Thursday, October 29, 2009

First time berenang

Ekceli, bukan lah bermaksud aku tak pernah berenang langsung. Kat laut, kat sungai dah biasa dah. Cuma kat kolam renang bawah rumah aku nih memang aku tak pernah jejak langsung (walaupun dah hampir setahun aku menyewa kat sini). Bukan aku tak nak, tapi aku kurang gemar arr mandi dalam kolam renang. Aku tak suka bercampur gaul dengan orang ramai mandi kat tempat air yang tak mengalir (get what I mean?). Alasan lain, air alam kolam renang banyakkk klorin yang boleh rosakkan rambut & keringkan kulit.


Tapi hari nih, pecah rekod beb. Aku telah memberenangkan diri aku dalam kolam nih.. haha. Boleh tahan lah. Memula tu aku cam tanak basahkan rambut la, tanak menyelam la, haper lah. Tapi tu memula je. Lepas dah masuk dalam air, lopaaaa donia sudahhh. Tak sedar diri langsung. Hik. Nasib baik tetaim pagi camnih sorang pun takde. Syiok gila mandi taim orang busy bekerja.. Indah.. indah..



Nih je gambau yang boleh di share (taken by my papparazi brother). Aku tengah buat kuak ntahaperhaper.

Ariff ke Zoo

Ariff first visit ke Zoo Melaka :)

Gambar nih berkurun lamanya. Biasalah kan, taim aku malas, memang lambat la nak berhapdet. Tapi disebabkan gambar nih penting untuk tatapan Ariff suatu hari nanti, aku rajinkan jugak upload kat sini (anything for you, Ariff love).




Suprisingly, walaupun cuaca agak panas masa kat zoo nih, Ariff langsung tak meragam. Bagus anak mummy nih. Next time, mummy bawak jenjalan tempat lain pulak ya.




We all naik tren. Lupa nak bawak stroller haha. Mummy bawak Ariff pusing zoo naik tren je lah ek.




Ariff suka pegi zoo. Mata dia meliar je tengok sini sana.




Beruntung betul aku ikut nasihat Mamoru (Mamoru suruh biasakan Ariff tidur dalam persekitaran bising. So, kalau kami bawa Ariff kat memana pun, dia boleh bantai tido dengan lenanyaaaa...




Ariff paling suka tengok gajah.. maybe sebab binatang nih besar kut.




Mamoru volunteer naik atas belakang gajah. Nampak macam best. Maklumlah, kalau trekking dalam hutan, dapat tengok gajah liar dari jauh je (tak pun, just jumpa taik / tulang gajah je). Kat sini, siap boleh main panjat-panjat.





See how excited daddy naik atas gajah. Turn Ariff kena tunggu umur Ariff besar sikit okay.

Wednesday, October 28, 2009

Mamoru & ping pong

Mamoru memang minat gila main ping pong. Dulu masa keje dengan gomen, selalu gak la dia join pertandingan ping-pong nih (He's one of the Selangor district champion okay). Tapi sejak join swasta, memang dah bertahun dia tak pegang bat ping-pong (bat or racket eh? haha dasar tak reti main ping-pong aku nih).

Anw, semenjak dua menjak nih, Mamoru macam berminat nak main sukan ping-pong nih semula. Aku tataw apa yg buat dia beria nak beli bat (or racket) ping pong (since bat yang lama dia dah let-go). So, aku temankan lah dia pegi tempat jual peralatan untuk sukan ping-pong nih kat Plaza Uncang Emas (UE3).




Mamoru tengah khusyuk telek bat (or racket) pilihan hati dia (yang pakai baju hitam tu, national ping-pong player tau). Memula tu, aku ingat dia nak beli bat yang sedia ada tergantung, tapi rupanya dia pilih rangka bat sahaja & beli getah untuk ditampal pada bat tu secara berasingan. Wooo, aku tataw pulak sampai cenggitu sekali unik bat yang dia pilih nih.




Guess what? Untuk bat (or racket) ping-pong baru dia nih beserta cover sekali cost him almost RM 350 okeh! Aku macam tak percaya mender sekecik tu boleh jadi mahal gila. I mean its only a small racket dowh (hahaha, dont get offended ok, hubby). Oh, aku tak sempat amik gambar bat (or racket) Mamoru. Dia bawak gi opis.




Kat sebelah kedai ping-pong dalam UE3 nih ada satu bilik khas bagi peminat sukan ping-pong. Murah je sewa table kat sini RM 6.00 per table atau RM 4 per player. Kata ah so yang jadi cashier tu.. "u punya hubby main ping-pong sini, u pigi lah itu dancing room kat sebelah" - yolah, kat sebelah kedai nih memang ada dancing class.

Tapi kesian Mamoru, sampai sekarang belum berpeluang nak test bat ping-pong dia tu.

Takper lah b, nanti aD beli satu lagi bat ping-pong untuk aD, nanti kita leh main sesama (but u have to be patient to teach me lah kan - andddd dont wory, I'm not intend to buy racket yang expensive - maybe aD beli racket yang dapat free 3 biji bola ping pong tu je hihihihi - jadi lah kan?)

p/s: My dad & my brothers oso ping-pong lover jugak - satu kebetulan yang sangat menarik! They already made a deal to buy a ping-pong table together and place it at my dad's house.. how sweet :)

IT Gadjet: Movie Box

Dari zaman aku kecik, aku berpeluang tengok perubahan teknologi perakam / pemain video bermula dari era penggunaan kaset, beralih ke vcd dan seterusnya dvd.

Dedulu kat kampung aku, kalau rumah sesiapa ada video player (yg guna kaset-film tu), memang kira gempak lah. Taim tu aku sekolah rendah lagi. Taim penggunaan vcd mula popular, family aku masih lagi setia dengan video player lama kami (tadok duit woo nak tukar vcd). Tapi tak sempat vcd nak glamer, dvd pulak mula diperkenalkan. Cepat betul perubahan teknologi masa kini kan?

Tu tak termasuk lagi penggunaan henpon yang bertambah canggih sampai boleh tengok tv atau surf internet (aku mula pegang henpon masa first year aku masuk universiti okay - Zaman Nokia 3310 taim tu. Malu gila bila tengok henpon aku lagi cikai dari henpon buak sekolah rendah sekarang.. tsssskkkkkkkk).

Walkman pun camtu gak, dari era aku guna walkman berkaset, pastu walman ber-cd, sampailah walkman mini MP4 (yang boleh upload movie dalam tu). Kamera pun camtu gak, dari guna roll-film sampailah guna memory card - dari kita tataw cemana rupa gambar yang kita ambik, sampai laa ada lcd skrin kat belakang kamera!


Fuhh.. pesat betul perubahan teknologi sekarang nih, kan? Akan datang, ntahapehaper lagi lah teknologi canggih-manggih yang wujud nanti (aku suka baca majalah Skymall - dalam tu banyak gila teknologi / gajet canggih yang baru direkacipta)

Anw, hari nih aku nak cerita tentang satu teknologi (yang baru bagi aku - mungkin korang dah pernah dengar) yang ada sangkut paut dengan penggunaan dvd jugak

Presenting..... *drum roll*.... Movie-Box :)

Melalui movie box nih, korang boleh tengok movie & simpan semua koleksi movie korang secara softcopy - sama ada guna hardisk atau thumbdrive. Aku rasa cara nih lebih senang dari penggunaan cd / dvd, SEBAB, ianya adalah sangat menjimatkan ruang! Yelah, kalau guna dvd, sure nak sediakan ruang / kotak / drawer / album untuk simpan koleksi dvd tu. TAPI kalau guna movie box nih, korang just perlukan satu hardisk sahaja (atau dua hardisk - in case kalau nak buat backup)!!! Simple kan?




