Saturday, November 29, 2025

Happy 15th birthday Amarr

He's 15th today. 

Semoga Amarr sentiasa sihat, happy, panjang umur, dlimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberi kejayaan di dunia dan akhirat dan dilindungi Allah swt selama-lamanya. Aminn.




We love you, Amar

 

Thursday, November 20, 2025

Day 11 post surgery


Progress²

Semalam dapat jalan 3km atas treadmill dalam masa sejam

Hari ni dapat jalan lebih jauh lagi - 4km dalam masa satu jam.

Alhamdullilah²

Aku ada buat leg & arms strenght training sikit² guna strenght band yang aku beli kat decathlon aritu. Sangat membantu strenght band ni since aku masih belum boleh angkat benda berat (dumbell/kettlebell)

Cuma core excercise je tak boleh buat lagi sebab tanak bagi risiko kat tempat jahitan surgery. Baru masuk hari ke-11 kan. 

Esok nak try jalan 5km atas treadmill. Pastu 6km pula. Slow². Yang penting konsisten. 

Caiyok aD!



 

Tuesday, November 18, 2025

Day 9 post surgery

Gambar sekadar hiasan: Ni gambar masa kat Ancient town Lijiang



Day 9 post Laparoscopic surgery. 

Setakat hari ni, aku takde problem dengan apa² makanan yang aku makan. Tak ada sakit perut, atau sudden urge ke toilet lepas habis makan. Even sakit² lain pun tak ada kecuali kat 4 bahagian incision yang ditebuk masa operation dan very light headache & nausea (last week).

Alhamdullilah³. 

Aku punyalah nervous sebab sebelum operate aritu aku banyak juga lah baca experience orang yang buang hempedu. Mostly share bad experience. So, rasa bersyukur sangat bila apa yang aku alami tak sama dengan diorang.


Semalam, aku start slow walk atas treadmill. Sejam walk untuk 1km 😅😅. Babystep

Pagi tadi increase pace. Dapat 2km untuk 60 minit. Okay lah kan. Esok kita increase pace lagi 💪

 

Saturday, November 15, 2025

Buang Hempedu

4 hari, 5 malam checkin di PHKL.

Akhirnya, 10 Nov 2025, aku serah diri untuk pembedahan buang hempedu.

Ada dua sesi pembedahan yang aku kena hadap:-
1. Laparoscopic cholecystectomy : 4 lubang ditebuk pada bahagian perut untuk buang hempedu.
2. Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography: Minor procedure melalui mulut untuk keluarkan semula stent dan saki baki batu hempedu 

Mind you, dedua operation ni tak boleh dibuat serentak. Meaning to say, 2 kali lah aku suffer atas meja bedah

Cerita kat caption gambar je la nohh.


10 Nov 2025
9 pagi register kat admission kaunter. Request sigle room sebab aku tak suka nak berebut toilet dengan orang lain 😅. Eh bukan sebab tu.. sebab anak² aku ramai.. diorang suka nak berkepit dengan aku sampai tengah² malam. Takut menggangu pesakit lain pula nanti.

Masuk je bilik, nurse datang ambil darah, pastu buat xtray segala bagai. Kejap tu Doc Bius datang kenalkan diri. Tua betul orangnya. Macam atuk² kita. Tapi memang title dia pun "Dato' juga, Dato Das. Sangat fatherly.. eh grandfatherly. Tak lama pastu, Doc Alex & Doc Lim pula datang (seperately). Dr Lim yang akan buay operation pertama hari ni. Dia suruh aku puasa sebab pukul 3 start operation.

Pukul 3 petang nurse datang suruh tukar baju. Dia tolak masuk OT.

Masa dalam OT, aku tak segabra macam bulan lepas. Still nervous tapi lebih manageable. Aku kuatkan hati, fikiran dan banyak berzikir. 

Kelakarnya masa atas meja bedah tu, aku lebih banyak berdoa untuk orang lain dari diri sendiri. Aku doa untuk Mamoru, anak² aku, adik² ipar duai, ibu ayah, arwah ibu, arwah ibu dan ayah mertua, arwah abang ipar, keluarga mertua, anak² buah semuanya. Kata orang, doa orang sakit ni makbul, so aku harap sangat semua doa² aku untuk mereka semua dimakbulkan. Aminn.

Masa Dato Das masukkan ubat bius kat IV line aku menangis sikit sebab sakit. Pastu nurse letak ubat bius melalui face mask. Sempat lah aku kira dalam hati berapa kali aku sedut udara sampai aku tak sedar aku kira sampai nombor berapa 😅

Prosedur amik masa sejam lebih kut. Sebab dalam pukul 4 lebih aku dah dikejutkan semula. Sungguh aku tak ingat apa pun yang jadi. Sempat aku mimpi aku buat keje kat ofis masa tidur tu hihi. 

Pukul 5 lebih aku dah dihantar ke bilik semula. Tak larat nak bangun time ni.. takutt sakit. Makan pun tak berani. Dato Das sempat masuk bilik aku tengok condition aku. Lembut ja percakapan dia, macam atuk² kita. Aku tak pernah merasa kasih seorang atuk, so rasa touching la juga. 

Tengah malam tu aku terjaga, baru aku teringat yang aku puasa dah lebih 24 jam (sebab aku tak makan daripada malam sebelum operation. Masa checkin hospital, nurse suruh puasa start pukul 9 pagi kann.. so memang 24 jam lah aku tak jamah apa². 

Malam tu Mamoru bagi aku makan kurma segar untuk tambah tenaga. Aku makan 3 biji je.. pastu minum air dan zzzzzzzz..


11 Nov 2025

Dr Alex datang tanya if aku ready nak buat second operation. Aku geleng² tamau. Aku request untuk hari berikutnya sebab badan aku sangat lemah. Dan aku kurang makan. Doc Alex cakap ok, jumpa the next day nanti.

Malam kedua di hospital aku kena panoc attack sekejap. Aku rasa bilik ward yang besar tu sangat sempit macam dalam gua. Clausthrophobia camtu. Rasa udara tak cukup, dada sempit. Aku suruh Mamoru tutup TV dan duduk depan aku - focus kat aku - sebab aku tak tahu apa yang aku rasa. Mamoru pun panic tgk aku camtu. Tapi sekejap je lah. Pastu aku cepat² istighfar. Aku fikit positif. Sakit ni sementara. Pastu aku tertidur.

Oh lupa nak jot down, lepas operation aku boleh bangun pergi toilet macam biasa cuma nak bangun dari katil tu kena ada bantuan juga lah seban bahagian abdomen masih sakit.

12 Nov 2025
Pukul 9 pagi dah kena puasa untuk operation ERCP pukul 5 petang.. badan aku pun dah lembik tak dapat solid food yang cukup. IV fluid je lah yang masuk berbotol².

Procedure ERCP pun sama, aku tenang je. Sebab dah boleh expect apa yang akan jadi. Lepas Doc bous masukkan cecair bius dalam mulut dan terlangkupkan badan aku, terus tak i gat dunia dah. Procedure kali ni tak lah sesakit yang 1st dulu. Maybe sebab aku dah lali? Haha ntah lah. Sebelum maghrib procedure selesai dan aku dihantar ke bilik semula.

Masa dalam ward, Doc Alex cakap stent dah berjaya dikeluarkan dan saki baki batu hempedu pun berjaya dikeluarkan semuanya, alhamdullilah³.


13 Nov 2025

Doc Ales bagi clearence untuk balik. Legaa.. walau aku masih jalan macam baby baru nak bertatih. Tapi aku bersyukur masih diberi rezeki untuk menghirup udara dibumi Allah swt ni. Syukur Alhamdullilah

Camni lah rupanya batu hempedu. Beza tau dengan batu karang dalam pundi kencing tu. Lebih 20 biji semuanya dengan saiz 3mm. 

Now, aku hidup tanpa hempedu. 

Apa rasa hidup tanpa hempedu? Macam orang takde Appendix, or takde sebelah buah pinggang, or takde tiroid, or takde sebelah tangan.. sama je. Hidup perlu diteruskan 😁😁

 

Thursday, November 06, 2025

Happy 10th Birthday Aleesya

Selamat hari lahir, Cantik!

Semoga sentiasa ceria, sihat, kuat, berani, pandai dan havoc selalu!

Mummy, daddy, along & angah love you so much, sayang!

xoxo

Tahun ni 4 kali dia celebrate birhday!

Kata Aleesya, tahun ni, tahun first ada dua angka pada umur dia sebelum² ni just satu angka je😅😅.. ye lah dah 10 tahun kan.. hihihi

Celebrate masa kat Kalumpang

Celebrate kat rumah

Happy dia dapat Lego Gabby Dollhpuse 3 tingkat yang dia idam²kan

Kek kecik je seban dalam rumah ni memang tiada penggemar kek lagi dah. Yang dua ketul kek ni pun tak habis ok. 😅


Ni Mama Su celebrate bithday dia dengan the cousins. Tenkiu Mama Su ❤️

Celebrate dalam kelas dia. Tenliuu cikgu ❤️

Birthday girl

Makin besar, makin bergaya

Dannnn kadang² ikut perangai gila² mummy dia ni