Friday, September 30, 2011
Need help: Looking for Epipen Jr (urgent)
Thursday, September 29, 2011
Open house kat ofis
Tuesday, September 27, 2011
Jangan rendah diri tengok orang lebih dari kita
Aku tak boleh lah tengok orang susah. Atau orang yang bersusah payah bekerja semata untuk cari rezeki halal sara anak bini. Sedih woo. Boleh mengalir air mata nih.
Tak semua orang bernasib baik. Tak semua orang lahir dalam keluarga yang kaya. Tak semua orang berpeluang belajar sampai berjaya. Dan kalau lepas belajar sampai degree pun, tak semua orang berpeluang dapat kerja yang best-best yang boleh jamin masa depan.
Macam sorang kawan aku; Dia best student masa kat sekolah. Best student masa kat universiti. Result power. Dean list setiap semester. Tapi bila grad, susah cari kerja. Dah berapa kali tukar kerja pun gaji masih tak seberapa. Bayangkan dalam umur dia 32 tahun sekarang ni, gaji dia just RM2,200. Rendah gila ok. Gaji minimum fresh grad sekarang pun dah RM2500 tau.
Itu cerita orang yang ada degree. Bayang kan orang yang just ada sijil SPM, PMR.
Dulu kan, aku jeles tengok kengkawan yang satu sekolah dengan aku (aku sekolah kat kampung). Mak bapak derang semua ada tanah berekar-ekar. Tanah kawasan rumah je boleh bina lagi dua-tiga bijik rumah. Tu belum masuk tanah sawah, tanah ladang, tanah dusun.
Definisi kaya kat kampung lain sikit dari kat bandar. Kalau mak bapak kau ada tanah, walaupun just tanah kawasan rumah sendiri, itu adalah dikira mewah. Tapi kalau keluarga kau menyewa (dalam kes family aku dulu), atau berpindah dari satu rumah ke satu rumah sewa dalam kampung / daerah yang sama, itu adalah dikira merempat. Yelah, sedara mara kau dalam kampung tu semua ada rumah. Kau je yang menumpang di kampung sendiri. Sedih ok.
Seumur hidup aku, memang aku berangan sangat nak ada harta sendiri, i.e., rumah, tanah, etc. Rasanya semua orang camtu kan.
Zaman aku dulu, disebabkan family tak mampu, nak belajar kena buat loan (PTPTN). Orang lain, bila grad, takde hutang. Orang-orang yang tak mampu macam aku ni, abis je grad, hutang berkepuk! Kena settlekan hutang dulu sebelum boleh kumpul duit beli harta. Gaji orang baru grad berapa lah sangat. Tolak PTPTN, sewa rumah, tambang pergi keje, duit makan hehari, duit hantar kat kampung.. balance? Zero ok. Zero. Kalau nasib tak baik, negatif! Itu pun, duit hantar balik kampung kengkadang miss sebab sangappp tak cukup budget.
Mimpi je lah kau nak saving beli keta, rumah segala. Takkan cukup. Unless.. yer, unless kau dapat kerja dengan kompeni swasta yang besarrrrr atau kau keje dengan kerajaan (sebab, benefit banyakkkkk). Kalau kompeni yang kau kerja tu setakat biasa-biasa je.. haih. Simpan je lah niat tu.
Disebabkan susahnya hidup dari zaman kekecik pluss hazab life masa awal-awal kerja kat KL ni, aku rasa macam mustahil untuk aku kumpul harta sendiri. Jangankan nak beli kereta, nak beli henpon pun aku tak mampu. Tak mampu ok.
Kengkawan yang sesama baru grad dengan aku, bukan setakat kereta, rumah pun derang dah beli. Fuhh.. best gila. Umur baru 23 / 24 tahun dah ada rumah! Ohh.. mula lah aku duk rasa rendah diri segala. Tapi bak kata Mamoru, kita kena compare 'apple to apple' Derang dengan kita mana sama. Life derang lain. Derang datang dari keluarga yang berkemampuan. Keluarga kau? Takde harta, orang susah.
Ni salah satu motivasi juga untuk orang yang penah rasa susah macam aku dedulu. Jangan putus asa. Jangan rasa randah diri kalau tak mampu beli rumah, tak dapatt beli kereta atau tak cukup duit nak beli henpon. Mungkin ada hikmah sebaliknya. Mungkin Tuhan dah ada perancangan yang lebih baik di masa akan datang?
Contoh; Mungkin kawan kau tu dengan selambanya boleh beli apartment walaupun baru je grad. But who knows, mungkin lima enam tahun akan datang, dengan izin Allah (swt) kau dapat beli Bungalow or Semi-D?
U r not alone, bebeh.. *wink*
Friday, September 23, 2011
Housing loan
Minggu yang bizi, kelam kabut, berdebar-debar, eksaited, semua ada.
Amarr baru baik dari depam campak. Patutlah dari munggu lepas dia asyik demam-kebah-demam-kebah. Nasib baik dia kena campak yang jenis bintik-bintik ruam. Kalau kena jenis cacar air, mauu pengsan aku dibuatnya.
Tenkiu kat Mamoru sebab sanggup amik cuti berhari-hari untuk jaga Amarr. Yelah, mana boleh hantar Amarr ke rumah pengasuh dalam keadaan camtu. Kang kalau berjangkit kat bebudak lain, lagi haru.
Ariff pulak tak dijangkit walaupun duk berpeluk, berkungtau dengan adik dia. Mungkin sebab dia dah amik extra imunisasi masa umur dia setahun dulu kut. Lega sikit.
Tahun lepas aku ada buat satu wishlist nak beli rumah. Tapi tak tertunai.. tskk. So, forward wishlist tu ke tahun ni. Alhamdullilah, sekarang tengah proses. Berdebar + eksaited nih.
Dalam proses apply loan rumah nih kan, aku paling kagum dengan service dari Pulic Bank. Laju gila.
Ekceli ada banyak bank yang approach aku untuk buat loan. Senang keje aku. Tayah sesusah payah cari bank. Bank sendiri yang datang kat aku. Saja aku amik kesempatan apply kat sesumer bank. Nak compare berapa BLR (base lending rate) yang paling rendah yang derang boleh bagi. Antara bank yang aku apply:
1. Maybank
2. Public Bank
3. Hong Leong
4. Ambank
CIMB dan bank lelain belum apply lagi.
Tapi so far, aku dah reject Ambank awal-awal lagi sebab derang just boleh bagi loan 80% je. Aku nak 90% kalau dapat 100% pun boleh jugak.. huhu (tapi aku bukan buat loan under PR1MA or Skim Rumah Pertama - gua tak layak beb. Skim tu untuk individu yang bergaji bawah RM3000 atau combination gaji suami isteri tak lebih RM6000)
Hong Leong cawangan xxx (officer: Melayu), aku dah lupakan terus. Sebab lepas staff dia suruh aku fax document segala, nan-ado follow up dari derang cakap dah terima fax aku ke haper. Aku malas nak call. Pada aku, kalau derang nak buat bisness, derang lah kejar customer. Kalau tak, bank lain melambak.
Maybank cawangan xxx (officer: cina). Kejap. Aku nak kutuk kang, malu sendiri jugak. Yelah, kompeni aku makan gaji. Tapi, service? Malu beb, malu. Untuk kes Maybank, special sikit sebab aku yang call branch. Aku cari officer kat situ bagi dokumen. Sebab? Sebagai staff, aku boleh pilih sama ada nak amik under komersil rate atau staff rate. Staff rate rendah jugak lah: 3.5 compare dengan lowest BLR 4.2 untuk komersil. So, lepas dapatkan contact no officer tu, aku pung scan dan email semua doc kat dia.
Tapi pastu, ada dia call balik? Nan hado ok. At least, cakap lah dah terima ke apa, or cakap lah tengah proses. Kalau malas nak call, reply je email aku tu. Takde ok. Takde. Aku pulak yang duk call dia tanya dah dapat email? Dah proses? etc. Lembab dik nonn.. Nyesal aku contact officer kat branch. Kalau tau gini slow, better aku contact mortgage consultant je. Yelah, officer kat branch tak perlu kejar komisen sangat. Gaji dah sedap. Tetiap tahun dapat bonus berbulan-bulan. Kalau mortgage consultant, derang memang kejar komisen. Lagi banyak loan derang approve, lagi banyak $$$$ yang derang dapat.
Public Bank cawangan xxx (officer: Melayu). Fuhh terbaekk. Hari nih derang call aku mintak dokumen segala, hari nih jugak derang compile, proses, check CCRIS, call office confirmkan kita keje kat situ atau tak segala. Sangat laju ok. Sampai malam pun derang call aku nak update tentang loan processing derang. Now tunggu approval je. Kagum. Kagum. The lowest yang Public Bank boleh offer kat aku:
BLR-2.5 (first year)
BLR-2.4 (tahun kedua dan seterusnya)
Aku kalau boleh nak jugak amik loan dengan Maybank. Sebab, easy access. Boleh buat bayaran online. Cawangan banyak. Pakej loan Maybank memang terbaik (cuma tu ler, staff yang patut menjualnya macam lemauuuuu jer). Maybank punya BLR sekarang ni:
BLR-2.5 (first year)
BLR-2.45 (second year)
BLR-2.4 (tahun ketiga dan seterusnya)
or
Staff Rate fixed at 3.5
Payment otomatik tolak gaji
Tak boleh refinance .. huhu
We'll see la macam mana. Maybe aku apply lagi kat few other bank. Survey lagi. Tengok lah bank mana lebih cepat proses loan. Kalau semua bank approved, pilih je lah mana yang terbaik, tak gitu?
Aku dah fefeeling nak discuss dengan developer suruh upgrade tiles jadi 24"x24" polished tiles pastu upgrade porch punya tiles ke 1'x2'.. etc, etc.
Fuhh.. berangan jer. Walhal loan belum approve lagi.. hihih
Thursday, September 15, 2011
Kembali bizi
Nasib baik esok cuti. Boleh kosentret jaga Amarr. Amarr dah 3 hari tak sihat. Siang ok, malam demam panas. Suhu naik lebih 39. Sampai tidur pakai pampers je. Malam tadi dah bawak pergi klinik. Pagi ni masa hantar kak Kak Ina, suhu turun sikit. Tapi still panas juga. Risau. Dah la Mamoru outstation seminggu. Haih.
Harap hari ni ada perubahan, insyaAllah.
........................................................................................................................
Weekend nih dah start balik dengan job makeup. My weekends are fully occupied again.. until next year ok. Ada lah few weeks yang free. Kena block mana yang sempat for my gunung trips and for gateaway dengan hero-hero comel.
My facebook Makeupfreak page dah lebih 10,500 orang fans. Thanks uols for your support.
I'm so addicted to makeup. Pada aku, every faces are like kanvas where I play with my colors and work my skills to create a beautifull artwork (hamik ko, asal nak berfalsampah je musti cakap omputeh). Tapi betul. Bila naik lrt pergi kerja, aku selalu peratikan muka-muka orang sambil fikirkan macam mana nak cantik kan muka derang, warna apa yang sesuai dengan derang, nak shading part mana, nak hi-lite tang mana, etc. Yer, bergitu lah aku punya obses dengan makeup nih.
Bercakap pasal makeup, buat aku teringat kat Biqque & alamak siapa lagi sorang yang menang contest Makeupfreak aritu? Bila korang nak tuntut hadiah makeover nih? huhu..
Anw, rerajin lah lawat www.makeupfreak.net untuk tengok hasil makeup aku :)
Wednesday, September 14, 2011
Baraan raya Kuala Selangor
Dinner kat Garden, Viva Mall
Tuesday, September 13, 2011
Logo baru Maybank
Dont know why this scheduled entry tak keluar. So, I decided to publish it manually:
Jumaat lepas Maybank buat launching dia punya new corp logo. Tak ada beza sangat lah cuma logo tu diberi nafas baru. Maklum lah, kali terakhir Maybank tukar wajah bila ek? Hampir 18 tahun dulu kot. Lama gila..
Sesekali interprem
Ariff & Amarr
Aku berangan nak create satu bilik khas untuk playground Ariff.. haih, I want a big house!