Pening kepala setting beg untuk trip ultra 2D1N mendaki gunung Tahan via Merapoh-Kuala Tahan.
Dah berapa hari aku fikirkan sama ada nak bawa fly & ground atau khemah solo.
Nak tanya orang, takde siapa hiker or runner yang aku kenal pernah buat trip camni.
Tadi aku berjaya fikirkan cara untuk jimatkan ruang dan berat beg tanpa perlu bawa khemah Eureka Spitfire solo (berat 1.25kg) dan Overland sleeping beg (800g)! Yay!! *pat own shoulder. Tak perlu! Tak perlu! Jimat lebih 2 kilo kat situ okay!!
Bravo aD! Nak jadi ultra runner/hiker kena bijak survival. Otak kena geliga (ahahaha.. angkat bakul sendiri - sila muntah ijo)
Nanti aku share tips jimatkan ruang & berat untuk super ultra-light bagpack. Tunggu next entry nahh. Especially bab khemah (or fly) & sleeping bag :)
Bawah ni list yang aku plan untuk bawak masa lari kat Banjaran Tahan minggu depan. Total weight 5.5 kg.
List bawah ni pun belum final. Aku nak reduce lagi. Biar bawah 4 kg. Kalau tak camne nak berlari dengan beg berat kat belakang.
Ada masa lagi 9 hari sebelum aku masuk hutan untuk trip ni. Nervous.. tapi excited!
Note: Typo error. Weight dalam column bawah ni sepatutnya in 'Kilogram' bukan 'Gram'.
2 comments:
Good luck sis...
& take care !
Tqtqtqtqtq :)
Post a Comment