Ini citer kartun yang Mamoru pasang guna Movie Box - sangat clear! Skrin kecik tu channel Astro (Mamoru set dua skrin in case kalau takut terlepas cerita best kat Astro masa tengok movie)






Nih lah gadjet movie box yang aku ceritakan tadi. Kecik je saiznya - lebih kurang sama besar dengan hardisk Mamoru. Cara penggunaan pun senang, Just cucuk satu wayar HDMI dari movie box ke LCD skrin, pastu wayar warna-warni tu cucuk ke set home theater dan satu wayar USB ke hardisk atau thumbdrive. Selain guna untuk tengok movie, mender alah nih boleh diguna untuk explore segala fail yang ada dalam hardisk korang (ie, tengok gambar etc) - Guess, tak lama lagi DVD player akan jadi barang antik macam pemain video kaset dulu.. hihi




Nih box dia - kecik & comel je. Harga kat box tu RM 169. Lebih kurang harga satu dvd player jugak lah. Tapi sangatttttt berbaloi-baloi okeh!

p/s: Now I wonder, bila agaknya penjual dvd nak jual movie secara soft copy????? Hmm, that would be interesting. Maybe kita hanya perlu pergi kedai dan hulur thumbdrive sahajor kan kan kan? But that surely gonna be a disaster too - untuk pengeluar movie of course - kalau sekarang dinamakan lanun cetak rompak, maybe akan datang diberi nama lanun-soft-copy (okay, thats sound stupid, perhaps somebody will come out with a better name later)


Tuesday, October 27, 2009

Insurans untuk Ariff

Walaupun kos perubatan kat Malaysia nih masih murah kalau nak compare dengan oversea punya kos, aku insist gak nak amik insuran untuk Ariff. Bukan apa, setiap orang kalau boleh nak yang terbaik untuk anak-anak derang, aku pun tak terkecuali.

Aku nih cepat panik. Contoh la kan, masa Ariff kena chicken pox masa umur dia 2 bulan aritu; padahal baru 4 bijik chicken pox naik kat badan Ariff, aku dah tak tentu arah sampai paksa-paksa Mamoru hantar Ariff ke Al-Islam. Esoknya, naik lagi dua bijik bintat, aku angkut Ariff jumpa Paed kat sana lagi sekali - konon marah sebab ubat tak berkesan (yer, aku memang gelabah ntahapahaper).

Pendek kata, asal Ariff terbersin sikit je, aku memang jenis lajuuuuuu je kaki nak ke Al-Islam. Klinik biasa-biasa nih memang aku takkan pegi - aku tak caya langsung - sampai camtu sekali kan overprotective aku nih? Dont get offended, aku rasa semua mak-pak pun sama. Semua nak yang terbaik untuk anak memasing.

Jadi memandangkan kos untuk jumpa Paed kat hospital swasta adalah agak mahal (apatah lagi kos untuk kena admitted kat sana kan?), Mamoru cadangkan kami amik insuran untuk Ariff. So, malam tadi, kami jumpa wakil dari Prudential-BSN Takaful (I prefer more Islamik punya cover). So, far aku puas hati dengan explanation dia (tapi kalau korang ada opinion lain, do advice aku kat sini - Im totally new to this insurans thingy). Dan kalau takde apa-apa, kami akan sign up insurans nih dalam masa sehari dua lagi.




Kinda cute bila wakil insurans tu (nama dia Sham, kawan Mamoru), buat proposal camnih :)




Ariff dalam sleeping- bag dia.




