak long aku yang berdekatan ngan AIMC, bawak jumper nenda aku, lepak 1/2 jam sambil makan, then terus ke rumah aku plak amik bengbarang tuk dibawa ke Melaka, pastu terus gerak ke Melaka.

Hari ni Arrif dah berusia 5 hari, dan k.org dah merasakan hari-hari tak cukup tido..hahhaaa...mender nie dah diceritakan oleh bapa2 seantaro yang ceritakan pengalaman dorang. So mentally dah agak bersedia.

Sesungguh setiap hari kami makin belajar untuk menjadi parent, aku sendiri dari nak pegang baby masa memula, kekok sangat..skang nie dah ok skit.. bertambah meter konfident tuk handle baby.

Keadaan aD, hari ke hari ada perubahan positif, masa hari first, kenampakan kepenatan yang amat sangat, hari ke 5 ni dah cergas skit, hari nie merupakan hari terakhir berurut dengan Nek Enang, nenek nie siap crita yang dier penah ngurut org sampai ke Darwin Australia, kira gempak gak erk, tukang urut nie. aku cuma berdoa yang semuanya ok dan selamat.

Korunk enjoy la gambar erk.

Baby Ariff baru lepas dimandikan oleh O-nyang dan Nek-Lang nyer.
Sapu ubat kat pusat Baby Ariff.
Baby Ariff pakai baju.
Ariff baru lepas

Dan inilah Baby Ariff pas mandi.
Lena dipangkuan Mummy.
Mummy ngan srapan.

Sunday, June 07, 2009

Penantian Berakhir....Syukur..

Pengarang : Fuzzy

Salam semua,

Syukur Alhamdulillah isteri tercinta aka aD telah selamat melahirkan putera kami berdua. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sewaktu menyaksikan aD dalam labour room, dan sesungguhnya ia membuatkan aku lebih menghargai dirinya lebih menyayangi dan mencintai nya.

4.00am aD mula merasakan contraction dan pada masa nie dia masih lagi dalam keadaan ok, sehingga pukul pukul 7.00am dimana Nurse datang kebilik untuk meminta memasukkan ubat melawaskan perut. Dalam 2 minit aD terus menzahirkan proses perkumuhan.

Setelah organ perkumuhan stabil, nurse menjemput aD ke labour room, dan aku diminta untuk menanti diluar sementara air ketuban dipecahkan, selepas 15 minit aku masuk ke labour room, dan aD terbaring dan menahan kesakitan. Bukaan pada masa nie adalah 4cm(7.15AM)

8.30am, nurse muda datang dengan jarum injeksen, tak sure aper nama nyer, something cam pain killer. Injeksen ni juga akan membantu untuk mempercepatkan proses bukaan, tetapi side effect ubat nie ianya mengantuk.

Pada pukul 10 nurse muda nie memeriksa bukaan, dan agak confident mengatakan bahawa bukaan dah 9cm. nurse muda call Dr Rosila tuk inform bukaan, dan Dr Rosila memakai apron, dan glove seterusnya memeriksa bukaan, dan Dr Rosila cakap “ Ohh..bukaan baru 7cm ni” lagi 2 jam rasanya. Muka aD cam berubah, coz kene tahan sikit lagi, masa nie aD dah tak senang baring, aD lagi sakit berbaring, so dia duduk dan aku mengurut pinggang dan tulang belakang.

12.00++ bukaan hampir 10cm, dan proses peneranan bermula disini. Ianya berlanjutan sehingga pukul 1.00++pm.

1.30pm setelah se jam meneran, dan kepala Baby A pon dah kelihatan, ianya hanya setakat itu, walaupon aD meneran tuk 1shot lebih 30saat. Kepala baby masih kat tempat yang sama.

Dr Rosila decide tuk vacuum kerana risau baby akan lemas, dan proses ini menyedihkan aku, sebab melihat kesakitan pabila Dr memasukkan head vacuum kat bawah. Aku yang melihat pon terasa amat sakit.

Dr memulakan proses vacuum dalam pukul 1.40am, dibantu oleh kederat aD tuk push baby A keluar, akhirnya kepala baby A keluar sepenuhnya, dan Dr Rosila suruh aD tahan sekejab, coz leher baby A terbelit dengan tali pusat, 3 belitan di leher baby A. Dr Rusila memotong tali pusat dan membuka belitan di leher baby A. aD meneruskan push terakhir dan Alhamdulillah baby A selamat dilahirkan pada pukul 1.48pm 06/06/09 berat 3.69kg.

Tuk semua yang mendoakan keselamatan ibu dan anak, jutaan terima kasih diucapkan. Alhamdulillah ibu dan anak selamat.

Pada semua yang call dan sms, maaf sesangat kalau ada yang tak sempat nak balas..coz bz nak handle mummy and my new baby..hikhik..

Last sekali enjoy gambar kat bawah erk..

Baby aRRif selepas dibersihkan.

Close-up selepas dimandikan.

Baby aRRif tido..

Baby aRRif tido..close-up

Tag . Baby aRRif.


Friday, June 05, 2009

Ada darah laa..

Aku rasa nih la yang dipanggil ' bloody show' kut..

Pagi tadi aku perasan ada sikit.. tapi sikit sangat. Dan baru sekejap tadi ada lagi - banyak sikit dari yang pagi tadi punya. Kengkawan semua, korang rasa is that 'it'?

Sakit? Belum lagi.. cuma tak selesa dari semalam sebab perut kerap menegang.

Aku dah call Mamoru. By time aku tulis nih, dia dah on the way balik rumah kut. Ekceli dia otw ke kedai kereta - ada problem dengan bateri kereta (tetaim camnih la pulak kereta nak buat hal kan?) Dugaan semua tu..

Ok, lah.. nak call hospital tanya sama ada perlu atau tak aku pegi sana. Kalau tak serius, aku nak duduk rilek kat rumah dulu.

Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan untuk aku & baby 'A' ya geng.

Assalamualaikum.

39 weeks

Tak sangka kan, dah hampir sampai ke penghujungnya. Kalau nak kira ikut EDD, ada lagi 6 hari untuk aku lahirkan baby 'A'. Kita tunggu je lah harinya.. sama ada awal, ngam-ngam, atau terlebih. Tapi memintak jangan laaa terlebih hari.. penat woh tertunggu-tunggu camnih. Lama tau aku duk mengira hari nih. Start dari first day aku dapat tahu aku pregnant sampai laaa hari nih. Ada lebih dari 200 hari! (oit aperdaa aku nih.. lagi 6 hari pun tak boleh tunggu ke?)

Perkembangan aku & baby 'A' setakat nih:

Berat aku naik lagi.. sudah 50 kg!! Omaigod.. macam tak percaya ok berat aku boleh jejak ke angka nih. Kagum.. kagum.. 

Berat baby 'A'? Aku tataw. Kali nih tak scan pun. Just buat CTG je. Tunggu dia lahir baru timbang kut.. hihi.

Perut aku sekarang makin kerap mengeras. Sakit sikit la bila jadi camtu. Tapi bukaan still 1 cm :(

Nak tau cerita kelakar tak? Pagi aritu kan, aku ada rasa sakit perut (macam mild period pain). Taim tu Mamoru dah pegi keje. Beria lah aku kejut adik no.6 suruh dia bersiap temankan aku gi Al-Islam in case kalau contraction bertambah kerap. Sekalikkk bukan sakit nak bersalin daa.. aku kena cirit birit rupanya.. cesss!

Ohh, aku ada cakap tak yang Dr Rusila bagi aku sambung MC.. fuhh, hebat! Tak penah aku dapat MC selama TIGA minggu berturut-turut sepanjang aku bekerja nih. Bagus! Tayah sesusah aku apply cuti. 




Latest pic bersama baby 'A' (dalam perut).. Eh, baru aku perasan aku tak amik gambar full dengan perut untuk minggu ke 39 nih.. (waaa kena amik cecepat nih, nanti tak sempattttt)

Solekan mata simple III

Buat yang nak aku buat entry step by step tu, nenanti laa ya? Bukan apa, tak larat nak mengamik gambar sekarang nih. Cepat je penat kalau menghadap cermin lelama. Kebanyakan gambar solekan mata yang aku upload kat sini semuanya Mamoru yang amikkan. Tu pun, lepas aku siap bersolek. Kalau nak suruh dia amik satu-satu gambar in the making, aku rasa mau bosan suami aku tu.. hik.

Gambar kat bawah nih di amik sebelum aku keluar rumah pegi weekly check-up kat Al-Islam.




Kali nih aku guna kombinasi dua warna merah & coklat




Sedikit hi-lite kaler putih, eyeliner + maskara.. dan dah siap.. haha




Gambar penuh.. dengan rambut yang belum bersikat - tak menyempat nak bergambar katakan...




Tembam jugak aku ek? Takper, tunggu aku bersalin nanti.. 

Thursday, June 04, 2009

Kenduri @ Kuala Selangor

Aku ingatkan, bila dah dapat MC berminggu-minggu dan dapat rehat kat rumah, boleh laa kiranya aku buat mender yang aku suka - menghadap pc & update blog. Tapiiiii... nan ado dik nonn! Penyakit malas melanda sudaa.. Bercinta betul nak membuka blog sekarang nih. Baring sambil layan tv lagi best.. hik.

Anw, korang layan kan je lah gambar kat bawah. Nih gambar weekend kat Kuala Selangor aritu. Ada kenduri tahlil dan majlis pertunangan BIL Dillah.




Kenduri tahlil nih family Mamoru buat style nasi Ambang (betul ke eja nih?) Seronok tengok cara derang prepare nasi ambang nih. Lebih seronok bila dapat makan reramai dalam dulang.




Meriah betul lauk pauk malam tu. Semua style jawa (tapi family Mamoru bukan orang jawa) - sedapppppp!!!




Nih la rupa nasi ambang.. penuh dengan lauk!




Tak banyak snap gambar tetamu. Nih pun saper tah tolong snap kan. Kat serambi semuanya lelaki. Malu arr nak naik atas rumah amik gambar.




Nih pulak.. gambar masa tengah siapkan sirih junjung untuk majlis pertunangan BIL aku




Barisan hantaran yang dah disiapkan. 




Rombongan ke rumah bakal pengantin (kampung sebelah je.. hik). Aku pun gedik nak tolong bawak hantaran. Padahal tak larat dah taim tu - panass woh.


 

Sessi merisik & bertunang. Kejap je punn sesi soal-jawab nya. InsyaAllah, kalau takde aral, lepas raya nanti derang buat kenduri kahwin pulak :)




BIL Dillah & Seri.. tahniah korang!!




Nak interprem jugak.. me & nenek Mamoru (tudung putih) dan adik kepada nenek Mamoru (tudung kuning). Comel sangat nenek-nenek aku nih :)