Wednesday, August 31, 2016

Alfatihah untuk arwah Ibu

31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2016

59 tahun umurnya kalau arwah masih ada.

Selamat ulangtahun kelahiran. Hanya doa yang tak putus saban hari buat hadiah arwah kat sana.

Noor Malaya..

Selamat hari Merdeka.

Tuesday, August 30, 2016

Our Aleesya

Dah nak masuk 10 bulan.

Dan still fully breastfeed! *yay, way to go mommy!*

Semakin manja. Sangat manja sebenarnya :)

Sangat rapat dengan Mamoru. Daddy's girl kan. Kalau anak lelaki rapat dengan mommy, anak perempuan pulak akan lebih rapat dengan daddy. Lumrah :)



Hadiah dari Mamoru

Tiba2 dapat paperbag cantik siap ada box kat dalam. Tak ada apa2 occasion pun. Suprise sangat.

Tengok kat dalam box ada perfume Midnight Fantasy :)

Suka sangat bau dia. One of my favourites. Lembut sangat bau perfume ni.

Tenkiu Mamoru! So much! xoxo!

Thursday, August 25, 2016

Poster

Ariff yang pilih dan suruh beli poster ni kat DBP semalam. Nak tampal kat dinding rumah katanya. 

"Try hard to get what you like or you will be forced to like what you get.

Wednesday, August 24, 2016

Tambah collection buku

Pegi Koperasi Dewan Bahasa & Pustaka kat Jalan Dewan Bahasa pagi tadi

Dan.. beli semula buku2 yang pernah aku baca masa zaman kanak2 dulu. Nak baca semula dan buat koleksi. Mana tau sok lusa anak2 nak baca sama :)

Cuma novel Pendekar Kundur je tak jumpa2. Kata staff kat DBP, buku ni dah lama tak republished.

Sedih.

Tapi staff kat situ ada bagi no contact beberapa koperasi buku yang lain. Nanti nak cuba call. Mana tau ada rezeki.

Seronok spend masa kat kedai buku macam ni. Tak ramai orang. Tak pening kepala nak cari buku. Ariff pun bukan main suka masuk sini. Buku2 yang dia beli lagi banyakkkkk dari buku yang aku beli.. haha. Takpa, janji suka membaca :)

Tempat simpan buku2 aku. Melambak dalam kereta, bonet semua. Senang nk grab dan baca



Tuesday, August 23, 2016

Bali trip preparation : Packing

Plan dengan Mamoru tanak bawak beg banyak2. Sebab nanti susah nak manage macam trip sebelum2 ni. Maybe bawak satu haversack besar je. Senang Mamoru nak pikul sambil pegang tangan kiddos. Aku just bawa Aleesya dalam babycarrier & small backpack. 

Agak tough packing kali ni sebab kena bawak barang hiking untuk satu family. Nampaknya kena guna segala skill yang ada untuk sumbat semua baju & barang2 kat dalam haversack.. kena packing style camping masuk hutan. Semua ruang digunakan sepenuhnya.

Ni first trip bawa anak2 ke negara luar. Trip adventure plus leasure. Leasure pun sebab the kids ikut sekali. Kalau tak, semua jadi trip masuk hutan jer. Nasib korang la nakk dapat mak-pak kaki outdoor...

Dokumen penting semua dah ready. Siap buat photostat copy lagi (untuk kecemasan). 

Flight dah checkin awal2. Mamoru dengan aku duduk seat asing2 (depan/belakang) coz kiddos dedua nak duduk tepi tingkap. Kalau tak kang salah sorang merajuk pulak. Dah pernah jadi dulu. So lesson learnt. Nasib la Aleesya kecik lagi. Kalau dia pun nak duduk tepi tingkap, ha pegi laa.. Mommy lagi suka duduk sebelah daddy.

Now tinggal duit je tak tukar lagi. Orang kata better tukar sesiap dari sini sebab money changer kat sana banyak yang menipu. Wallahualam. Aku pilih untuk tukar kat sini je lah. Boleh sorok2 kat poket2 rahsia.  

Visa tak perlu apply ya kalau nak pegi Indonesia & stay sana kurang dari 30 hari. 

Dan yang best, tak perlu lagi bayar airport tax untuk penerbangan balik dari Bali nanti. Semua airlines dah absorb tax ni dalam flight ticket. Kalau tak, kena bayar dekat RM400 untuk family 5 pax aku. 

Nak tulis lagi.. tapi mengantuknya. Nanti lah sambung lagi our preparation & tips percutian ke Bali. Tak sabar nak share info tentang tempat2 menarik yang ada kat Bali yang hampir semua tour agency tak masukkan dalam list. Seriously. 

Yang orang tau, Bali just ada pantai.. temple.. pura.. bla bla bla.. Precious gem yang tersembunyi kat sini sebenarnya lagiii best dari trip2 yang tour agency offer.

Ok lah.. nanite. xo!

Buku merah jangan lupa bawa..

Cinta mommy & daddy

Monday, August 22, 2016

Exciting week

Rabu ni cuti.

Its me time! Pagi2 hantar anak2 gi taska pastu nak gi buat morning run 10km.. pastu nak gi shopping kasut hiking untuk kiddos.. pastu nak gi salon :)

Mommy is so excited this week!

p/s: I love u Mamoru!

Sunday, August 21, 2016

Aleesya yang manja

Kesayangan mommy & daddy

Dah pandai mimik apa yang semua orang buat. Paling mommy suka bila mommy suap dia makanan, dia pun sibuk nak suap mommy juga. Bila mommy makan makanan yang dia suap, kemain suka lagi dia. Terkekek dia ketawa. 

Bab bercakap no.1. Kecoh rumah ni dengan suara dia. 

Owner taska pun selalu cakap Aleesya ni 'bising' mulut dia. Macam bertih.

Cepatlah besar sayang! 



Saturday, August 20, 2016

Lets do it tonight!

Ramai betul geng gunung kat Nuang.

Excited!

Lets do Nuang tonight!

Me not working hard?
Yeah, right! Picture that with a Kodak
Or, better yet, go to Times Square
Take a picture of me with a Kodak
Took my life from negative to positive
I just want y'all know that
And tonight, let's enjoy life
Pitbull, Nayer, Ne-Yo
That's right

Tonight I want all of you tonight
Give me everything tonight
For all we know we might not get tomorrow
Let's do it tonight

Don't care what they say
Or what games they play
Nothing is enough
'Til I have your love
Let's do it tonight

I want you tonight,
I want you to stay
I want you tonight

Grab somebody sexy, tell 'em hey
Give me everything tonight
Give me everything tonight
Give me everything tonight
Give me everything tonight

Take advantage of tonight
Cause tomorrow I'm off to Dubai to perform for a princess
But tonight, I can make you my queen
And make love to you endless
This is insane: the way the name growin'
Money keep flowin'
Hustlers move aside
So, I'm tiptoein', to keep flowin'
I got it locked up like Lindsay Lohan

Put it on my life, baby,
I make you feel right, baby
Can't promise tomorrow
But, I promise tonight
Dalé

Excuse me 
And I might drink a little more than I should tonight
And I might take you home with me, if I could tonight
And, baby, Ima make you feel so good, tonight
Cause we might not get tomorrow

Projek gila

aD speaking Indon.. haha

Aku panggil projek gila sebab nak bawa anak2 pergi mendaki gunung kat negeri orang. Kalau mision ni accomplish, kiranya anak2 aku lebih advance sebab gunung pertama yang mereka daki adalah gunung di luar negara.. haha. Dan kalau jadi, Aleesya akan jadi pendaki termuda dalam family kecil ni.

Pagi tadi guide gunung di Indonesia dah confirmkan aku boleh bawa Aleesya mendaki gunung Batur! 

Bringing our family trip to the next level. Yes. We are going to climb one of the active volcano mountain in Bali.

Honestly aku tak tahu pun Bali ada gunung. Sebab Bali kan just kawasan pulau. Rupanya kat Bali ada 5 gunung yang boleh di daki. Gunung yang paling tinggi di Bali, gunung Agung. Tapi gunung ni tak boleh bawak Aleesya sebab ambil masa 8 jam untuk sampai ke puncak. Kalau tak bawa anak2, memang aku pegi hike semua gunung2 kat sana.. hihi. 

Note: Gunung Batur 1717 meter.

:)


Friday, August 19, 2016

Back to back

Hello weekend! 

Esok nak gi Nuang. collect race kit Petzl. Excited!
Malam esok Mamoru ada Puma run. Aku pula ada Petzl run :)

Tak sabar nak berlari kat trek Nuang sambil test headlamp Black Diamond yang Mamoru belikan dari Nepal! 200 lumen tau. Sure terang benderang hutan Nuang!


Itinerary




Busy plan itinerary untuk trip Bali. Dah lama tak rasa camni. Organize trip sendiri from scratch. Last buat dulu masa trip gi Mulu tahun 2008.

Plan asal nak guna tour agency je. First time nak bawak anak2 gi trip jauh2. Tempat orang lak tu. Biarlah proper.

Tapi bila tengok itinerary yang tour agency bagi.. aduyai.. penuh dengan lawatan ke pantai je. I'm not a beach person. Plus aku tak gemar gi bercuti semata nak melepak bermalasan tepi pantai. Aku punya type vacation lebih pada nak tengok negeri orang.. budaya.. nature.

So aku decide untuk buat itinerary sendiri. Still tengah draff. Google Tempat. Jarak. Timing. Costing. Cuaca. Ada satu kerja gila dalam plan yang aku harap sangat dapat buat. Semoga dipermudahkan dan dimakbulkan plan yang satu ni.

Thanks Mamoru coz percayakan aku buat itinerary sendiri instead of guna khidmat agency.  InsyaAllah kalau semua goes as plan. Especially "kerja gila" tu, I can confidently masuk bakul angkat   diri sendiri sebagi trip planner yang berjaya! Dan pastu boleh lah plan trip lain lak kan kan kan.. :)



Wednesday, August 17, 2016

Google account penuh

Gmail penuh. Tak boleh receive or send email. Quota free 15gb penuh dengan gambar. 

Mamoru suruh delete gambar yang tak penting. Tapi.. susahnya nak decide :(

Semua gambar ada sentimental value.

Pagi ni Google acount dah aktif balik. 
Boleh simpan gambar banyak2 dalam Google+. Mamoru beli storage 100gb dari Google package!! Monthly fees RM8+ je :)

Tenkiu Mamoru! xo!


Tuesday, August 16, 2016

Rindu

Tiba2 rindu Mamoru.. rindu Ariff.. rindu
Amarr.. rindu Aleesya

:)



Saturday, August 13, 2016

Aleesya at 9 months 1 week

Morning anak2-anak mommy!

Asal azan subuh, dia celik mata. Senyap2 main sorang2. Tak pun, buli abang2.

Dah mula lepas2 tangan bila berdiri at 9 months. Portable swimmning pool ni pun selamba dia panjat keluar sorang2. Mommy suka letak dia dalam ni kalau nak pi bilik air or dapur. Now da tak boleh laa. Bahaya. Ada orang dah tak sabar nak dapat kaki.

Rambut dah panjang lepas telinga. Tapi belum boleh ikat. Memang messy laa jawabnya. Kalau anak lelaki, laju je tangan ni cantas rambut tu. Untuk Aleesya, mommy pasrah ja. Rambut Aleesya tak melenting2 macam abang2 Ariff & Amarr (ikut rambut daddy). Aleesya ikut rambut mommy kut. Tapi mommy ikal. Tak sabar nak tunggu rambut Aleesya panjang. Nak dandan.. nak tocang2 kan.. 

Gigi atas & bawah dah ada. Apa mommy makan, semua dia nak rasa.
Now Aleesya dah pandai manage gigi. Dah tak gigit mommy. Sebab aritu dia kena marah dengan daddy.. hihi. Daddy tegur2 dia, terus dia nangis.. haha.. dah faham bila kena marah. Mommy pulak selalu guna taktik 'air mata'. Buat2 sakit dan nangis bila Aleesya gigit breast mommy. Tak sangka Aleesya faham. Dia pakat sedih sama bila mommy sedih. Comel! Suka sakat dia.

Next appointment untuk immunization masa Aleesya genap satu tahun (in November nanti). Haishh.. kejap betul nak setahun.

:)

Nasib la awak perempuan.. Nasib baik juga mommy awal2 dah pesan kat anak2 lelaki supaya jangan sesekali pukul atau sakitkan perempuan. Sabar je la abang 2 bila kena kacau gini

Friday, August 12, 2016

Dalam hati ada happy

Its weekend peeps!

Oyeah.. Oyeah..

Nak pi hiking dengan kiddos tapi lately hujan belah petang. Takut kiddos demam lagi. Lagipun Mamoru takda. Dia pi teambuilding kat Melaka. Hm.. nak plan apa ya?

Btw, arini nak cari semua ost lagu filem KAMI. Filem Sudirman tahun 1982. Nak letak dlm list lagu marathon :)


Happy weekend!


Puji pujian

Done. Done. Done!

Tamatlah riwayat minggu submission yang sangat mencabar.

Mencabar sebab terkejar2 dateline sampai 24 jam menghadap keje (tak tido ok)
Mencabar sebab production susu drop sikit sebab stress & penat
Mencabar sebab tiga2 kiddos tak sihat depanjang minggu ni :(

Terima kasih sangat2 buat Mamoru coz memahami & sabar layan anak2
Terima kasih buat cikgu2 & aunty2 kat Taska coz jaga kiddos & update mommy hsri2

Lega. Tenang ja rasa hati. Lapang sangat fikiran. Anak2 pun dah sihat. Alhamdullilah.

Semoga budget challenge next week berjalan lancar. InsyaAllah.

************

Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah
Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah

Asyhaduallailahailallah
Wa asyhaduanna Muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah...

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah

Lihatlah alam terbentang luas
langit cerah lembayung di bumi
hati terasa kebesarannya
ucapkanlah Allahhu Akbar!

Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah ia sementara
Ucapkanlah Innalillah

Monday, August 08, 2016

Berat Aleesya

On leave.

Aleesya baik sangat hari ni. Tak menangis pun masa amik jab. Dia buat tak heran je kat nurse yang cucuk dia tadi. Good girl.

Cuma.. berat dia naik sikit ja. Normal tapi still kena concern juga.

Berat dari bulan May - Ogos just naik 800gm.

Nurse suruh tambah pengambilan olive oil (satu sudu setengah) dalam makanan Aleesya. Can't imagine force Aleesya makan makanan berminyak.

Ariff & Amarr dulu tak pernah sampai kena makan minyak :(

Maybe sebab Ariff & Amarr campur minum susu formula & susu badan kut. Aleesya fully breastfeed.




Friday, August 05, 2016

3 more to go

Jadual breastpump haywire sebab nak kejar dateline keje. Mujur rezeki Aleesya sentiasa ada.

One more week to go & 3 more datelines to catch pastu boleh pi holiday. 
Boleh rehat sebelum BNM announce another OPR cut this september.



Minggu ni Mamoru busy. Ultramak gi hiking dgn anak2 je nampaknya. Happy weekend!

Tuesday, August 02, 2016

Doa anak2


KPI settled.
Financial planning ongoing.

Hotel booking done. 
Itinerary.. esok lah (tangguh lagi untuk yang keberapa kalinya)
Ngantuk ya Rabb.
Minggu ni no mercy konsepnya.

Doa2 ya anak2.. mana tau pasni kita dapat pi sana. Pi tengok menara yang Ariff nak tengok sangat ni. Siap belikan mommy keychain menara yang sama. 
InsyaAllah sayang. InsyaAllah.

Monday, August 01, 2016

Ku tunggu Augustus

Tenggelam dalam buku.

Kata sorang colleague, dia pelik tengok aku - tak cukup busy ke jadual aku? Tang bila masanya aku selit masa membaca buku?

Banyak je masa sebenarnya. Masa tengah breastpump, masa  tengah lunch, masa tengah tunggu lrt, dalam lrt, masa tunggu anak keluar pagar sekolah. Banyak sangat. Kalau kurang2 kan mata menghadap telefon, laagiii banyak masa tau :)

***************

Minggu ni minggu budget peparation untuk next financial year. Minggu KPI pun iya juga. Masa, memang tak ada. Habis focus pada keje. Habis spend dengan jadual breastpump.

Minggu ni juga Aleesya genap 9 bulan. Journey breastfeed pun dah 9 bulan. Alhamdullilah, dah sejauh ni. Sekejap ja. Cuma beberapa minggu ni, terasa sangat mencabar sebab Aleesya tak pandai kawal gigi2 baru dia. Gigi Aleesya dah banyak. Comel tapi sakitnya bila kena gigit!.. Sampai menangis.. sampai phobia. Tapi tak sampai hati nak stop breastfeeding. Semoga bertambah pahala mommy menahan sakit ni.

***************

Ada satu buku cerita lama yang duk terbayang2 dalam kepala ni.. "Hikayat Awang Sulung Merah Muda".. Tengah pilih masa yang sesuai untuk melawat koperasi DBP.  Moga2 ada lagi kat sana :)