Aku suka sleeping bag nih (beli kat Ikea). Sesuai sangat untuk Ariff since Mamoru suka pasang air-cond kekuat. Lagipun sleeping bag nih selamat & selesa - tak perlu risau pasal suffocate ke haper. Nak tukar diapers pun senang sebab zip dia kat belah bawah. Next time kalau Ariff dah besar sikit, boleh bawak sleeping bag nih masuk hutan kan kan kan. In second thought, kalau Ariff nak tumpang sleeping bag mummy pun boleh - mummy punya sleeping bag laaaggggiiii besaarrrrrr :)

Bakal pengguna LRT

Semalam gi buat medical checkup & amik offer letter. HR bank tu tanya bila aku nak start keje since aku memang tengah melepak kat umah sekarang nih. Aku mintak tangguh sebulan lagi sebab aku nak habiskan masa dengan Ariff & habiskan kelas make-up aku.. hihi. So, 16 Nov nanti baru aku start keje.. *sigh*..

Ekceli kalau boleh, aku nak start keje bulan December tapi kang takut HR officer tu nyampah pulak dengan aku. Aku bukan apa, cerita Twilight-New Moon dah nak masuk cinema, aku tanak miss citer tu.. Kalau dah keje, cemana aku nak tengok movie, sure busy je nanti.. tsssskkkk :(

Anw, bermula 16 Nov depan aku akan jadi pengguna tetap LRT! Satu pengalaman baru bila pegi keje naik LRT nih. Best pun ya jugak sebab aku tempat keje kali nih dekat dengan stesyen LRT. Paling bestest bila tempat keje baru nih dikelilingi dengan shopping kompleks! *kopak henbeg aku* haha.




Anak dara mana yang tunggu LRT tu ek?




Gila perasan anak dara.. mak orang daaaa...




Aku baru perasan penggunaan hand bag adalah tak practikal bila keje kat tetengah bandar KL. So, aku telah berjaya mengayat Mamoru untuk belikan aku beg nih kat Sogo semalam. Agak macho sikit rupa bag nih. Tapi takper, aku suka. Boleh sling kat badan tanpa rasa was-was nak berjalan.

p/s: Aku ada sebulan lagi masa untuk berjoli-jolian.. aribbaaa.. anggree anggree

Friday, October 23, 2009

I got a job offer!

Syukur alhamdullilah!

Hari nih aku dapat call dari XXX Bank (go figure which bank hihi). I was quite nervous masa jawab call tu tau. Ekceli sebelum nih, aku ada attend interview kat Bank tu - 2 interviews. So, I was waiting for the result. Dan bila pihak bank call pagi nih, obviously aku dah tau untuk apa.. hik. God, I am so excited! They offered me a Senior Executive position in Business Banking! Derang suruh aku buat medical check up & amik offer letter Isnin depan! (ok, aku dah rasa nak melompat sekarang - congratulate me cepat!)

Tarik napas.

Sekali lagi alhamdullilah, rezeki anak aku & rezeki mereka yang memerlukan pertolongan aku. Tak sia-sia aku lepaskan jawatan aku dengan kompeni aku sebelum nih. Betul cakap orang, bila satu pintu rezeki tertutup untuk kita, 7 lagi pintu rezeki dibuka. Yang penting sabar dan jangan sesekali masukkan pasir dalam periuk nasik orang. Jangan sekat rezeki orang, jangan burukkan rakan sekerja, tak selesa hidup, tak berkat rezeki yang kita terima.

Buat ex-colleague kat tempat keje lama aku (ya aku tau dia baca blog aku hari-hari), terima kasih sebab burukkan aku sepanjang aku cuti bersalin aritu (Your niece sendiri yang ceritakan semuanya pada aku) Rasa nak menangis bila dituduh 'guna-guna' kan boss. Well, kelakar pun ada, sebab kalau aku guna ubat 'guna-guna' atau main bomoh, dah lama aku suruh boss naikkan gaji, betul tak? Anw, tak kisah lah semua tu (and fellow bloggers, please, jangan komen yang buruk-buruk tentang ex-colleague aku nih). Biarlah dia. Pada aku, hari nih, aku maafkan semuanya. Aku nak mulakan hidup kat tempat keje baru dengan selesa. Harap, aku tak perlu bertemu dengan orang camnih kat tempat keje baru, insyaAllah.

