Thursday, June 03, 2010

3 hari lagi!

3 hari lagi usia Ariff akan genap setahun! 3 hari sahaja lagi!  

Apa perasaan korang bila tengok anak sendiri dah pandai berjalan? Aku? Susah nak describe. Sangat touching.. priceless! Syukur ya Allah atas anugerah terindah ini.

Ariff dah pandai berjalan! Bukan jalan jenis yang lima enam langkah jatuh tu. Tapi dah pandai jalan betul-betul. Dua hari lepas dia decide untuk guna sepenuhnya motor skill dia. Terkedek-kedek dia jalan. Comel!

Start 2 June aritu Ariff dah berjalan sepenuhnya (2 hari lepas). Memula tu terkejut juga, takut Ariff jatuh. Tapi dia pandai balance kan badan. Laju je dia jalan kejar aku kalau aku nak pergi dapur atau nak keluar buka pintu rumah. Suka sangattttttt tengok dia jalan sambil gelak-gelak.

Ariff bukan setakat pandai berjalan, malah, turun atau naik katil / kerusi pun aku tak payah risau. Aku tak tahu lah siapa yang ajar dia turunkan kaki dulu bila nak turun dari katil. Maybe, babysitter yang ajar. Lega sangat. Tak perlu nak risau bab Ariff jatuh terjunam ke apa. Pandai anak mummy!

Ariff dah ada gigi bawah 2 batang. Cute! Dia suka gigit pipi aku guna gigi baru dia.. hihi. Kengkadang, aku saja sua pipi suruh dia sua pipi suruh dia gigit. Syok :)

Paling buat aku terharu bila Ariff pujuk aku bila aku menangis (nangis tipu-tipu lah hihi) Aku suka bebuat nangis sebab Ariff akan tinggalkan semua mainan dia untuk datang pujuk aku. Cara Ariff pujuk aku sangat comel tau. Dia akan peluk aku, pastu kiss aku lama-lama. Kalau aku still nangis jugak, dia akan gigit pipi aku.. haha. Comel gila!

Kami dah beli hadiah untuk Ariff sempena first birthday dia since minggu lepas lagi tau. Hihi.. over kan?

Mamoru belikan motor polis berkuasa bateri yang comel! Motor tu ada siren macam polis dan music. Ada pedal comel yang boleh Ariff tekan dengan kaki. Boleh reverse & jalan dengan laju tau! Ada lampu depan lagi.. Mummy suka sangat tengok motor Ariff nih.

Mummy pulak belikan Ariff laptop. Siap dengan mouse lagi! So kira balance lah, Ariff boleh main dengan motor dan belajar dengan laptop :)

Birthday party? Wish mummy boleh organize satu birthday party besar-besaran untuk Ariff. Tapi Ariff tak suka strangers. Mostly baby usia setahun memang tak suka dikelilingi dengan orang luar. So, might as well aku buat kecil-kecilan je. Jemput adik-beradik & kawan terdekat. Next year, bila Ariff dah pandai bercakap & pandai berkawan, baru boleh buat yg hebat sikit kan?

Gambar terbaru Ariff? Tsskkk… gambar ada banyakk, tapi nak upload tu manjang tak ada masa. Bersalahnya mummy rasa pada Ariff, pada baby baru dalam perut nih. Gambar kat blog nih makin berkurang :(

Sejak business part time aku makin berkembang nih, makin kurang masa yang aku spend untuk upload perkembangan terbaru anak-anak... *sighs*.. Maafkan mummy ya anak-anak mummy semua.

Fyi, kandungan aku sekarang dah berusia 3 bulan.

4 comments:

attyfir said...

salam ad..lama tak singgah ..
tahniah ad pregnant..ariff tak lama lagi jd abg..

CuppyCakeMommy said...

bila lan nak tgk mia main kejar2 dgn harriz ni..heheh..take care babe

lydia said...

heppy coming besday ariff...
besday ariff same mcm kiter la.....

Biqque said...

fuiyoooooo! moto dgn laptop???!!! bestnyerrrrrrrrrr!

happy "gedebans" bday cik ariff yg comel!!!

muah2!