Selepas hampir 4 tahun Mamoru beli motor. Sampai 2 kali lah dia tukar motor, baru semalam aku beranikan diri naik motor dia. Dan semalam juga, first time aku rasmikan couple helmet yang dah bertahun² dia belikan untuk aku.. hihi
Ini bukan kali pertama aku naik motor dengan Mamoru. Sebelum kahwin dulu pernah sekali dua naik motor dengan dia, tapi motor biasa. Bukan motor kuasa besar macam ni. Memang tak terasa bila Mamoru bawa laju guna motor ni. Lagi laju dari kereta. Now I know why la orang bawak motor besar ni suka merempit.
Semalam pergi ride tak pakai protection suit macam orang pakai kat litar lumba. Mamoru tak belikan sebab selama ni memang aku tak tunjuk minat langsung nak naik motor. So semalam memng dis berhati² bawa aku. Jalan lurus je dia bawak laju. Tapi insyaAllah pasni dia belikan. Sebab aku macam dah tersuka pulak jadi minah rempit ni kan.
First ride semalam, Mamoru bawak pegi Kuala Selangor. Makan seafood kat tepi laut.
Masa atas motor, aku asik tertolak kedepan je sampai seat belakang aku boleh muat sorang lagi duduk. Masa Mamoru bawak laju² dia sempat tarik tangan aku suruh peluk dia kuat².. takut aku terbang agaknya. Tapi memang ya pun. Angin kuat sangat. Aku berlindung belakang Mamoru je. Angin tolak masa berdiri pun aku dah goyang, ini pulak angin atas motor. Berat aku yang 40kg ni tak membantu langsung 😅
Muka excited nak pegi ride.
Layan sup isi ketam fresh kat Restoran Jeram, Kuala Selangor

Pasni dah boleh ride ke Siam? InsyaAllah.. hihi





No comments:
Post a Comment