Friday, February 24, 2023

Jumaat berkah

Mummy nak start buat sessi tuisyen untuk kiddos, tapi since cousins diorang, Ashraaf, ada kat rumah, mummy tangguh dulu lah. Bagi can diorang hu ha hu ha. Next week kita start belajar ok. Masing² dah masuk tingkatan 1 dan tingkatan 2, maka perlu serious sikit dalam study 😊

Rutin mummy di hari Jumaat. Hantar kiddos gi solat kat Masjid. 


Keladi masak asam rebus dengan sambal telur untuk berbuka. Buat bubur keledek  special juga. 😋😋

 

Tuesday, February 21, 2023

Dr Chess mini tournament di Mc Donald Kuala Selangor

Kali ni daddy tak ikut sebab bekerja. Mummy gigih drive ke Kuala Selangor subuh² buta semata nak bawa kiddos pergi chess tournament. Dan alhamdullilah, kegigihan mummy dibalas dengan performance kiddos yang tip top dan mampu merangkul trofi kemenangan. Yey!

Tak sia² kiddos training lawan chess dengan daddy tiap² malam.

Ni tournament ketiga untuk kiddos. InsyaAllah more to come!


Suka tengok kiddos bergaul dengan rakan² chess yang lain.







Sambil main sambil makan. Makanan ditaja oleh McD

Ariff dapat tempat ke-4. Hadiah disampaikan oleh wakil dari pejabat belia dan sukan &  Pengurus Mc Donald Kuala Selangor


Top 5 winners

 

Sunday, February 19, 2023

Larian Jubli Perak PTPTN di Putrajaya

Our second family fun run this year. Last month kat Kuala Selangor. Bulan ni kat Putrajaya.

Best walau pun tak lari sepenuhnya sebab diva kecik kepenatan dan minta didukung. Nasib baik lah dia yang bongsu. So, layankan je lah 😁😁

Kalau bulan lepas kami ajak Adam (my nephew) join. Kali ni kami bawa Ashraaf pula.



 

Wednesday, February 15, 2023

Gambar kelas Aleesya Darjah 1

Hari ni ada jamuan kelas akhir tahun untuk tahun 1. Cikgu request buat style pot luck. Biasanya mummy lebih suka anak² bawa goody bag yang ada macam² jenis buah. Mummy suka kiddos dan kawan² makan healty. Tapi malam tadi dah kesuntukan masa. Maka, beli jajan je lah dengan air kotak. Paper bag pun tak sempat nak beli. Bubuh dalam plastik je dan letak riben puple (fav kaler Aleesya). Jadi lah. Nampak cute juga. Aleesya yang packing semua goodies ni. Mummy tolong guide dan tolong buat riben ja.






 

Friday, February 10, 2023

Kelas Silat

Dulu, sebelum PKP hanyaAriff dan Amarr je yang join silat. Now, Aleesya pun dah ikut jejak abang² dia. Nak jadi srikandi katanya.

Share gambar² dia dan abang² masa kelas silat. Video masa kelas silat ada di youtube. Nanti ada masa, Aleesya, Ariff & Amarr boleh tengok semula 🥰













 

Thursday, February 09, 2023

Termarah Aleesya

 

Just nak jot down, hari ni termarah Aleesya sampai mengalir airmata dia. Berjurai² pula tu. Geram bila dia main² hafal lafaz niat solat. Memang mummy marah sangat tadi sampai mummy panggil Ariff & Amarr bawa Aleesya masuk dalam bilik mereka sebab mummy takut nanti mummy ternaik tangan pula 😔

Terus mummy gi amik wudhu. Pastu panggil semula Aleesya. Kesian tengok dia datang dengan airmata masih berlinangan. Mummy hug Aleesya kuat². Tersedu² dia. 

Aleesya, satu²nya anak gadis mummy. Sangat manja dan sangat mudah dijaga sejak dari baby. Dah besar ni pun sama. Sangat pandai ambil hati dan pandai menurut kata. Kalau apa yang dia nak mummy tak beri, dia akur. Tak ada nak grumpy. Paling mummy suka bila dia bangun tidur. Senang sangat bangun. Tak perlu nak kejut goyang² kan badan ke apa. Just panggil nama dia dari hujung katil pun dia dah terjaga. Setiap kali bangun, mesti dengan senyuman. Penyejuk hati mummy. 

Mummy sorry ya sayang. Mummy bukan suka² nak marah, mummy nak ajar supaya Aleesya pandai.

Semoga Allah swt kurniakan kebahagiaan buat Aleesya didunia dan akhirat dan jauhkan Aleesya dari kesedihan. Doa yang sama juga mummy pohon buat Ariff dan Amarr. Aamiinnn.




Wednesday, February 08, 2023

Happy 15th wedding anniversary to us

080208 - 080223

15 years!

Blog ni merakamkan semua kenangan. Dari hari pertama kita mula berjumpa di KLIA untuk menyertai xpdc mendaki Kinabalu tahun 2006 sampai lah ke hari ni. 

Setiap kali baca semula coretan² lama, setiap kali itu juga rasa jatuh cinta semula. 

Terima kasih Mamoru untuk kejutan kali ni. Semoga Allah swt limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk B sebab buat aD happy. Aminnn.

Our table siap deco dengan kelopak bunga, lilin dan belon.

Tenkiu adik staff restoran tolong ambikkan gambar

Orang tak ramai, maka kami tanpa segan silu ambil gambar banyak²

Masa order kek ni, adik staff restoran tanya anniversary ke berapa? Aku cakap yang  ke 15. Adik staff tu terkejut siap ulang tiga kali nak confirmkan. Akak ni nampak muda sangat ke dik? 


Cantik tulisan dia.. sayang nak makan 🥰


 

Tuesday, February 07, 2023

Camping 3H2M di Ulu Rening, Kuala Kubu Baru

 

Bulan lepas camping tepi laut, bulan ni kita camping tepi sungai pula.

Camping dimusim hujan, tapi alhamdulillah, hari pertama dan kedua cuaca berpihak kepada kami cuma malam terakhir, hujan turun renyai² sepanjang malam hingga keesokkan harinya. Kami packing khemah pun dalam hujan gerimis. Angkut ja barang basah² masuk kereta,sampai rumah jemur ja apadehal.

Ulu Rening ni cantik sungai dia. Sangat kids friendly. Boleh lepas bebas budak kecil dalam sungai tanpa perlu pengawasan ketat. Cukup pandang² dari atas tebing ja sebab sungai ni cetek. Kalau nak tiruk, kena menyusur jauh ke hulu sungai - baru lah dapat air paras dada. 

Ada banyak kemsait dikawasan ni. Google ja nama Hulu Rening campsite, sure banyak port camping yang keluar. Pilih ja mana berkenan. Sewa tapak khemah bermula dari RM30 keatas. Dan kat sini juga ada kemudahan elektrik. Tandas dan tempat mandi pun banyakkk. Siap disediakan sinki untuk membasuh pinggan juga. 

Sewa tubing. Ada kemsait yang sewakan rm5. Campsite sebelah kami sewakan rm10. So, kami pilih yang murah, tube dia sama ja.. hihi

Tubing dengan sibling. Ni baru 3 beradik. Kalau yg lain² join, memang penuh campsite ni dengan khemah kami ja.

Fly kami boleh pasang hammock 2 tingkat 😁😁

Suka kiddos & cousins depa main hammock

Kasi cann lah

Hepi sokmo memasing

💋

Menu meriah

Manis senyum anak mommy ni

Gitteww.. siap ada bubble² lagi

Memasak pun kena feeling 🥰 Ada orang kat sebelah perhati kan 🥰

Ratu air

Port khemah kami

Syok tidor atas tilam angin 10 inci

View malam

Dengan pak ngah

Main air dari pagi sampai petang. 



Penat main air, main chess pula