Showing posts with label Pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman bersalin. Show all posts

Saturday, November 07, 2015

Selamat melahirkan

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Allah swt.

Baby girl dah selamat dilahirkan via c-sec.

Satu pengalaman yang sangat berbeza dengan kelahiran Ariff & Amarr dulu dan takkan dapat dilupakan.

Honesty, lahirkan anak via c-sec agak mencabar emosi dan fizikal compared dengan lahir secara normal.

Coz, of course, kalau normal, semua yang jadi tak dijangka. Kita tataw bila akan bersalin. So takde lah nak gerun sangat.

C-sec pulak, kita dah tau awal tarikh melahirkan. Macam, kalau kita tau bila kita akan mati, sure nervous tak ingat dunia kan. Camtu la lebih kurang.

Bermula azab dengan insertion saluran urine yang salah. Menyebabkan leakage, luka dan terpaksa dibuka semula. Sakit ok. Dah la masa insert takda pakai bius. Then IV drip size yang agak besar dan sedikit menyakitkan.

Haih. Honestly, aku respect mak-mak yang kena czer. Korang memang hebat. Aku dulu masa nomal delivery, mana ada cucuk2 jarum ni semua. Ops, kecuali painkiller pentidine. Itupun inject jarum kecik ja kat bontot.

Pastu part berdebar masuk bilik bersalin. Aku punya gigil sampai katil dalam bilik OT bergegar. Serious. Dah la Mamoru tak boleh teman macam masa deliver normal dulu. Terpaksa tenangkan diri sendiri okay. Kesian kan kat mak-mak yang czer nih. They're on their own masa ni without support from loved one dalam bilik yang menakutkan tu.

Masa inject bius kat tulang belakang (bukan epidural), aku siap peluk kekuat Dr Norlida & sorang nurse yang berdiri kat depan aku. Kuat lak tu aku peluk. Siap nangis2 atas bahu nurse sebab terlalu takut & sejuk ( betul la Aisha, bilik tu sejuk yang hamattts)

Ada 4 orang yang stay dalam OT. Dr Norlida, 2 orang nurse & seorang pakar bius lelaki. Yes, lelaki. I is terkejut sebab yang aku tau pakar bius kat Al Islam, Doktor perempuan.

Tapi berperasangka baik. Maybe Doktor bius perempuan ada masalah tak dapat attend surgery pagi tu.

Tapi malu juga. Tho Doktor tu muda & handsome (kes Doktor kat Hot.fm huhu), still aku sangat tak selesa bila terpaksa half naked depan lelaki.

Luckily pakar bius tu just duduk kat bahagian kepala aku. Dia terpaksa tekan tangan aku (bahagian IV drip) sebab terlalu menggeletar. Dia lah yang duk explain dan tenangkan aku sepanjang setengah jam operation. Which I felt so weird coz patutnya, husband la yang patut duduk situ tenangkan aku.

Apa pun, terima kasih sangat2 kepada team operation ni. Dari proses bius sampai selesai dan selamat semuanya, aku tak rasa sakit atau terasa badan bergoyang di-operate. Tak rasa apa2 langsung walaupun half body ja di-bius. Sangat professional.

Dan sampai saat aku tulis entry ni (which is more than 15 hours later) pun aku still tak rasa sakit. Tapi kaki & badan dah boleh gerak. Cuma nurse tak bagi berjalan lagi. Tunggu pagi esok katanya.

We'll see esok. Kata orang, esok baru start rasa sakit. Kalau ikut pembacaan, amik masa 6 bulan untuk luka czer recover. Dan aku kena tunggu 1 tahun untuk start marathon or hiking semula. Lama gila.

Again, respect kat mak-mak czer nih. Lama gila kena menahan sakit compare dengan bersalin normal.

Gambar baby? Takda.

Condition badan aku tak meyakinkan doktor untuk aku pegang or breastfeed baby.

Aku dapat tengok baby pun masa operate tu je lah. Pastu dengar update dari Mamoru & adik2 yang datang melawat.

Sedih kan. Sekali lagi kesian kat mak2 czer yang tak dapat jumpa dan breastfeed baby right after delivery.

Apa pun, aku bersyukur semuanya selamat hari ni. Terima kasih atas doa2 korang. Tak terbalas semuanya. Aku doakan korang sentiasa dirahmatiNya.

Thursday, May 26, 2011

Pengalaman bersalinkan Amarr

Agak bizi sekarang ni. Bizi dengan keje, bizi dengan client Makeupfreak. Tapi bizi-bizi pun, life enjoy jugak.. hihi. Hidup ni kena balancekan keje dengan leisure. Baru otak tak stress.

Baru aku perasan, aku belum publish lagi entry pengalaman bersalinkan anak kedua aku, Amarr. Well, here goes..

Untuk entry pengalaman bersalinkan anak pertama aku, Ariff, klik sini ok.


