Sunday, July 30, 2023

July birthday month mummy


Throwback sekitar birthday mummy yang ke 26.. kikiki.. tipu je. Yang ke 44 sebenarnya.

Celebrate dengan daddy kat Banana Bro. Tempat makan baru fav mummy.

Mummy makan sini dengan perut kosong pun tak boleh habiskan makanan juga.. uwaa.. dasar tong kecik.

Daddy dengan pak & mak sedara awak semua datang buat suprise.

Nasib baik mummy dressing semenggah. Kalau tak pakai short dengan singlet je.

Tenkiuuu utk suprise ni ❤️🥰

Dengan si cantik ❤️



 

Hari sukan sekolah Ariff & Amarr 2023

 

Ok, first time mummy dapat attend hari sukan sekolah menengah ni. Tahun lepas, masa Ariff form 1, mummy tak dapat join sebab mummy kerja. Dan mummy regret sangat. How I wish I could attend all important event in kiddos life. InsyaAllah, lepas ni walau mummy dah start keje semula nanti, mummy akan make sure mummy attend setiap acara yang memerlukan mummy ada disisi anak². Ini janji mummy. Insyaallah.

Ariff dan Amarr tak masuk acara trek pun. Ariff agak kecewa tapi dia determined untuk training lepas ni. Dia nak sangat masuk acara trek. Sekarang pun Ariff dah tak skip training atas treadmill. Dan dah mula cuba² join mummy buat core workout. Mummy impressed.

Berbalik pada cerita hari sukan tempoh hari, Ariff join juga, tapi sebagai maskot rumah Syahbandar. Excited dia tolong sorak untuk rumah sukan dia. 

Amarr pula masuk acara kawad kaki untuk kelab Kadet JPJ. 

Walaupun anak² tak masuk acara trek, mummy dan daddy tetap datang support dengan sorakan kuat dan bersemangat dari grand stand.. haha. Tu kalau kiddos masuk acara trek balapan, confirm mummy bawak speaker sorak kuat² sampai satu padang dengar suara mummy. Takpa, mummy reserve suara mummy untuk acara sukan tahun depan. Semoga Ariff dan Amarr dapat masuk acara sukan pilihan mereka. Aamiinnn.


Mummy ada rekod video perbarisan. Nanti awak cari kat youtube ya kiddos.

Ariff jadi maskot bangunan tabung haji

Hensem anak mummy

Amarr berkawad.. aww.. hensem sangat.

Mummy love you Amarr

Ariff yang mummy sayang

Aleesya hanya mampu tengok ja. Turn dia bersukan lambat lagi

Mummy, daddy & Aleesya atas grand stand

Sunday, July 16, 2023

Ariff pergi Kem

Ariff dan 5 orang kawan² sekolah volunteer untuk menyertai Kem under Jabatan Belia di Bukit Kiara bersama² 60 peserta dari 11 buah sekolah di KL. Mereka akan spend 2H1M di sana. 

Ariff eksaited pergi, tapi mummy kat rumah berperang dengan perasaan rindu. Haish, macam ni lah agaknya perasaan bila Ariff nak sambung belajar jauh² satu nanti kut. Kuat ke mummy nak tanggung rindu kat anak² nanti?

Kawan² sekalas Ariff yang selalu datang rumah untuk study group pun join juga Kem ni.

Bas ni bawa pelajar dari 5 buah sekolah. Ni semua wakil dari sekolah Ariff

Belajar rajin² putera² kecil. Semoga menjadi insan yang berjaya dalam segala bidang yang diceburi.

 

Friday, July 14, 2023

Study group Ariff

Mummy memang galakkan Ariff & Amarr bawa kawan² datang ke rumah sama ada untuk belajar atau bermain. Walaupun rumah riuh atau bersepah, mummy tak kisah yang penting anak² mummy depan mata dan mummy pun boleh kenal² dengan kawan² Ariff. 

Ariff cakap kawan² dia selalu puji mummy ni sangat baik.. hihi. Maybe sebab mummy suka masak kuih muih masa mereka datang rumah kut 😁

Kat bawah ni gambar masa mereka sedang buat projek dan powerpoint presentation untuk kelab sekolah mereka.




 

Thursday, July 13, 2023

Mummy juara merentas desa sekolah menengah

Throwback sebelum raya haji aritu. Last minit dapat tau ada kategori parents & guru untuk merentas desa sekolah Ariff & Amarr. Punyalah mummy eksaited. Sebab dah beberapa tahun tak dapat join kiddos berlari kat sekolah depa sebab covid kan. 

Mummy takdelah target nak menang sebab competitors sure tough kan, maklumlah sekolah menengah. Tapi tak sangka terjuara pula. Mummy rasalahkan, tak ramai golongan mak² yang suka excercise kut. Kikiki.. tahun depan nak join lagi lah camni. Biar mummy juara setiap tahun kan kan kan.

Terpaling best, ramai kawan² Ariff yang kenal mummy siap jerit² "Mummy Ariff, Mummy Ariff" masa mummy amik medal 🥰. Diorang kenal mummy sebab diorang pernah datang study group dengan Ariff kat rumah.

Mummy suka tau involve dengan sukan kiddos

Sikecik yang terlalu manja dengan mummy.

Amarr baju biru - rumah Bendahara

Ariff baju hijau rumah Syah Bandar

Posing dengan daddy sebelum amik medal. Daddy tak lari sebab tak sihat.

Dan lagi.. pasrah ja daddy sebab mummy dengan Aleesya memang suka bergambar

Yeay.. mummy juara!

 

Wednesday, July 12, 2023

Camping 3H2M D'Hailin Camsite, Sepri, N9

Ni aktiviti masa cuti raya haji aritu. Lepas sessi beraya, kami adik beradik bertolak ke sini. Tak pernah sampai area Sepri ni. View sepanjang jalan ke sana cantik dan damai ja dikelilingi gunung ganang.

Kat Campsite D'Hailin ni ada kawasan lapang yang terbuka, ada yang berkanopi dan ada juga chalet. Kemudahan elektrik, kipas, tandas, swimming pool, sinki membasuh pinggan dan surau pun ada. Kalau malas nak masak, boleh ja call restoran Mak Kiah yang terletak 1km dari ni dan boleh delivery makanan panas². 

Sungai kat sini cetek sesuai untuk kanak². Air terjun cantik bertingkat² pun ada tau. Cuma perlu menyusur sungai dalam 15 minit untuk sampai kekawasan air terjun. Pacat pun ada tau, tapi sikit je pun, adalah 2, 3 ekor.. hihi. Sempatlah pacat gigit bukulali aku yg putih gebu aritu. Terasa gatal sampai arini bekas gigitan pacat tu.

 Kat sini, kami pilih kawasan berkanopi. Maklumlah musim hujan baru nak start kan. Memasing malas nak buat keje extra jemur ground. Tapi alhamdullilah, cuaca masa kami disana sangat best.

Sungai cetek depan campsite. 

Main masak² tepi sungai, best!

Suka kanak² ribena ni

Mamoru pantau kekanak dari hammock yang dipasang dalam sungai

Malam time.. pasang lampu² cantik

Kalau camping, dapur kami penuh aneka makanan. Taim masak pula, take turn antara aku dengan ipar duai. Aku suka bab memasak ni siap mendonut setiap kali camping sebab anak² buah suka makan donut gebu mummylong 🥰

BBQ tak pernah miss

Ahli baru team camping kami. Selalu ajak tu asyik busy ja kat hospital. Kali ni dia dapat ikut.. kemain hepi anak² buah dia.

Yang tak best bila camping ada letrik ni, asal malam ja memasing duk keluarkan gajet. Lenkali kena cari port takda letrik la.. kikiki

Asal daddylong naik hammock ja mesti yang kenit² ni nak naik sekali.

Yours truly

Ni masa hiking menyelusuri sungai cari air terjun lawa


Ni air terjun level pertama

Best baring² kat sini 

Cantik viee kat sini, tapi make sure pergi masa musim tak hujan ok. 

Yang ni level kedua

Best sangat mandi sini sampai rasa tanak balik 

Mamoru in cation. Gaya apa tu b?

Weeeeeee...

 

Gambar masa Raya Haji 1444H

Tak banyak gambar masa raya haji aritu. Balik pun masa pagi raya sebab nak make sure Amarr betul² pulih. Siap buat covid test lagi sebab tanak risiko pada keluarga yang lain. 

Juadah raya pun kami siap² masak dari rumah dan tapau balik Melaka.

Raya serba sederhana sebab nenek di Melaka tak sihat sebab baru lepas operate untuk buang kanser melanoma.

On the way balik Melaka

Alhamdullilah nenek nampak bertenaga walau kaki masih berbalut. Mata dan ingatan nenek masih tajam. 

Dengan daddy dan sebahagian dari adik beradik mummy

Ayahanda yang tersayang. Semoga sihat, kuat dan bahagia sentiasa

Ariff dah lebih tinggi dari Uncle Syukur.