Wednesday, July 29, 2015

Baby A at 24 weeks 3 days

Pegi full checkup kat Al Islam dengan Mamoru Isnin aritu. Sekerat hari duduk kat sana.

Dari pagi buat urine test, blood test, minum air gula (perisa oren asam boi.. sedappp). Dua jam lepas tu buat urine & blood test lagi.. uwaa.

Lepas jumpa Dr Rusila buat normal scan. Then jumpa pulak Dr Norlida pulak buat full baby scan.

Pukul 2 petang baru setel semua. Balik rumah memasing terlantar kepenatan. Iols tidur sampai maghrib.

Hasil check up, Dr cakap aku ada anemia. Blood pressure rendah sangat. Amniotic fluid terlebih banyak :(

Tho aku rasa sangattt sihat.. dalaman tak menggambarkan luaran.. *sedih*..

Baby so far alhamdullilah. Sihat. Semuanya perfect. Just hoping excessive amniotic fluid ni tak ganggu baby. Semoga baby terus membesar dengan sihat dan sempurna.. amin.

Berat baby now 750gm. Panjang dah 20cm. Berat mummy 42kg (at 6 months pregnancy. Naik jugak akhirnya)

Baby sangat generous. Macam tau2 ja kami nak tengok muka dia.. asyik bagi tengok muka ja.. pastu posing2.. ikut perangai mummy suka pose.

Now mummy kena strict kat diri sendiri. Tho Dr tak suruh, mummy sendiri nak stop makan menda2 bergula. Eat healthy. Eat clean. Natural. No more processed food. No more air lonchan. No more. No  more.

Demi baby. Demi puteri mummy.

Note: Breastmilk leak at 6 months pregnancy. Need to check this with gynae. Dah boleh pump ke? Or its only colustrum? I need my medela freestyle, now.


Hisap jari

Babai.. babai..

No comments: