Wednesday, August 27, 2025

Brono sewu Ijen (Part 3 - Final)

Day 4

Lepas 6 jam kematu montot dalam bas, kami sampai ke destinasi terakhir - mendaki gunung Ijen. Cuaca gunung ni sejuk tapi tak sesejuk di Bromo. 

Trek luas pacak tapi santai. Ada beberapa checkpoint di gunung ni. Setiap checkpoint ada toilet, warung² kecil  dan bangku untuk berehat. 

Kami mulakan pendakian pukul 1 pagi. Tapi disebabkan kena tunggu orang belakang untuk re-group, kami tak sempat nak tengok blue fire dalam kawah berapi gunung Ijen ni. 

Kawah ijen ni merupakan kawasan gunung berapi yang mengandungi tasik biru.  ditengah² kawahnya. Kawasan ni mengeluarkan wap sulfur yang sangat banyak macam kabus. Bau sulfer ni pada aku sangat busuk. Nasib baik lah kami diberikan face mask sebelum start memdaki. Kalau setakat bergantung pada buff, memang tak jalan - boleh sakit paru² dan sesak nafas sebab bau sulfur tu.

Layan caption je lah nohh

Masa ni hujan. Sejuk yakmat. Semua pakai pakai poncho. Kat starting point ni kami diberi light packed food dan face mask.

Lepak² tunggu hujan reda

Pendakian bermula

Halfway hujan berhenti dan rasa tak selesa pakai poncho dan baju tebal. Rasanya pakai tshirt je dah memadai bila hiking kat sini. Cuma kena tahan suhu sejuk  masa mula² je lah. Bila dah start hiking rasa sejuk tu manageable

View cantik

Mamoru ❤️

Jaluran headlamp sepanjang lereng² kawah Ijen

Belakang tu tasik biru tengah² kawah ijen.. yang berasap tu sulfur

Me & Mamoru























Okeh tamat cerita Bromo Sewu Ijen.
❤️

 

Monday, August 25, 2025

Trip Bromo Sewu Ijen (Part 2)

Day 3

Kami menuju ke Air Terjun Tumpak Sewu! Perjalanan ke sini ambil masa 6 jam atas bas dari Bromo. Kematu momtot. But no komplen sebab worth it!

Pagi², kami dah dihodangkan dengan view Semeru @ Mahameru. Salah satu gunung berapi di indonesia. MasyaAllah, cantik sangat view kat sini. Mamoru pernai naik ke puncak Mahameru dulu. Aku je yang belum pernah dan setakat ni, belum ada keinginan lagi hihihi. Aku lebih suka layan gunung yang kurang berisiko, yang santai² je. Zaman hiking hardcore dah lama berlalu dalam hidup aku.. kikiki. 

Lepas puas bergambar, kami jalan kaki menuju ke kawasan Air Terjun Tumpak Sewu yang SubahanAllah, tak tahu nak cerita macam mana cantiknya tempat ni. 

Perjalanan ke air terjun ni kena turun tangga besi yang sangat curam dan licin. Ramai ok tourist kat sini sampai jem tangga² ni. Seramm pulak bila tengok tangga² ni macam dah terlebih muatan. Tapi alhamdullilah, perjalanan kami smooth dan selamat.

Jujur cakap, kalau ada peluang, aku nak repeat tempat ni, tapi Mamoru tanak, dia kata better visot tempat lain yang kami tak pernah pergi. Agreed.

Selebihnya, caption di gambar. Cerita banyak pun bukan orang boleh bayangkan hihi

View gunung Semeru @ Mahameru.

Me & Mamoru

Sekalu pandang macam gunung fuji pula.. tapi tak ada salji atas tu

Barisan jeep yanh membawa tourist kat sini. Kat depan kami adalah view sawah bendang dan kebun pokok salak. Lupa pula ambil view bendang 😅

Kami di bahagian atas air terjun. 

Tinggi tau tangga² besi ni.. yang aku share ni dah almost sampai  kaki aor terjun. Masa kat atas tadi tak berani snap gambar sebab ramai orang dan tangga curammmm

Jommm.. air terjun tinggi ada kat celah² canyon tu.. canyon ke?

Cross sungai. 

Cantik kann





Sayup je tgk sungai yang kami cross tadi. Macam kawasan jurassic park pun ada kan












Dats it. 

Pastu kami kena naik bas selama 6 jam lagi untuk ke destinasi seterusnya!!