Friday, March 28, 2025

Sekitar Ramadan 2025

Tabarakallah

Gambar² waktu berbuka dan sahur swpanjang puasa tahun ni. Alhamdullilah, Aleesya puasa penuh setakat hari ni. Dan semua anak² tak pernah miss sahur 💪

Oh.. rekod baru, kami ada sahur kat luar juga.. kat A&W PJ - sebab anak²  nak sahur curly fries. Layan kan je lah. 

Dann ada dua kali juga mummy terlupa nak prep makanan untuk sahur, so mummy order FoodPanda je. Mind you.. foodpanda dah ada delivery untuk sahur okeh. Merasa pukul 4 or 5 pagi orang tekan loceng pintu deliver makanan. Alhamdullilah, senang keje mummy.. hihi

1st Ramadan. Berbuka di Melaka

Iols masak ni ok

Tak ingat Ramadan ke berapa. Amarr berbuka dengan classmate dia dan tarawikh sekali.

Tugas dia prep sampul raya

Ni masa pertengahan Ramadan - Amarr Ariff & daddygunting rambut awal², so raya tak kalut

Masak lauk simple untuk berbuka.. balik keje terus masuk dapur tau. Hebat mummy kan? 😁

Nahh.. periuk atas meja.. tak dann nak salin dalam mangkuk

Ada hari² mummy malas, kita tapau foodpanda je 😅

Ada hari mummy busy keje balik lambat, kita berbuka luar je.. 🤣

Ada hari mummy rajin, kita siap buat grill & stimbot kat rumah

Ada hari special kita berbuka kat hotel

Ada rezeki bergolek, kawan daddy belanja makam kat hotel pula

Ni malam tadi, daddy belanja makan kat hotel lagi

Ni pula masa berbuka kat rumah adik

Ni mummy berbuka dengan ofismate

Legacy - Aleesya & her bestfriends (anak² ex classmates daddy)

Amarr dengan his classmates lepas tarawikh

Ni pula Ariff berbuka dengan classmates dia. Kebetulan Ariff & Amarr berbuka dengan classmates masing² pada hari yang sama. Cuma tempat ja yang berbeza² 

Masih berbaki 3 Ramadan lagi sebelum masuk Syawal. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan kasih dah limpah rahmat dari Allah swt.


 

No comments: