Hari ni last day stay kat Melaka. Esok dah bertolak balik KL.
Ikutkan hati, nak stay kt Melaka sampai bulan February. Sampai habis maternity leave. Tapi Isnin depan, Mamoru outstation kat KL seminggu. Berkampung kat Cititel Hotel Mid Valley la kami sepanjang minggu depan.
Lepas tu, back to reality. Back to Bandar Sri Permisuri. Back to long-distance relationship. Being a supermak sorang2 kat KL. Kali ni handle 3 orang anak singlehandedly.
Pasrah.
Hadapi dengan tenang.
Ada masa 2 minggu lagi sebelum Ariff start orientasi masuk darjah satu.
Lepas tu kena tambah extra task:
Hantar dan ambil Ariff dari sekolah Agama (sesi pagi) dan sekolah Rendah (sesi petang)
Hantar dan ambil Amarr dari Brainy Bunch
Jaga Aleesya kat rumah
Bila dah start keje awal February nanti tambah lagi task untuk hantar dan amik Aleesya dari taska.
Dengan beban keje kat ofis dengan tugas2 supermak kat rumah, harap aku mampu uruskan semuanya.
Stress bila fikirkan semua ni.
Solution yang aku ada:
1. Teruskan bersabar dan tunggu peluang untuk transfer ke Melaka
2. Cari keje lain kat Melaka (di zaman ekonomi meleset ni? Tsskk)
3. Berhenti keje dan jadi suri rumahsepenuh masa.
Haih.
Permudahkan lah ya Allah urusan kami dan luaskanlah rezeki kami untuk anak2 kami dan mereka yang berada dibawah tanggungjawab kami.
Aminn.
Aleesya at 36 days. Masa baru lahir aritu eyelash ciput ja. Now makin panjang & makin lentik. Muka lately penuh rash merah2. Melaka is so hot gittew.
Dah nak masuk darjah satu anak mummy ni. Baju, kasut, beg, buku semua tak beli lagi. Weekend ni kena start shopping barang2 Ariff.