Monday, November 30, 2009

Salam Aidiladha


Assalamualaikum everybody. Selamat Hari Raya. Seems like my beautiful mummy (giggles) forgot to wish Salam Aidiladha in here.



My mum is so busy lately. Yeah - busy watching the new series of Twilight Saga movie again and again. Shes so addicted to it. Mummy's favorite character in that movie is Alice Cullen - she's soo in to fashion - which suits my mum. Guess what, my mum is going to watch New Moon again - for the fourth time tomorrow.. *geleng kepala*




We celebrated our Aidiladha at Kuala Selangor. It was really fun cause I'm the center of attraction. People love to cuddle me. I cried whenever they took me away from mummy 's arms. I hardy know them. I can remember faces & scent now y'know. I only recognize those who I always see everyday.




Again, on my mummy & daddy behalf, I wish you all Selamat Hari Raya Aidiladha. Big hugs from me. Tata..

Thursday, November 26, 2009

I've watched NEW MOON!

Yess uolls.. I've watched it last night at One Utama with Mamoru.

Ohh, ini tidak termasuk tiket movie yang aku beli semalam (this is just additional to it). Kan semalam aku cakap tiket terawal yang aku dapat untuk cerita nih hanyalah pukul 11.00 pagi ni.

Ekceli tayangan pertama New Moon adalah last night. Dan yang buat aku sakit hati, memang ada jual tiket Gold Class untuk cerita nih - tapi kat Pavillion. Sadly, I have no idea where the hell is Pavillion in KL (go ahead, gelak lah). I've tried to buy the GSC Pavillion Gold Class ticket online (and locate the place later), tapi macam haramm internet connection malam tadi. By time I managed to log in, its already fully booked! @$&&!!

Luckily One Utama still have seats available.

If you're asking whats the best part for last night, I'd say sitting side by side with Mamoru with his arms wrapped around me (New Moon is second). Nothings compares to that feeling. Not even Edward Cullen (or Robert pattinson in person) can beat that. Korang tahu, tak Mamoru macam tahu-tahu je aku frust tak dapat tengok first screening (like, he can read my mind - sounds familiar eh? haha). Dia bawa aku ke One Utama malam tadi walau pun tahu aku dah beli banyakkkkk tiket untuk hari nih. And seriously, that means a lots to me (thanks, love).

Ok, back to the story. Aku tataw macam mana nak judge movie nih. Aku macam dah terlalu terikat dengan cerita asal dari novel sampaikan aku tak berapa nak enjoy tengok versi movie. Macam tengok cerita yang di-fast-forward. Personally, aku rasa cerita nih tak sesuai untuk tayangan selama 2 jam. Patut dipanjangkan jadi 3 jam (macam Lord of the Ring). Bak kata Mamoru, there's too many plot. So, cerita nih jadi agak cramp. Paling tak best, bila ada part-part yang kena 'potong'. Tension. Wish aku tengok movie nih oversea jer.

Ops, got to go now. Nak bersiap pergi Mid Valley untuk tengok cerita nih buat kali ke dua.. hihihi. Malam nih pun tengok lagi.. *crazy*

Wednesday, November 25, 2009

Menganggur lagi

Lets celebrate!

Hahaha.. sangat seronok bila tak bekerja nih. Seriously ok, its not like peluang untuk tak bekerja nih datang camtu je. Umur aku, dah 30. Nak capai ke umur bersara (50 or 55) amik masa lebih kurang 20 tahun lagi tau. Gila. Jadi bila ada peluang untuk menggangur nih, mari lah celebrate secara besar-besaran.. muahahaha.

Untuk menyambut hari-hari bersejarah aku bergelar penganggur nih, aku telah pun membeli 6 keping tiket movie Twilight Saga - NEW MOON!!! Yess... New Moon uolsss!! Esok start ditayangkan satu Malaysia.

Punya lah lama aku nak tunggu sambungan cerita nih. Stress tau. Pastu tadi punya lah ramai umat kat Mid Valley. Panjang gila kena beratur. Sengsorang lak tu (Mamoru keje). Tapi, disebabkan aku terlalu fanatik dengan cerita nih, aku sanggupkan diri untuk beratur. Kesian ok kalau korang tengok gadis comel yang seksi dan bertumit tinggi 4 inci kena beratur beli tiket tengahari tadi (aku la tu - muahahaha - perasan!). Nak beli tiket Gold Class, nan ado pulak untuk cerita nih.. tsskkkk.




See ada 6 keping tiket. Sangat kemaruk kan aku?


Ada tiga sesi tayangan yang aku beli untuk esok:

Pukul 11.00 pagi esok (aku gi tengok sengorang) So, esok, aku akan jadi orang first yang tengok cerita nih.. hihihi.

Pukul 7.00 malam esok. Dua keping tiket. Yang nih untuk rasuah adik no.8 supaya dia boleh jaga Ariff bila....


aku tengok cerita ni sekali lagi pukul 12.00 tengah malam esok.. muahahahahahaha. Tapi kali nih pergi berdua dengan M
amoru pulak - couple seat lagik!

Gila. Tak pernah aku minat memana movie sampai camnih cekali. Hebat betul penangan cerita nih.
Apa pun, aku tanak letak expectation yang sangat tinggi bila tengok New Moon esok. For sure, jalan cerita dia akan berubah sama sekali dari apa yang tertulis dalam novel. Apa pun, we'll see! Tunggu review aku tentang cerita nih tengahari esok tau!! Can't wait!




OMG!
(jerit macam gadis remaja yang gedik)

Monday, November 23, 2009

I'm gonna miss UOB Bank

Akhirnya, aku reveal jugak nama company tempat aku keje sekarang nih. Why? Sebab aku dah nak berhenti.. tsskkk.

To UOB people. Wishing u all the best in your future undertakings. Thanks for everything. I'm sorry as my journey with UOB ends here. Its a tough decision tho. But I have to choose whats the best for me and my family. Goodbye and I love u guys / gals.



Last view dari meja aku. Boleh nampak stesyen LRT Bandaraya (depan SOGO). Sepanjang seminggu aku keje kat sini, rata tempat dah aku pergi untuk lunch - Sogo, Semua House, Maju Junction, Bank Negara (thanks gals for the food hunting - gonna miss that as well).

By time korang baca entry nih, aku tengah berdebar-debar nak menghulur surat berhenti. Or maybe aku tengah berdepan dengan HOD bersama dengan my VP. Or maybe derang nak counter gaji aku (but I'm sure walaupun derang boleh naikkan gaji aku sama seperti offer dari Bank B, derang masih tak boleh compete dari segi medical benefit yang Bank B offered. No point unless derang offer 1k atau 2k lebih dari Bank B.

Aku tak malu untuk mengaku - money is all that matter. I have a baby to take care of (more to comes insyaAllah). Aku nak pastikan anak (or anak-anak) aku dapat hanya yang terbaik.

Thats it for now.

Sunday, November 22, 2009

Karaoke at Red Box

Department aku buat get together kat Red Box, Garden Mid Valley hari Jumaat aritu

Seronok dapat kenal dengan the whole department informally. Walaupun baru seminggu aku keje kat situ, rasa macam dah kenal lama dengan derang semua. Mesra gila.



Bergambar dengan my Vice President - the one whom I report to. Such a nice handsome leng chai.. haha.




Half of the department dengan my Head of department - I'm not gonna write their name in here. I'm working with the HQ people. For sure all of the bank staffs all around Malaysia (or Singapore) know them.

Sadly, I'm going to tender my resignation letter this Monday. Malas nak delay takut nanti aku jadi terlalu emosi pulak.

Ariff masih tak sihat

Kesian Ariff. Demam masih tak kebah. Kami bawa dia jumpa Paed kat al-Islam. Dia kena bronchitis. Poor baby.

Note: Ariff tak banyak menangis bila demam - nasib baik. Dia banyak tidur. Cuma sesekali je merengek sikit setiap kali batuk dia datang. Maybe tak selesa.



Senyap je masa kena check dengan paed.



Kena amik gas. Kata paed, kalau dalam dua hari nih demam dia still tak kebah, Ariff kena pergi hospital - warded.


Pagi nih, alhamdullilah, suhu badan Ariff dah normal, cuma batuk masih ada. Lena Ariff tidur dengan Kevin (his spider friend). Oh, kami suka bagi nama pada setiap toys dia.



Ariff kurang minum susu. Aku paksa dia minum jugak (bukan lah paksa sumbat botol dalam mulut dia, cuma bagi dia minum setiap sejam. At least, tak dapat banyak, janji kerap.



Tenang je muka Ariff bila tidur. Semoga cepat sihat.. mummy tak sabar nak tengok Ariff senyum semula.


p/s: Aku pun dah start nak demam. Tsskkkk.. Mamoru, we're counting on you.

Friday, November 20, 2009

Keputusan

Aku dah dapat offer letter dari Bank B.

Aku gi amik masa lunch hour semalam. Memula tu plan nak amik lepas habis office hour sebab aku punya future Head of Depmt nak jumpa dan nak bagi offer letter tu personally - dia nak kenal-kenal dengan aku kut. Tapi since dia ada hal lain petang tu, better aku gi collect lebih awal . Lagipun malas nak tempuh hujan- KL asyik hujan je belah petang.

Seperti yang dijangka, offer dari Bank B memang lebih menarik dari Bank A - baik dari segi gaji atau benefit lain (of course lah, nama pun bank yang terbesar kat Malaysia). Bank B suruh aku tender notice 24 hours. Derang nak aku start keje Isnin depan. Tak dapek laa kan. Takkan aku nak cabut dari Bank A macam orang tak ada perasaan. Give me few days la. Bukan sorang dua aku kena menghadap - kena bagi reason kat Boss, pastu kena jumpa Head Depmt lagi. Confirm semua team aku terkejut nanti. Walaupun baru seminggu kenal, kitaorang dah kamceng ok. Aduyaii.. rasa macam tak sampai hati nak kecewakan mereka. Esp, Boss aku yang baik gila.

Kalau ikutkan hati, aku nak je stay dengan Bank B. Keje dengan team mate yang sekepala, sebaya, memang seronok. Lagipun, Boss aku dah bagi satu project yang aku sangat look forward nak buat. Project yang boleh buat aku jadi 'star' kat sini!

Tapi, tu lah.. bila fikirkan masa depan, bila fikir kan secara rasional, lelebih lagi bila fikirkan aku dah dapat offer dari bank terbesar kat Malaysia nih, kenapa tidak kan? Bukan ke peluang ni yang aku tunggu dari duluuuuuuuu lagi??? Bak kata Mamoru; nak pilih big fish ke small fish?

Apa pun, bagi aku masa sehari dua untuk aku dapatkan kekuatan untuk tender resignation letter kat Bank A.

p/s: Aku akan start keje dengan Bank B pada 1 Desember nih.

Wednesday, November 18, 2009

Tak berapa nak ceria

Muahahaha.. lawak betul. Ada ke Mamoru gi publish entry 'tak sudah' aku kat bawah nih.

Sigh.

Mood tak berapa nak hepi sekarang nih. Ariff demam. Dari semalam suhu badan dia turun naik. Batuk berkahak. Hari nih dah mula selsema - sedih.

Aku dah bagi ubat demam, ubat selsema, ubat batuk, antibiotik, even kool fever pun aku tampal kat dahi dia sepanjang masa. Tapi tu lah.. sekejap ok.. sekejap panas balik :(

Aku pergi keje pun tak tenteram. Sedih arr.. sedih.

Aku nak cari maid sorang khas untuk jaga Ariff. Ada tak makcik-makcik yang sanggup duduk rumah aku dan jaga Ariff? Just jaga Ariff je. Tak payah masak ke haper. Aku just nak dia tumpukan sepenuh perhatian untuk Ariff seorang.. boleh tak? Ada tak? Kalau ada, sudikan lah contact aku kat sini. Kita bincang pasal gaji.

Tentang Bank A, alhamdullilah dah 3 hari aku mula bekerja. Aku suka tempat baru nih. Ramai orang muda & sebaya. Boss pun baik gila. Dia sediakan stationary, pasangkan komputer baru, contact orang IT suruh create email & access card aku.. memacam lah. Padahal, dia boleh arahkan orang lain untuk buat semua tu - staff dia punyalah ramai dalam bank tu, tapi ntah lah. Maybe tu cara dia tunjukkan appreciation kat staff baru kut.

Terus-terang, aku tak selesa dengan layanan yang terlalu baik dari boss dan colleague yang lain. Derang terlaluuuuuu baik (tho rata-rata semuanya bangsa Cina). Buat aku rasa serba salah nak tender resignation letter.

Esok, lepas habis office hour, aku akan pergi ke Bank B - amik offer letter. Kalau aku berpuas hati dengan tawaran kat bank B, minggu nih akan jadi minggu pertama dan terakhir aku kerja kat Bank A. Sedih, tapi nak buat macam mana. Harap staff kat Bank B juga sebaik macam kat Bank A.

Hm.. apa yang nak ku tulis dalam resignation letter nih ek?

Monday, November 16, 2009

Hari 1st keje

*update dalam keadaan mengantuk gila*

Tempat keje baru nih ok.


di sambung oleh Tuan Tanah Kedaung :-

Mem besar dah tertido... hahahahahha... so u all pikir la sendiri erk.. hahahaha...

layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................

Sunday, November 15, 2009

Bank A atau Bank B?

Esok start keje kat Bank A (oversea bank). Aku dah gosok baju untuk sebulan tau (hahaha.. rajin gila).