Ok, lah, nak masak lauk peberet Mamoru. Hari nih mood memasak sangat membuak-buak.. haha. Pepetang kang aku balas komen ok? Semoga hari korang semua pun ceria cam aku gak :)

Thursday, October 22, 2009

My fav phographer

He's getting pro at it. Of course lah kan, after spending a lotsaaaaaa money attending photography classes, seminars, etc sampai ke hujung Malaysia (not to mention investment yang dia buat untuk gajet dia nih).

All I can say, he's my fav photographer. I justttt love his shoot, his artwork! Dah banyak kali dia amik job untuk pengantin. Aku ada suruh dia upload semua gambar yang dia amik kat fotopages / flickr, tapi adoyaii.. lambatnya lah nak tunggu dia buat semua tu - bz manjang.

Bulan depan, tetiap minggu aku kena tinggal sebab dia ada job (jadi photographer pengantin). Aku tak kisah pun sebab aku sendiri ada banyakkkkk mender nak dibuat - laki bini busy... hahaha.




My pride & desire

Penangan membaca

Korang penah tengok orang membaca sambil tutup mata? Hihihi.. kat umah aku ada ramaiiiii orang yang mempunyai skill pelik camnih.





Salah satu darinya, yours truly (gambar nih memang sengaja dikecikkan untuk mengelakkan korang tengok mulut aku yang ternganga masa tidur.. hahahhaha) Mamoru yang pedajal snap gambar nih. Seriyes aku tak perasan gambar aku tengah tidur ada dalam camera sampai lah adik aku tunjukkan. Geremmm je!




Yessss. Pembalasan si pitung! Malam aritu aku berjaya amik gambar Mamoru masa dia tengah terlelap sambil pegang buku. Tergelak-bangga aku bila dapat kenakan dia balik.. hahahaha. Mamoru kata dia nak shut-down blog nih kalau aku upload gambar nih.. tssskkk.. (jangan lah b, tak aci tau.. kata love)

Wednesday, October 21, 2009

Yang young Ariff

Ariff dalam walker. Soooo cute.

Ada banyak pendapat (pros & cons) tentang penggunaan baby walker nih - korang boleh google sendiri. Apa pun pendapat orang, pada aku, terpulang pada cara kita guna benda nih. Aspek keselamatan kena jaga. Dalam apa juga keadaan, jangan lepaskan baby dari pandangan mata kita biarpun untuk seminit dua! Ingat tu. Kalau urgent sangat nak ke dapur atau nak jawab call, sila keluarkan dulu baby dari walker nih dan letak dalam katil dia atau kat tempat yang selamat.



He didnt know how to use it, yet.



Ariff nampak confuse masa aku memula dudukkan dia dalam nih. Tapi pastu dia jadi curious & sangat excited bila dapat tengok view dalam posisi berbeza. Perkembangan terbaru Ariff, dia suka meniarap sambil angkat bontot tetinggi. Gaya macam nak merangkak je :)



Suka tengok dia buat mimik muka berbeza



I wonder what is he thinking. Bet It'll be fascinating if I could read his mind. How I wish.



My Ariff making face again :)


Oh, Ariff punya musical mobile dah rosak. Dah takde bunyi.. tsskkk. Ada suggestion tak nak beli yang mana? Kalau boleh, aku tanak beli yang putar-putar tu sebab muzik dia sekejap je, pastu lenguh nak memutar balik. Aku ada tengok kat kedai jenama Fisher Price. Mahal dalam 200 ke 300 lebih jugak lah tapi takde display unit untuk aku dengar choices muzik dalam tu. Kalau boleh, aku nak cari yang ada pilihan banyak lagu dan yang penting, boleh play secara berterusan.


False alarm

I hate reading (but I love it very much that makes me hate it even more - how to put these into words eh?). Well, I hate reading 'cause it makes me lose track of time.

I mean, its almost 3.00 pm now and I havent done cooking yet! *gasp*.. Habis lah! (Mamoru.. kita makan kat luat nak? hihi).

