Friday, November 20, 2009

Keputusan

Aku dah dapat offer letter dari Bank B.

Aku gi amik masa lunch hour semalam. Memula tu plan nak amik lepas habis office hour sebab aku punya future Head of Depmt nak jumpa dan nak bagi offer letter tu personally - dia nak kenal-kenal dengan aku kut. Tapi since dia ada hal lain petang tu, better aku gi collect lebih awal . Lagipun malas nak tempuh hujan- KL asyik hujan je belah petang.

Seperti yang dijangka, offer dari Bank B memang lebih menarik dari Bank A - baik dari segi gaji atau benefit lain (of course lah, nama pun bank yang terbesar kat Malaysia). Bank B suruh aku tender notice 24 hours. Derang nak aku start keje Isnin depan. Tak dapek laa kan. Takkan aku nak cabut dari Bank A macam orang tak ada perasaan. Give me few days la. Bukan sorang dua aku kena menghadap - kena bagi reason kat Boss, pastu kena jumpa Head Depmt lagi. Confirm semua team aku terkejut nanti. Walaupun baru seminggu kenal, kitaorang dah kamceng ok. Aduyaii.. rasa macam tak sampai hati nak kecewakan mereka. Esp, Boss aku yang baik gila.

Kalau ikutkan hati, aku nak je stay dengan Bank B. Keje dengan team mate yang sekepala, sebaya, memang seronok. Lagipun, Boss aku dah bagi satu project yang aku sangat look forward nak buat. Project yang boleh buat aku jadi 'star' kat sini!

Tapi, tu lah.. bila fikirkan masa depan, bila fikir kan secara rasional, lelebih lagi bila fikirkan aku dah dapat offer dari bank terbesar kat Malaysia nih, kenapa tidak kan? Bukan ke peluang ni yang aku tunggu dari duluuuuuuuu lagi??? Bak kata Mamoru; nak pilih big fish ke small fish?

Apa pun, bagi aku masa sehari dua untuk aku dapatkan kekuatan untuk tender resignation letter kat Bank A.

p/s: Aku akan start keje dengan Bank B pada 1 Desember nih.

4 comments:

Elyn Sani said...

kalo itu yg terbaik utk u.... i doakan moga u berjaya ngan bank baru. jgn lupe updet pasal ariff!!

maya amir said...

congratss:).. saya jugak yg mcm menunggu buah tak gugur...huhu...

attyfir said...

apa pun keputusan AD..gudluck dear..

Signorina Syima said...

tahniah kak ad...!