Ruang tamu dah siap. Just nak pasang wall light ja kat wall ledge stone ni.
Then boleh bawa masuk perabot.
Puas hati dengan final outcome. Dua² dinding ni naikkan nilai estetik ruang tamu.
Diamond mirror buat ruang tamu nampak luas, ekslusif, grand dan bila kena pancaran lampu, dia buat cahaya nampak lebih terang
Stone ledge ni pula agak berdebu masa mula² pasang dulu. Buka jenis batu pilihan. Macam pasrah je bila vendor pasang.
Tapi bila di cat dengan cat nippon platon high gloss, dia beri impak seakan batu ni basah dan nampak effect glossy bila kena lampu. Dinding batu ni bukan setakat cantik mata memandang, tapi dia juga buat ruang tamu lebih sejuk 😊
Dinding batu ni tinggal nak pasang 2 wall light. Pastu siap
Awal² dulu nak pasang stone ledge jebis quartz warna putih. Tapi tak jumpa warna idaman. So, pilih jenis batu lain warna light brown. Tak sangka match dengan lantai dan langsir. Stone ledge ni beli kat Suzuka Shah Alam, code DS 011.
Lantai jenis SPC GM4040
Langsir code warna Cozy 05 Angora dari Jotex. Design Ripple fold.
Gran-mirror ni area ruang tamu juga, antara 2 pintu bilik. Banyak cermin rumah ni. Means banyak la pitstop bersiap sebelum keluar rumah 😅😅
Cat dinding guna code Twilight dari Jotun.
No comments:
Post a Comment