Monday, May 11, 2020

Suprise birthhday ayahanda

Salam 18 Ramadan 1441H

PKP fasa 4 berakhir hari ni. Tapi PKPB ditambah sehingga 9 June 2020.

PM dah announced, tak boleh merentas negeri untuk balik beraya. Sambutan raya dalam negeri dibenarkan dengan syarat tak melebihi 20 orang berkumpul dalam rumah / atau mana² tempat. 

Semuanya seperti yang dijangka. Tak apa lah. Pengajaran dan pengalaman yang takkan dilupakan. 

Persiapan raya tak ada apa² sangat. Baju semua dah siap dari sebelum PKP lagi. Kuih muih beli online. Juadah pagi raya pun siap (readymade ketupat palas/ketupat nona). Tinggal nak buat rendang/lodeh/sambal jawa. Lemang? Buat lemang periuk kera macam last year. Simple dan sedap. Ikutkan hati malas nak beria, tapi sebagai anak sulung, adik² semua pasti lah berharap akak diorang ni buat persiapan raya kan. Yelah, pada siapa lagi diorang nak bermanja kalau bukan dengan kakak sendiri. 

Mamoru akan start keje (first time pergi keje selepas 5 minggu cuti. Aku? Still work from home. Sepanjang bulan puasa ni, baru 3 kali aku masuk ofis. Lepas ni pun still on off juga sampai 9 June nanti. Bersyukur jugak lah. Kalau tak, kesian kat anak². Especially Aleesya. Takkan nak hantar ke taska. Sebab setiap taska akan draw jarak dan suruh anak² duduk dalam bulatan masing². Aku tak boleh imagine macam mana pihak taska/mana² kindergarten handle budak² nanti. Confirm anak² ni selalu kena marah sebab tak boleh duduk diam dalam ruang/bulatan masing². 

Bulan ni dapat banyak berita baik dari adik². Alhamdulillah, ada yang inform boleh resume kerja macam biasa, Ada yang inform dah dapat gaji penuh. Syukur sangat. Semoga rezeki ayah dan adik² sentiasa dipermudahkan. InsyaAllah.

Tenkiu Anisgift Boutique for the delivery to birthday boy. Siap rekodkan video lagi. Dapat juga lepas rindu tengok gambar ni. Petang yang sama juga runner hantar makanan berbuka special untuk ayah. Ayah cakap banyak sangat makanan. Ayah share dengan nenek 😊
Anything for your happiness, ayahanda.





No comments: