Wednesday, July 12, 2023

Camping 3H2M D'Hailin Camsite, Sepri, N9

Ni aktiviti masa cuti raya haji aritu. Lepas sessi beraya, kami adik beradik bertolak ke sini. Tak pernah sampai area Sepri ni. View sepanjang jalan ke sana cantik dan damai ja dikelilingi gunung ganang.

Kat Campsite D'Hailin ni ada kawasan lapang yang terbuka, ada yang berkanopi dan ada juga chalet. Kemudahan elektrik, kipas, tandas, swimming pool, sinki membasuh pinggan dan surau pun ada. Kalau malas nak masak, boleh ja call restoran Mak Kiah yang terletak 1km dari ni dan boleh delivery makanan panas². 

Sungai kat sini cetek sesuai untuk kanak². Air terjun cantik bertingkat² pun ada tau. Cuma perlu menyusur sungai dalam 15 minit untuk sampai kekawasan air terjun. Pacat pun ada tau, tapi sikit je pun, adalah 2, 3 ekor.. hihi. Sempatlah pacat gigit bukulali aku yg putih gebu aritu. Terasa gatal sampai arini bekas gigitan pacat tu.

 Kat sini, kami pilih kawasan berkanopi. Maklumlah musim hujan baru nak start kan. Memasing malas nak buat keje extra jemur ground. Tapi alhamdullilah, cuaca masa kami disana sangat best.

Sungai cetek depan campsite. 

Main masak² tepi sungai, best!

Suka kanak² ribena ni

Mamoru pantau kekanak dari hammock yang dipasang dalam sungai

Malam time.. pasang lampu² cantik

Kalau camping, dapur kami penuh aneka makanan. Taim masak pula, take turn antara aku dengan ipar duai. Aku suka bab memasak ni siap mendonut setiap kali camping sebab anak² buah suka makan donut gebu mummylong 🥰

BBQ tak pernah miss

Ahli baru team camping kami. Selalu ajak tu asyik busy ja kat hospital. Kali ni dia dapat ikut.. kemain hepi anak² buah dia.

Yang tak best bila camping ada letrik ni, asal malam ja memasing duk keluarkan gajet. Lenkali kena cari port takda letrik la.. kikiki

Asal daddylong naik hammock ja mesti yang kenit² ni nak naik sekali.

Yours truly

Ni masa hiking menyelusuri sungai cari air terjun lawa


Ni air terjun level pertama

Best baring² kat sini 

Cantik viee kat sini, tapi make sure pergi masa musim tak hujan ok. 

Yang ni level kedua

Best sangat mandi sini sampai rasa tanak balik 

Mamoru in cation. Gaya apa tu b?

Weeeeeee...

 

No comments: