Tuesday, April 30, 2013

Mood keje bercelaru.

Asyik fikir tentang orang. Sedih sana. Sedih sini.

Teringat kat Kak Nor. Dah lebih 2 minggu tak jenguk dia. Kak Nor
disahkan positif kanser saraf (Rabdamyo Sarcoma)

Ingat lagi bulan lepas masa jumpa Kak Nor kat majlis kenduri kahwin
adik ipar aku. Kak Nor banyak duduk rehat je. Dia nampak penat. Kurus.
Dia tarik tangan aku duduk sebelah dia.

"aD.. Doktor cakap, akak dah takde harapan lagi"

Sedih gila. Tapi aku kontrol air mata. Aku susah sikit nak menangis
depan orang. Aku tengok Kak Nor. Muka dia tenang tapi air mata dia
mengalir.

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"

Terngiang-ngiang ayat tu dalam kepala ni.

Kuatnya Kila & Kak Nor.

Aku sendiri pernah dapat dugaan hebat masa arwah ibu meninggal.

Kuat ke aku masa tu? Mungkin.. Kalau tak, aku takde kat tempat aku sekarang ni.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap orang akan melalui saat
kehilangan dan kesedihan ni. Masa je penentu bilanya akan terjadi.

Semoga Kila kuat semangat. Dan semoga Kak Nor juga kuat menahan sakit.

Zakilah

Nak update entry tentang Ariff yang dah pandai baca doa.

Tapi bila terbaca status tentang bekas kawan yang rapat dengan aku masa sekolah dulu buat aku menangis macam apa je subuh ni.

Innalillahiwainnalillahirojiun.

Semoga suami dia diletakkan dikalangan orang yang beriman. Bertabahlah Zakilah. 

Sedih. Lebih sedih bila tengok gambar 2 orang anak dia yang masih kecik. Kerdil sangat rasa diri ni.

:(

***********************

Dulu, masa arwah Ibu aku meninggal, Kila lah yang selalu datang pujuk aku. Rumah kami sebelah menyebelah je. Dia selalu berdiri dari pagar lambai-lambai aku suruh keluar berborak kat situ. Macam makcik-makcik je kitaorang berborak tepi pagar. 

...................

Maaf Kila, aku tak ada kat sana untuk comfort ko.



Monday, April 29, 2013

Lawat rumah baru lagi

Gambar bahagian luar rumah je. Bahagian dalam tak leh masuk. Locked. Kena tunggu dapat kunci la kut. Takper... soon katanya. Antara bulan Julai ke September. Tak kisah la bebila pun. Sebab aku sendiri tatau bila nak duduk kat sini.. huhuhu.. Apa pun, janji rumah dah siap :)

Layan gambar je lah nah..
















Friday, April 26, 2013

Sabah day 6 : Island hopping Mamutik, Manukan & Sapi

Sepanjang 7 hari kat sabah, banyak tempat kami cover. Enjoy. Sampai dah tatau nak pegi mana dah. Cuaca pulak best. Cerah. Kira memang nih trip melarikan diri dari cuaca hujan kat KL lah. Dengar cerita, KL banjir   kat few places. Dan area rumah aku terputus bekalan air. Fuhhh.. nasib baik taim kami balik tu air dah ada semula. Selamatttttttt


Kami charter 1 boat untuk kami-kami je. Senang. Tayah share. Tayah rebut2. Island hopping ke Mamutik, Manukan & Sapi :)

Sangat best santai kat pulau-pulau ni. Ariff & Amarr refused tanak mandi katanya (ikut perangai aku yang tak suka mandi laut lah tu) Derang just main pasir je. Nak build sand casle kata Ariff

Ariff leka kutip pine corn. Ntah apa yang dia suka sangat dengan pine corn ni aku pun tatau.

Amarr yang ada issue dengan pasir pada awalnya. Tanak langsung jejakkan kaki atas pasir. Gereemmmm betol mummy dia. Last-last aku paksa jugak dia pijak pasir. Terjerit-jerit dia kena tinggal atas pasir. Tapi taim nak balik tu bukan main lagi dia mair pasir laut nih. Habis dilumur atas kepala sendiri. Jadi keje lak aku nak buang pasir tu dari rambut dia. Haihhhhh...

