Wednesday, August 21, 2019

Day 8 #KiddostakeAustralia : Mummy's shake up run

Bangun awal pagi ni semata nak join shake up run dengan SAC team dan nak tunjuk kat Mamoru & kiddos race area. Sebab during race day nanti, aku akan keluar lebih awal dan Mamoru maybe keluar 2 jam selepas tu dengan kiddos - nak elak jem berasak dapam tram dengan runners nanti.

Kami sampai awal di  race venue. Masa ni ramai runners 10k & 5k. Run run untuk kank2 pun ada. Sempat breakfast potato chip dengan smash avocado. 

Honestly, sepanjang trip ni, aku memang stop training. Serious malas nak pergi lari. Dengan cuasa sejuk lagi, memang idak la kan nak lari. Actually, since seminggu sebelum raya puasa lagi aku dah on off training. Memang plan nak fun run je kat Gold Coast tanpa target apa2 PB. 

Masa tengah buat shake up run dengan SAC team, badan  rasa tak best. Tiba2 rasa panas dan tak selesa. Aku suspect allergy. Food allergy maybe. Sebab sama macam first time aku kena last year. Tapi last year punya allergy lagi severe. Aku siap collapse lepas lari 2km. 

Bila dah suspect allergy, aku terus lari straight ke Medic tent. Sempat cakap kat Mamoru bawak kiddos pergi Medic tent. Luckily, pagi tu ada 10k & 5k race. So, ramai medic stanby.

Masuk ke Medic tent, aku terus cakap kat medical officer yang aku kena severe allergy attack. Aku bagitau symptoms dan history laju2. Pastu bagitau yang aku ada history collapse & blurry vission. MO kat situ siap pasang wayar kat dada, tepi lutut, amik blood pressure, heart rate. Kata MO kat situ, kalau condition aku worsened, dia akan cucuk epipen. Sementara tu dia bagi aku makan anti-histamine pil.

Dari med tent, MO bawak aku naik buggy car ke main medic area. Kat sana ada 2 doctor (sorang Dr Aussie, sorang lagi Japanese), attend aku. Cek satu badan. Dan alhandullilah, sejam lepas tu allergy reaction makin berkurang. Dr Jepun tu nak admit aku ke hospital, suruh buat further checkup sebab heart rate aku sangat tinggi. Tapi aku refused. Aku tanak spend masa dalam hospital. So, dia suruh rehat kat situ sampai heart rate aku stabil.

Bila semua dah ok, baru Dr Jepun tu allowed aku balik. Kami gerak straight balik apartment. Rest. 


Kat race venue. 


Layan kiddos built their toys sementara tunggu team SAC sampai

Tekun sungguh kiddos

Jalan2 race area

Sejuk tau time ni. Suhu dalam 18°c. 

Warm up session with the team

Kiddos main kat area playground sementara tunggu mummy habis lari

Kat sini bersepah playground untuk kanak2. Best!

Ni masa masa aku otw ke medic tent. Dari jauh dah cakap kat Mamoru suruh pegi medic. Allergy attack

Dalam medic tent. Aleesya time ni menangis nak peluk aku tapi nasib baik stafff situ pandai distract Aleesya dan entertain Aleesya.


Ni kat main medic tent. Dua org doctor duk check condition aku. Doctor tanya, betul ke aku nak proceed race esoknya. Aku angguk laju. Doctor concern condition aku time tu.

While waiting to be discharged

Coach, Jolene & the team tunggu kat luar medic tent. Thank you semua ❤️