Monday, December 07, 2020

Jalan² time PKPB

Niat asal ajak Mamoru pergi Mid Vallesy untuk trade MAC makeup casing for free lipstick. Ada 6 pcs MAC casing makeup yang dah habis. So, why not kan, save RM84 untuk satu lipstik. 

Sepuluh tahun dulu harga satu lisptik baru RM50+. Now, wow.. inflasi ke apa?

Yang tak menariknya, brand ni je aku suka. Cuba try juga brand lain, tapi last² patah balik brand ni juga.

Lebih tak best, bila misi asal nak masuk outlet MAC dapatkan satu lipstik free, tapi bila keluar bawa paperbag berisi 2 lipstik (1 je free), 1 lipglass, 1 lip-primer & 1 face primer. Mission failed.  

Tak faham dengan diri sendiri. Zaman covid ni sepatutnya tak perlu pakai makeup pun. Lebih separuh dari bahagian muka tertutup demgan mask. Paling² pun nak pakai makeup zaman ni pun, cukup dengan beli eyebrow pencil & mascara je. Ni nak juga pakai lipstik. Bukan orang tahu pun pakai lipstik kaler apa belakang mask tu kan..😂


Sebelum balik, Mamoru ajak singgah Tomei. Survey rantai untuk anak dara kesayangan. Dari niat nak survey, terbeli terus pula. Cantik sangat. Geram. Tadi dah pakaikan ke leher Aleesya. Melompat² dia hepi.

Simpan sini buat kenangan untuk Aleesya. 

Note: Ada discuss dengn Mamoru nak belikan Aleesya earings. Tapi baik aku atau Mamoru, dua² tak sanggup tengok Aleesya tahan sakit ditindik telinga. Biar Aleesya yang request / decide sendiri satu hari nanti ❤️





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...