Wednesday, August 27, 2025

Brono sewu Ijen (Part 3 - Final)

Day 4

Lepas 6 jam kematu montot dalam bas, kami sampai ke destinasi terakhir - mendaki gunung Ijen. Cuaca gunung ni sejuk tapi tak sesejuk di Bromo. 

Trek luas pacak tapi santai. Ada beberapa checkpoint di gunung ni. Setiap checkpoint ada toilet, warung² kecil  dan bangku untuk berehat. 

Kami mulakan pendakian pukul 1 pagi. Tapi disebabkan kena tunggu orang belakang untuk re-group, kami tak sempat nak tengok blue fire dalam kawah berapi gunung Ijen ni. 

Kawah ijen ni merupakan kawasan gunung berapi yang mengandungi tasik biru.  ditengah² kawahnya. Kawasan ni mengeluarkan wap sulfur yang sangat banyak macam kabus. Bau sulfer ni pada aku sangat busuk. Nasib baik lah kami diberikan face mask sebelum start memdaki. Kalau setakat bergantung pada buff, memang tak jalan - boleh sakit paru² dan sesak nafas sebab bau sulfur tu.

Layan caption je lah nohh

Masa ni hujan. Sejuk yakmat. Semua pakai pakai poncho. Kat starting point ni kami diberi light packed food dan face mask.

Lepak² tunggu hujan reda

Pendakian bermula

Halfway hujan berhenti dan rasa tak selesa pakai poncho dan baju tebal. Rasanya pakai tshirt je dah memadai bila hiking kat sini. Cuma kena tahan suhu sejuk  masa mula² je lah. Bila dah start hiking rasa sejuk tu manageable

View cantik

Mamoru ❤️

Jaluran headlamp sepanjang lereng² kawah Ijen

Belakang tu tasik biru tengah² kawah ijen.. yang berasap tu sulfur

Me & Mamoru























Okeh tamat cerita Bromo Sewu Ijen.
❤️

 

No comments: