Tuesday, February 16, 2016

Bukan senang nak jadi Ultramak

Penat yang melampau.

Setiapkali alarm untuk pump susu berbunyi, rasa macam nak merangkak2 pi tutup alarm & sambung tidur.

Masa tu mula lah tak bersyukur. Mula merungut. Mula hilang semangat.

Rasa nak jadi suri rumah full time lah
Rasa nak ponteng keje lah
Rasa nak nangis lah
Rasa nak pakai susu formula lah

Sepatutnya, bila Aleesya tidur sepanjang malam, aku pun boleh berdengkur sampai ke pagi sama2. Tapi.. dek sebab cita2 nak fully breastfeed, kena berjaga juga. Kena pump susu. Kena maintain supply. Kena inform otak & badan supaya produce more milk.

Penat ke.. tak cukup tido ke.. nak pengsan ke.. sila tolak tepi dulu.

Amik masa jugak terkebil2 atas katil sambil bagi motivasi kat akal sendiri.

Aleesya dah almost 3 bulan setengah. Come on. U have come this far aD. Dah lepas stage kritikal masa awal berpantang aritu. Now dah senang. Nak maintain supply ja.

Dua minggu lagi masuk bulan keempat. Bulan ke-4 okay! I should be proud. Aku bukan mak-mak yang biasa. I'm fully breastfeeding mommy. I'm working mom. I handle house chores sorang2. Aku handle tiga orang anak sorang2 kat KL ni. Aku mak yang lari long distance marathon. Aku mak yang luar biasa. Aku, UltraMak! Cuma aku tak boleh terbang aje.

Sila bersemangat.

Aura2 negatif, pegi berambus.

Haih.

Need a long run this weekend. Nak tambah power kuasa UltraMak.