Thursday, February 02, 2023

Dah 4 bulan lebih tak bekerja

 

Officially 4 bulan tak bekerja dan duduk rumah sepenuh masa. 

Seronok? Alhamdullilah, sangat seronok. Walaupun hari² repeat buat benda yang sama pun tetap seronok. 

Cuma part yang tak seronok bila sabbatical leave selama setahun ni adalah, kau takde gaji 😅

Yer tak bergaji. 

So agak terbatas la pergerakkan shopping kau kan. 😁. 

Tapi alhamdullilah ada En Mamoru. Nak apa² ja mintak kat dia. Mula² dulu agak tak selesa nak meminta² (sekarang pun masih tak selesa sebenarnya), maklum lah dah biasa dapat gaji 5 angka dan tak pernah langsung meminta duit dari Mamoru. Nak beli apa² tayah nak minta izin, yer lah duit sendiri kan. Setakat barang mekap, perfume, baju, beg, kasut mahal² semua dihujung jari.

Sekarang dah takda income, mampu krik krik ja lah 😅😅. 

Haritu survey² handbag. Saja je lah kan cuci mata, sekali Mamoru cakap nak yang mana dia belikan 🥰🥰. 

Sebelum tu ada cakap kat Mamoru nak beli makeup, tapi takda lah nak minta duit untuk beli. Sekadar cakap. Aku fikir nantilah aku beli guna saving. Tapi tak sangka Mamoru terus transfer 1k dalam akaun, buat beli mekap katanya. Aku macam.. malu sikit. Tapi bila fikir balik, memang tanggungjawab Mamoru untuk jaga aku kan kan kan 😎. Mekap tu pun nafkah kan.. eh? 😁

Hari ni dah masuk bulan February. Kurang 8 bulan lagi aku akan masuk kerja semula. 

Tapi, aku macam lebih suka duduk rumah. Rasa macam tak mau dah berdepan dengan orang² yang narcissistic kat ofis. 

Tapi untuk berhenti keje terus tanpa backup plan, aku tak ready. Aku masih nak hantar duit belanja kat ayah bulan². Aku pun masih ada komitment lain (loan rumah kat melaka, kereta, credit card) dengan total komitment bulanan rm5 ribu (buat masa ni Mamoru yang tolong cover sampai aku habis sabbatikal nanti). 

Aku ada discus dengan Mamoru nak buat small business dari rumah. Sebenarnya dari tahun lepas lagi dah discuss, tapi bila dah selesa duduk rumah ni terus lupa pasal business. Ni bila fikir lagi 8 bulan nak masuk keje, terus memgelupur nak start business secepat mungkin 😂

Semoga istiqamah nak buat small business ni.
Mana tau business maju, dan boleh cover expenses bulanan maka boleh lah aku terus duduk rumah dan tak perlu nak sambung masuk keje ye tak? Aamiinnnn..

Doakan sama yer..

Throwback trip Kelantan masa bulan Syawal tahun 2022




1 comment:

aisha said...

hahahahahhahaha... dulu kan Ad dgn make up..kita dok tunggu la update make up bisness dia.. pastu sabun.. pastu apa lagi Ad pernah buat.. byk ni buat kita tertunggu