Friday, 8/7/11 : Day 0
Satu apa barang pun aku tak packing lagi. Dalam hati dah 50-50 sama ada nak join atau nak kansel kan je xpdc kali ni. Lunch hour aku pegi Mydin depan ofis ni. Cari seluar untuk trekking. Tak jumpa. Pergi Sogo. Grab 2 helai seluar terus pegi kaunter - bayar.
Balik keje, still bebuat rilek. Kemas rumah, tidurkan Amarr & Ariff, masukkan baju baby dalam washing machine, etc., Sempat jugak lah masak sambal bilis kering untuk stok lauk dalam hutan. Dekat nak pukul 10 malam baru aku start masukkan bebarang dalam haversack. Janji nak jumpa team xpdc pukul 12 tengah malam kat Putra LRT Gombak.
Sampai Gombak aku dah start cuak. Tengok semua muka baru. Sorang pun aku tak kenal kecuali Sham. Ada gak jumpa Jebat. Tapi dia nak ke gunung Mandi Angin. Ramai taim tu. Kata Sham, ada 40 orang peserta yang akan mendaki Korbu-Gayong: 20 orang ikut route Sg Termin (team aku) dan 20 lagi ikut route Senooi. Kalau takde aral, dedua team nih akan bertembung di puncak Korbu. Kata bebudak ni, meriah la dapat bermalam gegamai kat puncak. Pada aku, meriah kebendernya kalau tidur berhimpit-himpit.. tssk.
Saturday, 9/7/11 : Day 1
Lebih kurang pukul 1 pagi, kami bertolak ke Perak. Aku naik satu kereta dengan Ila dan 3 orang yang lain. Masa nih aku down gila. Esp bila Mamoru hantar aku sampai ke pintu kereta. Aku pandang je muka Mamoru dari dalam kereta. Aku harap sangat Mamoru panggil aku or buat muka berat hati nak lepaskan aku. Confirm aku dengan happy nya melompat keluar dan angkut beg aku balik rumah. Takut beb. Rasa macam aku tak boleh teruskan xpdc ni tanpa Mamoru. Tapi Mamoru rilek je. Dia memang sangat supportive. All he wanted is for me to be happy. To do things that I love the most.
Sepanjang jalan ke Perak, aku bantai membuta. Tak ready nak mulakan conversation. Masa berhenti kat RNR Tapah pun sama. Aku lepak semeja dengan Sham. Banyak mendengar dari bercerita. Rata-rata team xpdc kali nih semuanya orang baru. Umur semua lebih muda dari aku. Terasa diri ini tua sekejap. Dan dan tu laaa rasa nak pencen bagai. Tapi camno? Aku tak ready lagi nak tinggalkan dunia outdoor nih. Tskk...
Pukul 5 pagi sampai Masjid area Tambun. Kekemas beg sambil tukar baju trekking. Pastu pegi ngeteh kat warung sebelah masjid. Pukul 9 pagi kami gerak masuk ke Sg Termin. Masa nak gerak ke starting point, sempat aku sms Mamoru:
"I'm scared. I love u."
Serious aku takut - fizikal, mental, semua lah. Dah lah Mamoru takde. Sorang pun aku tak kenal kecuali Sham. Tapi tu tak kira lah kan. Sham tu guide. for sure dia akan lead jalan depan. Nak keep up belakang guide, gila apa. Tak terlarat aku. Dulu taim belum kahwin, boleh lah aku berlari on trek beat Sham. Sekarang dah tua beb. Anak pun dah dua. Bukan setakat putus urat, boleh putus nafas aku kalau ikut step dia. Hidup ini kena sedor diri.
Pastu takut tak terlarat bawa beg pun iya gak. Berat woo beg aku.. Sham pulak suruh aku bawak sekilo beras, sebiji kobis bulat, sepuluh biji telur, plus ration lain. Campur dengan barang keperluan aku lagik. Sampai habis extend dah beg deuter 40+10 tu. Nak menangis aku tengok beg aku. Kalau Mamoru ada, konpem dia takkan bagi beg aku jadi seberat tu. Tskk.
Start terkking dalam pukul 10 pagi. Jalan agak landai. Pacat boleh tahan jugak lah. Setengah jam lepas tu trek menaik manjang. Mental. Aku adalah orang yang belakang skali sebelum sweper. Setengah nyawa jugak lah nak menyampaikan ke kawasan air terjun. Aku dah tak heran kalau kasut aku basah masa hari first trekking. Bukan sikit sungai yang nak harung. Lebih 5 batang sungai ok. Koser aku nak melompat atas batu semata nak selamatkan kasut. Buatnya terjatuh dengan beg berat kang lagik naya.
Lunch kat depan air terjun cunn: Makan nasi lemak tapau kat warung pagi tadi.
Pukul 2 petang, sambung trekking balik. Trek ke Kem Seroja memang mencanak sepanjang masa. Ada part masa tengah trekking aku rasa nak menangis. Beg berat.. wuuuu. Mental sebab tak ada sorang pun tanya condition aku ok atau tak.. tsskk. Kalau ada Mamoru or kengkawan lama, sure derang akan tanya; "aD ok tak?". Rindu sangat kat ayat tu. Walaupun kedengaran macam tak penting, tapi ayat tu boleh buat aku bersemangat. Pelan-pelan aku pujuk diri sendiri: Its ok, its ok.. everthings going to be okay.
Satu, dua. Satu, dua.. aku kira step sambil kontrol breathing. Counting is the best method to keep me sane at that moment. At least it control me from break into tears.
Pukul 3.30 petang. Yes. Kami sampai kemsait Seroja. Awal 3 jam dari masa yang dijangkakan. Alhamdullilah. Tak ingat berapa orang kena sengat dengan tebuan tanah sebelum sampai kemsait. Cuak gila tengok Amy terjerit kena sengat. Dia depan aku je pun. Aku berserah je. Berdoa bebanyak supaya perjalanan aku dilindungi-Nya. Sekali lagi alhamdullilah, aku terselamat dari gigitan tebuan.
Sementara yang lelaki set up fly dengan ground, aku pergi mandi sungai dengan Ila & Mas. Sejuk gila mandi air straight dari peti ais! Cecah kaki ke air je pun dah buat aku terjerit sejuk. Tu belum jirus air ke badan. Mau aku bertukar jadi ais kiub kat situ. Tapi bila adik-adik tu selamba berendam, takkan aku yang senior ni nak mandi P.Ramlee pulak. Malu arr kan. Yang best tu, bila dah masuk dalam air, syok la pulak.
Habis je mandi langit gelap gelita tetiba. Taim tu baru pukul 5 lebih. Berlari aku selamatkan beg. Lebat betul hujan petang tu. Kami gegamai duduk bawah fly. Ground banjir. Tapi tak apa, barang-barang semua sempat diselamatkan. Ada lah sejam lebih duduk tak bergerak bawah fly. Sejuk. Dekat nak maghrib baru hujan reda. Oh, aku share satu fly dengan team Ila & Mas. Fly derang besar. Muat 13 orang tidur.
Malam, taim nak makan, geng Ila ajak makan sekali. Rasa macam serba salah pulak sebab aku share ration dengan Sham, bukan dengan derang. Tapi bila derang dah letak sepinggan nasi depan aku, makan je lah kan. Sedap pulak makan lauk bendi dengan ikan masin. Lepas makan aku pergi khemah Sham. Dia tengah masak. Tak sampai hati nak cakap aku dah makan.. kang kecik ati pulak dia hihi. Sekalikkk kebetulan pulak dia masak lauk yang sama dengan group Ila tadi : sayur bendi dengan gulai ikan masin.. adeih.. memang sebu perut aku makan lauk yang sama dua kali malam tu. Padan muka aku. Nak jaga hati punya pasal. Poraahh...
Lepas makan aku terus tidur. Tak dan nak layan geng lain berborak. Simpan tenaga untuk esok.
2 comments:
Rindu sama Abg Sham..!!!
menanti seterusnya..terbayang bila kak aD kata MENTAL tu..pergh,salute la..saya pon dah penchen.tp rinduuuu....
Post a Comment