Mood tak berapa nak enjoy malam nih. Maklum lah, dah sebulan setengah aku menganggur, tetiba nak start keje balik, memang sengal je rasa.

Hari Jumaat lepas aku pergi assesment kat Bank B (local bank). Ingatkan soalan assestment Bank B sama dengan Bank A (kena buat esei), rupanya, lebih kepada sesi soal jawab. Tak kisah lah sebab setiap soalan aku berjaya jawab dengan confident. Habis sesi assestment, derang tanya apa yang Bank A offer aku (nak counter lah tu). Pastu derang cerita pasal benefit yang aku akan dapat kalau kerja dengan kat Bank B. Derang siap suruh aku tender 24 hours notice kat Bank A memandangkan aku baru start kerja dan masih dalam tempoh probation - fuhh, bayangggg kan lahhh.

Lepas settle semua, derang suruh aku buat medical check up pulak (dalam sebulan nih, dua kali aku kena x-tray tau - dengan Bank A aritu kena sekali, nih kena lagi sekali tsskk).

Aku tanya officer kat Bank B, agak-agak bila aku boleh tau result assestment sebab Isnin nih aku dah start keje kat Bank A. Interviewer tu cakap, Isnin atau Selasa nih derang akan keluarkan offer letter. Aku boleh drop by amik surat tu lepas habis office hour.

Info: Dalam bulan nih je, aku dah reject satu offer letter dari company C dan interview dari company D. Alhamdullilah, murah rezeki Tuhan bagi.

Now tinggal nak buat keputusan antara dua bank nih je.. aduyaii payahnya nak buat pilihan yang terbaik. Dari info yang aku dapat dari interviewer (dan dari soomi & shanty - tenkiu), setakat nih benefit yang Bank B offer adalah sangat menarik compared dengan Bank A. Hati aku dah berbelah bahagi sekarang nih - dilemma ok.

Jom buat perbandingan (aku hi-lite yang penting je lah):

Bank A (oversea bank)
Location: Near SOGO, KL
EPF rate yang employer bayar = 16%
Annual Leave = 21 days
Staff loan untuk beli rumah, etc = 4.0% interest rate
Medical: personal, spouse & children = Limited

Bank B (local bank)
Location: Near Masjid Jamek, KL
EPF rate yang employer bayar = 16 % (sama dengan bank A)
Annual Leave = 24 days (lebih banyak)
Staff loan untuk beli rumah, etc = 3.5 % interest rate (lebih rendah)
Medical: personal, spouse & children = Unlimited (plus personal insurans RM 250 ribu)

Apa pun, kalau Bank B offer gaji lebih tinggi, aku terpaksa say babai pada Bank A (material sungguh). Tapi.. nak tender resignation letter pun satu hal gak. Kut laaa Bank A nak counter gaji baru?.. Hah, pening kepala aku nanti. Lagipun belum pernah terjadi dalam sejarah hidup aku; baru masuk keje, tetiba dah nak berhenti.. ???

Anw, wish me all the best for my new career path. Nantikan update tentang tempat keje baru dan keputusan aku sama ada nak pilih Bank A atau Bank B.

Thursday, November 12, 2009

NEW makeup case for sale


STICKY MODE


~scroll bawah untuk latest entry kay~


Ive post this ads at mudah.com. I think I might as well upload it in here.


Anybody interested to buy this exclusive bag can email me at adlyana79@gmail.com. This professional makeup case is Brand New (tak pernah guna lagi). I got it as a present. I already have my own makeup case, so, I'm selling this one at a very CHEAP price.

Item: Professional Makeup Case (BRAND NEW)
Colour: Black
Size: 27cm (long) x 19cm (width) x 24cm (height)
Price: RM 130
Delivery mode: Self collect at Bandar Sri Permaisuri







Beautiful isnt it?


Gunung Pine Tree Hill

Lepas laporkan diri kat balai polis Fraser Hill, kami pergi Infomation Kaunter. Try cari peta untuk ke gunung Pine Tree Hill. Tapi nan ado ok.

Guess kami terpaksa redah sendiri je lah. Kami drive sampai ke starting point. Parking kereta kat TM Resort (minta izin orang kat situ). Nak parking depan starting point takut tak selamat.

Layan kan lah log bergambar pendakian kami ke puncak gunung Pine Tree Hill nih.



Trail yang ada kat board tu tak membantu langsung. Sekerat jalan je. Kami start trekking tepat pukul 12.00 tengahari. Oh, kat board tu ada satu gambar pokok, 'Bird Nest Fern' atau dalam bahasa melayu "Pokok Langsuir", boleh? Macam tuuuuttttttt. Ntah saper lah yang pandai kasi nama.



Sepanjang trek ada 5 pondok rehat. Dua pondok last tu dah ranap.



View sepanjang trek takde beza macam gunung lain. Cuaca pagi tu agak gelap. Kami bajet, kami terpaksa trekking dalam hujan. Tapi alhamdulilah, sepanjang pendakian cuaca macam berpihak pada kami. Cerah sampai ke petang. Syukur sangat.



I almost forgot how this tiny little creature can be hugely annoying. Pacat durjana sedang memanjat kasut aku. Separuh dari perjalanan memang bertemankan pacat je lah. Tapi takde la banyak sangat.



Starting trek ada banyak tangga buatan. Tapi sekerat jalan je.



Batu sempadan antara Selangor & Pahang



Trek kat nih agak clear dan senang nak cari.



Gua yang terbentuk dari akar pokok. Scary.




Sepanjang trek ada banyak lopak air (mungkin sebab musim hujan). Ada jugak dua tiga biji tong air kat tengah trek - tapi banyak jentik-jentik kat dalam tu. Aku bawa 1.5 lier air je. Tapi cukup untuk kegunaan sendiri sepanjang naik & turun gunung.



Banyak jugak balak yang tumbang kat tengah trek.




Me posing dengan my parang kontot.. hihihihi.



Ok, this is where things gets tricky. Kami hampir tersesat bila sampai kat batu besar nih tau. Trek tetiba hilang tanpa kesan dan yang ada hanyalah denai kecik kat tepi batu nih. So, kami pun panjat lah tebing tu sampai ke atas.



Nasib baik kami tak terus tersasar. Kat atas batu tu langsung tak ada kesan trek atau marking yang trekker dulu buat. Mamoru ajak berpatah balik ke trek asal.



Rupanya, laluan kami tertutup dengan semak & pokok tumbang. Banyak habis masa kat sini - Mamoru tebang dahan yang tutup trek.



KM 3.9. Kami sampai kawasan pondok ke 5 nih pukul 2.20 ptg. Kat sini kami terdengar bunyi sungai mengalir. Guess ada water point yang berdekatan. Tapi kami tak pegi cari. Tak cukup masa pluss bekalan air kami still banyak.



View hutan lumut yang menghijau.. I likeee.



Nih lah cerun curam yang orang duk cakap tu. Tapi tak bahaya sangat sebab banyak akar kayu untuk dijadikan tempat berpaut.



Kami sampai puncak tepat pukul 3.00 petang. Ngam-ngam 3 jam trekking. Puncak nih kecik je. Licin pulak tu. Ntah berapa kali aku tergolek atas nih.. hik. Kat bawak puncak nih ada kawasan lapang yang terlindung angin. Muat lah untuk 10 orang camping kat situ. Err nampak tak plastik sampah biru yang tergantung kat pokok tu. Siapa lah yang gantung kat sini ek *jeling kat team Chua yang naik gunung nih 2 minggu lepas*.. Mamoru dah amik bawak turun.



Not bad jugak lah kasut nih. Memang tak menghampakan. Rasa selesa & langsung tak melecet walaupun first time pakai. Memang jadi feveret aku pasnih (selain kasut getah)



Our lunch - nasi lemak ayam & buah-buahan. Aku kalau mendaki tak bawak buah-buahan memang tak sah. Sedap woo makan buah kat puncak gunung. Kami rehat kat sini dalam sejam jugak lah.




Last picture kat puncak sebelum gerak turun. Oh, dari puncak nih nampak sayup je view Bukit Fraser.

Simple log yang kami buat:

12.00 pm - start trekking
12.02 pm - Pondok 1st
12.20 pm - Pondok 2nd
12.30 pm - Pondok 3rd
12.50 pm Pondok 4th (pondok nih dah roboh)
2.20 pm - Pondok 5th (ada 3 pondok kat sini - pun dah roboh) - ada water point kat sini.
3.00 pm - sampai puncak
4.oo pm - gerak turun (kami jumpa burung enggang taim nih - besar gila & menakutkan bunyi dia.. hihi. Second time jumpa enggang kat dalam hutan. First masa kat hutan Mulu, Sarawak dulu).
6.oo pm - kami sampai starting point semula.

Taim turun gunung memang laju gila kami jalan - non stop. Dalam kepala memasing asyik fikir: Ariff.. Ariff.. Ariff.. Tak sabar nak balik rumah jumpa anak.. hihihi.

Overall, kalau ikut signbord yang ada kat trek nih, perjalanan pergi dan balik adalah sejauh 11km.