Thursday, March 25, 2010

Visit my Makeover Booth!

Yes peeps! Akak akan bukak booth dik non. Thanks to Diahlicious for the invite!

Pada uolss yang berminat, nak dapatkan special professional makeover promotion package dari Makeupfreak, sila lah berkunjung ke booth akak di :-

Venue : Daisy Hall, The Zone All Suite Residence (Hotel belakang masjid KLCC)
Date : 27 March 2010 (Sabtu ini okeh)
Time : 2.00pm - 6.00pm
Entrance fee : RM 25 per pax (which includes, door gift & hi-tea) / RM 3 per pax for walk in only
More info : Visit Diahlicious blog ya!


In the meantime, bagi korang yang berminat nak buat makeover for any occasion :

Dinner
Anniversary
Birthday
Convocation
Outdoor photography
Personal Profile
Engagement
Wedding
Etc

Feel free to contact me ya! Klik kat flyer bawah nih untuk baca lebih detail tentang makeover promotion yang aku buat sekarang!




Makeupfreak have more than 3000 fans! Become a fan now to get more info on our makeover package and updated photo of our clients! Klik here!

I've been busy

Ok, lame excuses.

Ngengada kan. Dah create blog, update je lah. Nih duk biarkan blog terlantar sunyi sepi terasing tanpa berita. Buat marah dek reader je, kan? kan? kan?

Sudah tengah malam ni, hidung pula bercucuran dengan flu. Mata tamau lelap. Lampu agak malap sampai menyusahkan jari aku nak mencari huruf kat keyboard (sebab tanak Ariff terjaga). Tapi, demi mu blog, ku gagahi jua.

So, apa mau update?

Oh ya, pasal next week. I wont be around for another 6 days (yah, dan blog juga takkan berupdate untuk tempoh tu - Draf entry? Macamkan aku rajin, huh)

Aku ke mana? Alah, mana lagi kalau tak masuk hutan, bergelumang dengan flora dan fauna (banyak lah floranya - bergelumang dengan pacat ada lah!)

Tinggal 6 hari lagi sebelum aku bertolak Sabah untuk XPDC mendaki gunung Trusmadi & Tambuyukon (sila google). Sexited sangat nih! Tak sabar nak bersatu-padu dengan alam semulajadi (ayat tak boleh blah).

Preparation? Agak kelam kabut. Mana taknya, mana nak siapkan wedding orang (maklumlah, aku dah 50% menjurus ke arah bisnes kawin-kawin nih). Patutlah aku tak berapa nak sihat sekarang nih tssskkk...

Tapi worry not, bab permit mendaki, transport, accomodation & rations hampir semua complete. cuma nak dabel-tripel confirmkan dengan pejabat perhutanan sabah je.

Doa-doakan lah team xpdc aku yang seramai 6 orang nih selamat pergi, selamat mendaki kedua-dua gunung nih dan selamat kembali semula ke semenanjung nih ya.

Wednesday, March 10, 2010

Ariff 9 bulan


Ariff sekarang dah 9 bulan (9 months & 4 days old by time I wrote this entry).

Sekejap je kan?

Alhamdullilah, senang sangat nak jaga dia. Rasanya macam bodoh je bila fikir betapa takutnya aku nak ada anak sebelum nih :)

Perkembangan Ariff setakat 9 bulan nih? Oh, sangattt banyakk dan sangat menarik.

Aku pernah cerita tak yang Ariff tak suka merangkak or duduk? Dia skip dedua part tu. Dia nak terus berdiri. Ariff suka sangat berdiri (dalam playpen, katil, even kat tepi sofa). Dia dah boleh bergerak dari penjuru ke penjuru. Pernah sekali dia berdiri tepi sofa lepas tu dia lepaskan dedua tangan dia dan berdiri straight menghadap kami. Sangat comel ok. Dia siap gelak-gelak lagi sebelum jatuh atas tilam yang sengaja kami bentang atas lantai. Nampak sangat dia tak sabar nak berjalan kan?

Ariff belum ada gigi lagi. Kata orang, kalau lambat tumbuh gigi, means baby lambat bercakap. Well, Im not worry about that. Perkembangan baby semuanya berbeza. Tapi mulut Ariff memang sangat becok. Suka sangat berbual dalam bahasa dia. Kalau part jerit-jerit tu, ya Tuhan, kuat betul suara dia tau.

Ariff dah pandai few things. Macam, kalau aku panggil, dia akan datang ke arah aku. Atau kalau Mamoru tegur dia bila dia notty, Ariff akan tunduk dan tercebik-cebik pastu menangis. Comel!

Satu lagi, Ariff sangat peka tau. Misalnya, kalau aku tengah sorok-sorok guna henpon (woo, tak berani aku bagi dia pegang touch screen nih) atau tak pun taim aku makan something sambil lindung dengan paper, dia akan cari jalan untuk jenguk benda yang aku sorok tu tau. Kelakar sangat tengok dia duk panjang-panjangkan leher camtu. Sangat curious dia nih. Memang takde can aku nak mengelat. hikhik.

Lagi apa ek.. banyak nak update nih, tapi mata dah berat. Later, I guess. Will upload dengan gambar terbaru Ariff. Right now, aku adalah tersangat mengantuk.. *yawnn*.

Later k, promise :)

Panasss!

Tadi kat office 'berangin' je kepala aku bila sorang officemate ni sound aku asyik surf facebook. Masuk hari nih, dah 3 kali aku dengar dia sound camtu. Gerem beb. Ringan je mulut aku nak menjawab. Tapi aku tahan suara nih dari keluar. Aku dah tau sangat ayat apa yang boleh terkeluar dari mulut aku nih. Confirm jenis yang insuran tak mampu nak cover. Aku sabar beb.

Ya, mungkin cara dia sound tu tak nampak macam serious. Cakap sambil gelak-gelak. Tapi, sekali dua, boleh lah aku terima - mungkin dia bergurau. Tapi, kalau dah 3 kali kena sound tepett macam tu, bukan bergurau namanya. Tak kelakar ok!

Masalahnya disini, office aku tu bukannya boleh surf facebook. Website facebook dah kena banned even sebelum aku masuk keje kat situ. So, persoalannya disini, apa kejadahnya dia tuduh aku camtu?! Mushkil ok.

Ok, fine. Maybe dia sound aku surf facebook guna handphone, tapi, hey look around lah. Semua orang ada access ke facebook thru henpon sekarang nih. Tak perlu beli henpon 3G ke haper. Henpon nokia 3310 pun boleh terima & update status dalam facebook melalui sms ok. Whats the big deal?

Lagipun, aku bukan jenis hadap 24 jam facebook nih. Nak reply komen pun selalu miss, apatah lagi nak chit-chat. Kalau tak kerana aku punya part time business, jangan harap lah aku rajin masuk facebook tu. Sengal.

Takper, we'll see. Kalau dia tegur aku lagi untuk kali ke-4, taim tu, aku takkan mampu berfikir secara waras yang probation period aku kat kompeni tu ada lagi 2 bulan. Aku tak gerenti aku boleh tahan mulut aku nih beb. Lantok situ.


Tuesday, March 02, 2010

Eclipse in June!!?

Hah, luckily, this one save my day. Takde lah aku nak badmood sampei ke petang.

Dengar cerita Twilight Saga sequel - Eclipse - nak keluar movie bulan June nih!!! OMG!!! Suppose sambungan cerita nih ditayangkan bulan November. Tapi derang dah awalkan pulak. Tak kisah lah, janji tak payah nak tunggu lelama. Lagi cepat lagi bagus. Aku bukan penyabar sangat nak tunggu cerita bersambung-sambung nih.

Jangan Stephenie Meyer buat novel ke lima sudah.


Anw, for now, aku nak tengok cerita nih dulu. Masuk cinema 11 Mac nih.. lalalalala... *jom b!*



Update trip Sabah TT

Too much sugar.. too sweet.

Seperti biasa, when there's too many things to write about, otak jadi jammed. Semua idea melompat-lompat nak keluar sampai penyudahnya, hati nih cakap, tulis next time lah.

Pagi nih dapat berita yang tak berapa best. Ada beberapa team member xpdc Sabah TT nak tukar plan. Nak naik satu gunung je katanya.. *ahh sudahhh*..

Bila fikir secara rasional, aku faham, mungkin cabaran mendaki dua gunung sekaligus agak sukar dilaksanakan untuk derang. Tapi, persoalannya (ceh ayatttt), yer, persoalannya kenapa sekarang baru fikir larat tak larat? Tinggal tak sampai sebulan lagi je beb tarikh kami bertolak ke Sabah. Trip ni, bukan aku organize last minit. Hampir setahun jugak lah planning yang kami buat utk trip nih. Why now? Why?? Adoyaiii.

Seriously, aku lebih senang nak deal kalau derang tarik diri instead of buat permintaan bebukan e.g., nak tukar plan - mendaki satu gunung sahaja.

Bukan tak boleh nak layankan permintaan derang nih, bolehhhhh. Tapi, pastu, additional charge nanti, siapa nak tanggung? Derang dah tentu-tentulah lepas tangan. Organizer??? Mati kering kena keluar duit poket sendiri.

Frust lah.

Takper, lesson learnt.

Telan je lah untuk trip Gunung Trusmadi & Tambuyukon April nih. Nak merungut pun tak guna. Maklum lah, yang pergi semua kawan-kawan juga.

Cuma untuk next trip ke gunung Murud (Sarawak) lepas nih, aku open untuk serious climber sahaja macam trip Gunung Mulu yang aku buat dulu. No more open trip. Banyak cengkadak.