Anw, Just nak share satu perasaan yang aku-tataw-cemana-nak-describe:

Dalam seminggu dua nih, aku asyik ingat, aku pregnant lagi ke? Aku tanya pendapat Mamoru tentang second baby. Dia nampak macam tak kisah, tapi aku rasa dia nervous macam aku jugak kut.

Lain tau perasaan untuk pregnant kali kedua nih. At first, aku rasa macam... am I ready for second baby? Macam mana dengan Ariff? He's only four months. Mampu ke aku nak bahagi kasih sayang seadilnya? Cukup ke masa nak attend dua baby dalam masa yang sama?

Lepas pertimbangkan pro & cons, aku rasa macam excited pulak. Macam... Hey, I can do this! Tetiba aku macam look forward nak go thru semula proses mengandung & melahirkan sekali lagi, boleh? Teruja sangat nak masuk bilik beralin lagi haha.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku period pagi nih *sigh*

Lebih mengejutkan, bukan aku sorang je yang 'down', Mamoru pun macam frust je :(

Maybe belum rezeki eh? Its ok. Apa pun, aku rasa macam lega jugak lah, setidaknya, aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya untuk Ariff kan? *Mummy love you Ariff, so much!*

Ok, nak pegi defrost kan ikan. Tata.


p/s: Aku tak suka pakai apa-apa 'protection' (IUD, injection, pills, condoms, etc.). Umur aku dah 30 okay. Aku just ada tempoh 5 tahun lagi untuk tambah baby sebelum aku reach usia yang lebih berisiko untuk pregnant. So, dont suggest any :)


Tuesday, October 20, 2009

Who am I?

Ni Ariff punya first costume. Aritu aku gi shopping sengsorang kat area Bukit Bintang, aku jumpa satu kedai yang jual banyakkkkk costume untuk baby. Ekceli planning nak shopping untuk diri sendiri, tapi, biasalah kalau dah ada baby nih, baju sendiri tak berganti pun takper, janji baby sentiasa berbaju baru! Hik. Aku beli dua costume. Satu baju kat bawah nih, satu lagi nanti aku buat entry lain :)




I love this costume. Make me looks great. Make me feels like a hero!




I'll show you how Peter Parker put his mask on.




Err.. uh-oh, how did he do it eh? I couldnt find my eyes. I cant see.. HELP!




Thanks mummy! Now, I know why every hero need a heroin




Who am I? I am.... SPIDER Baby!!




Spider-baby in action!

Aku adalah menganggur

Finally, I have the guts to tell u gals (and guys) that I am "penganggur terhormat" for almost one month already.. haha. Satu keputusan yang sangat sukar aku buat selepas 7 tahun aku berkerja dengan HBSACM (7 tahun beb!)

Yep, aku dah tak keje since awal bulan aritu.

Dan yer, aku tau sepatutnya bila dah tak keje, aku ada lebih banyak masa untuk update blog, balas komen, etc, tapi.. tidakk dik nonnn.. aku busy, ok. Busy buat segala mala mender yang lamaaaa dah aku impikan sebelum nih - bangun tidur kul seploh, lepak depan tv sepanjang hari, pegi shopping tanpa mengira waktu dan masa, etc, etc. Penah sekali tu, aku habiskan 5 jam straight untuk baca buku favourite aku tanpa perlu risau pasal masa! Heaven!

Gila best bila dapat duduk rumah camnih! Oh, in case kalau korang tanya, tentang Ariff, aku masih hantar dia tetiap hari ke rumah pengasuh sebab kami dah bayar upah pengasuh untuk bulan nih - kang kalau tak hantar, rugi laa pulak kan? Pasal tu, aku enjoy sakan.. hahahaha.

Stop.

Ekceli, cuti aku tak sehebat apa yang aku tulis / bayangkan sperti diatas. Start dari awal bulan aritu, kebanyakan masa aku habis dengan ulang alik ke klinik & hospital. Salah sorang anak buah aku (Jasmin), tak sihat - paru-paru dia kena jangkitan kuman. Memula hari tu, Hanis Sophia kena sakit kulit (baby yang baru lahir aritu - adik kepada Jasmin), sekarang Jasmin pulak sakit. Kesian adik no.4 , tempoh pantang tak habis lagi dah dapat dugaan camnih. Semoga dia tabah selalu. Semoga Jasmin & Hanis cepat sembuh (amin). Hmm, mungkin ada hikmah aku tak keje sekarang nih. At least dapat tolong adik aku, kan?

Anw, aku baru perasan ada banyakkkkkkk mender yang aku boleh buat bila duduk kat rumah nih (instead of membazirkan masa dengan mender-mender remeh). Contohnya, aku teringin sangat nak belajar English Literature. Aku pun tataw dari mana datangnya minat nak belajar sastera inggeris nih. Yang aku tau, aku dah jatuh cinta dengan bahasa-bahasa klasik. Tapi tataw lah bila aku ada peluang atau kat mana aku nak belajar English Literature. Dalam kelas MBA, derang takde offer subjek nih.. hihi. Takper, aku hold dulu impian nan satu nih.

Buat masa nih, aku tengah join kursus untuk jadi makeup artist (dont laugh ok). Aku tau bunyi macam pelik bila perempuan lasak penggila hutan dan gunung macam aku nih pegi attend kursus mekap. But heck, lantak lah. Since aku minat gila bab-bab mekap nih, why not aku jadikan dia sebagai satu mender yang menguntungkan? Lagipun, bukan murah ok, nak beli bebarang mekap nih (M.A.C, Bobbi Brown, etc). Kata orang, menyelam sambil minum air gituu ( tho aku takkan minum air sambil menyelam, esp, air kat swimming pool / air laut - eww.. g.r.o.s.s)

So, siapa nak panggil aku mekap muka korang pasnih, boleh lah berbuat demikian dengan lebih perasaan yang konfiden.. haha.

Oh, permisi sebentar ok. Aku nak tengok movie sambil tunggu baju kering dalam mesin basuh (Mamoru dah sediakan satu hardisck penuh dengan movie untuk aku tengok kat umah nih - see how supportive suami aku nih demi mengelakkan aku boring duduk kat umah - korang ado? muahahaha). Lepas tengok movie, aku nak sambung baca buku baru yang Mamoru belikan aritu (tenkiu hubby).

Haa.. lepas habis memanjakan diri, baru aku upload cerita lagi. Tunggu tau, ada berderet lagi gambar untuk aku publish kat sini!

Sunday, October 11, 2009

Bawa Ariff ke Al-Islam

As usual, for his monthly check-up.

Dah 4 bulan usia Ariff sekarang. Semakin besar. Kalau aku dukung dia, memang semua orang takkan percaya Ariff keluar dari perut aku sendiri.. haha. I mean, seriously, it'll look like I'm carrying someone else's baby.

Dalam 4 bulan nih, Berat Ariff dah bertambah sekali ganda. Berat dia sekarang 7.5 kg! Tinggi 67 cm.




Ariff tidur atas mesin penimbang.




Normal checkup by his fav paed




Kesian Ariff kena dua injection kat paha kiri & kanan (normal immunization plus pnenumococal - oh, aku baru dapat tahu harga untuk injection pneumococcal nih dah jadi sangat murah (RM 60 compared dengan RM 300++ sebelum nih) sebab company yang keluarkan ubat nih dah hilang hak monopoli... *I love learning micro / macro economics*




Ariff at 4 months old. Katil baby nih dah tak fit dengan saiz dia.. haha.




Ariff less than an hour old. See the different? I barely notice the changes. Not the weight nor the height. If its not because of this photo, he'd be just the same to me :)



p/s: My dear friends, please do not speculate abt me wearing hijab. It's not something I would want to talk aloud. I'm still working on it. Until I'm sure 100% abt it, I'd prefer to keep it low.


Thursday, October 08, 2009

Ariff 4 months

How times flies. He's growing up remarkably fast than I ever thought. I'm hepi and.. sad also.. cause I wont be able to hold him like a small little baby in another couple of years. I've already imagine him running here and there and wont stay still in my arms when I try to hold him - boys.

****************************

Little Ariff genap 4 bulan, semalam. Semakin comel & pandai. Semakin banyak cakap pun ya jugak. Baby's language, of course.

Perkembangan Ariff setakat nih:

Semakin pandai meniarap tapi masih belum pandai nak terlentangkan badan semula selepas meniarap.

Suka grab apa sahaja yang ada dekat dengan tangan dia

Suka tengok tv (tho aku dah warn dia no tv until he's two years old) - tapi takkan aku nak biarkan dia sengsorang dalam bilik bila aku tengok tv kan?

Suka masukkan apa sahaja barang yang dia grab ke dalam mulut

Suka dengar aku menyanyi lagu favourite dia & suka orang layan dia bercakap

Sangat curious dengan permandangan sekeliling. Esp kalau bawa dia berjalan naik kereta.

Oh, Ariff dah mula tidur dalam katil dia sendiri start dari bulan lepas lagi. He seems ok with it cuma aku je lah yang tak boleh tahan. Kengkadang tu aku amik dia bawak tidur sebelah aku jugak.. haha. Nasib baik semua bilik dalam rumah kami nih occupied. Kalau tak, dah lama aku letak katil Ariff dalam bilik sebelah. Ikutkan, memang sedih nak tidur asing-asing nih. Tapi aku nak train Ariff untuk berdikari dan lebih berani bila dia besar nanti. Kalau tunggu lelama baru nak switch bilik, confirm payah, kan?




My little angle.. my nudger




My pride.. my joy




My smile.. my laughter




My dreams.. my hopes




My wealth.. my glory




My strenght.. my bravery




My love and sincerity




... my son.

Friday, October 02, 2009

Keguguran rambut



Dah seminggu rambut aku asyik gugur. Sekali gugur bukannya sikit. Banyak ok. Bersepah-sepah rambut aku dalam rumah nih. Lebih rimas bila tengok rambut yang melekat kat bantal bila bangun tido. Macam aper je.. *sigh*

Aku takdelah risau sangat pasal nih. Its not a sign of getting old pun (tho I am) atau kesan dari Ariff yang start menyembur. Tapi nih kesan daripada pregnancy aritu. Taim mengandung dulu, memang aku perasan rambut aku nampak lebih lebat. Selai pun tak gugur. Merasalah perasan hebat untuk tempoh 9 bulan tu. Tapi lepas mengandung, masakkkk laaa. Rasa cam naik botak je kepala nih :(

Tapi takpe, nih kesan jangka pendek je. Nanti normal balik ler tu (ye ke? tssskkk)

At home with Ariff

Ariff selsema pagi nih (for the first time ok). Dan aku panik.. haha

Nasib baik selsema dia tak teruk mana. Aku dah bagi ubat. Dan dia tengah tidur sekarang. Tapi apa pun, aku tengah prepare for the worst part. Part yang mana memerlukan aku suck the mucus from his nose with my mouth!!.. haha. Bunyi macam menggelikan kan? Itu lah yang aku fikir masa baca artikel tentang cara nak membantu baby bernafas dengan lebih baik ketika selsema. Tapi tu pemikiran masa belum ada anak. Sekarang, I am soooo ready for anyhing just for my little Ariff.

Ok, nak sidai baju jap, kena gunakan masa yang ada untuk buat kerja umah sebanyak mungkin sebelum Ariff bangun. Will be back to reply all of my friends comment kat blog nih.. haih, aku selalu lambat reply kan? bad blogger.. bad bad blogger.

p/s: Mamoru, think we need a new keyboard. Yang ada nih cam keras sikit - susah nak taip :)