Ariff dengan dunia imaginasi dia.. Nak bina sand casle dari pine corn

Sehari duduk kat pulau-pulau nih rasa macam tak cukup je masa. kalau boleh overnight kan best :)

Otw ke pulau seterusnya. Look, mummy, I a lot of pine corn.. huhuhuhu

Meriah betul adik-abang nih

Kiri kanan kiri

Amar atas jetty

Us dalam boat

Mamoru yg sexyyyy

Overall, aku paling suka pulau Sapi & Manukan. Tapi kalau nak tengok babi hutan yang jinak (hahaha) dan biawak besar seakan buaya, pegi lah pulau Sapi. Tunggu pepetang sikit, keluar bunatang-binatang tu :)

Kami fly balik hari ke 7.
Sempat lah jenjalan pasar Filipine, Pasar Tamu, Hard Rock Shop, etc.
Tak banyak gambar hari last sebab memasing rushing nak beli gift, nak pack baju.
Its a good trip. Tapi next time kena be more prepared lagi. Esp bila bawa budak kecik. Kalau boleh tanak lah aku je yang enjoy. Aku nak the kids enjoy jugak :)


Thursday, April 25, 2013

Morning, from Ariff & Amarr

Later nak belikan uniform taekwando untuk Ariff. Ariff belajar taekwando setiap hari Selasa :)

Comel je tengok derang pegi sekolah setiap hari. Sampai je depan pintu sekolah, Amarr akan duduk atas bangku comel dan Ariff akan bukakan kasut Amarr. Pastu susun kasut memasing atas rak. Masa nak masuk kelas pun, Ariff akan pimpin tangan Amarr ajak masuk.. so sweeettttt adik-abang nih tau..

xoxo

Rutin pagi... pegi school. 

No photo please

Roti tak tinggal

yawnnnnnnnnnnnn


I said, no photo mummy!

:)

Sabah day 4&5 : Jenjalan Kundasang, Tamparuli, Tanjung Aru, etc

Jenjalan Desa Dairy Farm kat Kundasang. Tempat ni sehala je dengan perjalanan ke Mesilau Nature's Park. Cantik view dia. Awan rasa rendah je sebab atas bukit, kan. View macam kat New Zealand dairy pun ada hihihi. Ramai orang shooting gambar kahwin kat sini :)

Cuaca best, tempat lapang, apalagi.. masa untuk berlari tanpa hiraukan mummy yang terpekik-pekik panggil dua budak comel ni! Gereemmm

Dengan adik no 7. Uncle Uj

Nih taim kat Kundasang Memorial Park. Sebelum ke sini, kami sempat pegi melawat Mesilau Nature's Park. Saje mengimbau kenangan 7 tahun dulu masa memula datang sini naik Kinabalu dengan Mamoru. Tapi, cuaca kat Mesilau tak best sangat. Hujan je.. sama macam kat puncak Kinabalu :(

Kat pekan Nabalu kot. Buah nona ni besauuuu gila. Dah macam buah durian je rupa dia. Nak makan pun ngeri. Nona buah fav iols tau.. hihihi

Kat Tamparuli... melawat rumah terbalik. Banyak gila tempat kami berjalan dalam sehari. Maklum lah semua tempat menarik sehala je perjalanan dia menuku KK Town. So singgah je lah. 

View rumah terbalik waktu malam. View dalam rumah takde. No photos in the house katanya. Weols nak gi melawat jambatan Tamparuli yang legend tu.. tapi dah malam lerr... so straight ke Kota Kinabalu je lah

Ariff experimenting with my Camera

Muka berlengas berjalan satu hari.. hihihi. 

Sayangggg budak kecik dua orang ni.. Cepat lah besar, mummy nak ajak gi naik gunung :)

Jenjalan Pasar Gaya the next day.. best jugak. Memacam menda ada jual kat sini. Cuma yang tak tahan tu.. cuaca panasss gila.. 

Aisya & rabbit. Oh, binatang ternakan macam anak ayam pun ada jual kat pasar nih tau.

Ariff & Amarr kat English Garden are Kundasang

My handsome boy.. :)
Kat pintu masuk Dairy Farm

Me & Aisya kat pasar Gaya

Wednesday, April 24, 2013

Hiking Tabur East lagi

Line up pukul 3 pagi : Aku, Mamoru, Ain, Aisya, Afzan, Chua & Syed

Baru trek 5 minit, Aisya dan jatuh dalam air. Basah sebelah kasut.. huhuhuh

Starting point

Test kemampuan Canon compact IXUS 220HS. Not bad, tapi tangan aku gegar pulak.

Aku suka trek Tabur East ni. Panjat tetiap minggu pun aku sanggup. First, sebab trek dia guna kaki & tangan. Second, trek ni tak ramai orang masuk. Tak macam Tabur West yang agak ramai orang pegi, Third, view adalah lagi best dari Tabur West.. hihihi

View malam yang cun :)

View dam kat area bukit ni :)
Chua dan batu yang unik.. (or Chua tengah imagine Emma Maembong, katanya)


Take 5 :)

Line up yang agak 'berangin' dengan aku malam tu, asal setapak jalan nak bergambau kekdahnya... huhuhuh

Banyak main tali kat trek sini
View puncak last. Serjukk gila taim pagi kat sini

Sesi gedik dah start.

Chua dengan background tasik bentuk bintang

Mamoru yang layankan aje bila aku ajak hiking. Sangatttttt supportive.


Otw turun