********************************


Jumaat, 26 November 2010

Pagi nih, seperti dijadualkan, aku ada appointment dengan gynae. Mamoru hantar aku ke Al-Islam Specialist Hospital (hospital favourite aku). Sepatutnya pagi tu Mamoru masih oustation di Ipoh, tapi nasib baik dia bertolak balik dari Ipoh sebab ada urgent meeting kat KL pagi tu. So, sempat lah dia berada disisi aku masa kelahiran Amarr. Terima kasih ya Tuhan sebab hantarkan Mamoru pada aku pagi itu. Perancangan-Mu sungguh teliti ya Allah.

Aku sampai Al-Islam pukul 9.00 pagi. Jumpa Dr Rusilawati. Dia ada kes kat labour room pagi tu. Ada orang nak bersalin. Sementara tunggu dia, aku buat rutin check-up macam biasa, eg, timbang berat, ambil sample urine. Oh, berat terakhir aku masa pregnant nih, 47 kg!

Bila Dr Rusila sampai, dia check bukaan. Terkejut Dr Rusila bila bukaan pintu rahim aku dah mencecah 4 cm. Aku lagi laaaa terkejut. Takde contraction, takde rasa sakit pun. Biar betul. Menggigil jugak la kepala lutut bila Dr Rusila suruh masuk ward pagi tu juga. Aku minta tunggu sampai habis solat Jumaat. Nak tunggu Mamoru datang. Dr cakap ok. Cuma dia advise kan aku supaya jangan balik ke rumah. Takut terberanak tepi jalan.

Sementara tunggu waktu tengahari, aku keluar dari Al-Islam. Aku tatau nak pegi mana sebenarnya. Panik woo. Hairan pun ada. Panik sebab nak kena admitted dan kena lahirkan baby hari tu (oh, sungguh aku tak ready - mentally). Hairan sebab aku still tak rasa sakit. Dalam pada mengong-mengong tu, aku decide pegi lepak kat restoran dekat area hospital ni. Aku order air kelapa sebijik dengan makan nasik campur. Tekak tak lalu dah sebenarnya. Tapi, demi mendapatkan tenaga yang cukup untuk push baby keluar, aku telankan juga. Sambil makan, sambil usap perut. Baby tak sabar jumpa mummy ya?

Lepas makan, aku patah balik ke hospital. Sempat juga aku menyinggah kedai beli sepeket kurma. Yer, makan bebanyak. Biar banyak energy.

Masa nak check-in masuk ward, nurse kat situ sempat berlawak dengan aku. Dia ingat aku dah lari balik sebab lama gila dia duk tunggu aku. Mana taknya, dari pukul 10 pagi aku pergi makan sampai pukul 12 tengahari baru aku check-in.. huhu.

Kat ward, aku disuruh tukar baju. Makanan pun dah siap tersedia atas katil. Nurse suruh makan (makan lagi?), pastu nak masuk ubat kat montot dan masukkan air kat tangan. Lepas Zohor, dia nak bawa aku masuk labour room - pecahkan air ketuban.

Sekejap tu Mamoru sampai. Senyum je dia tengok aku. Nak dapat baby baru.. mauu dia tak senyumm. Aku je yang agak gabra sampai bergenang air mata bila Mamoru tinggalkan aku sekejap untuk solat Jumaat kat Masjid Kg. Baru (bebetul sebelah hospital ni).. emo sungguh.

Deja Vu tau. Tahun sebelumnya (2009), waktu yang sama, aku berada kat tempat yang sama, bilik yang sama, situasi yang sama :)

Pukul 2.00 petang, Mamoru dah habis solat. Duduk berborak dengan dia kat atas katil. Sekejap tu, adik lelaki no.2 dan SIL Ida sampai.

2.15 petang, aku rasa perus aku mengeras (contraction) pastu tetiba terasa macam rasa bunyi 'pop' kat bahagian 'bawah'. Tak sakit pun. Tapi sekejap tu habis dress & katil hospital yang aku duduk jadi basah. Aku siap suruh Mamoru tengok air apa yang keluar tu.. haha. Macam tu rupanya rasa pecah ketuban. Aku baru tau sebab masa lahirkan Ariff dulu, Doktor yang pecahkan.

Mamoru panggil midwives. Dan, dan tu jugak derang bawa aku masuk labour room. Dalam kepala sempat lagi fikir, "nasib baik aku amik cuti arinih. Kalau aku masuk opis jugak, mau panik orang kat department aku nak sorong aku turun dari Menara Maybank.. hihi. Boleh jadi berita hangat."

2.30 petang. Mamoru teman aku dalam labour room. Kami berdua je dalam bilik tu. Aku still tak rasa sakit sangat. Masih boleh rilek sambil borak-borak dengan Mamoru. Borak pasal nak suruh Mamoru packing barang apa bawa ke hospital. Maklum lah, aku pergi spital selai sepinggang je. Due date aku ada lagi 2 minggu! So, tak jangka seawal ni.. Punah harapan nak amik MC lelama sebelum bersalin hihihi (tu la kalau niat tak baik, memang takkan menjadi)

Kat bilik sebelah, ada sorang mummy tengah teran baby. Dengar jugak lah Doktor suruh dia push. Aku boleh tergelak bila fikir pasnih turn aku pulak. Tak sampai setengah jam, aku dengar mummy tu dah lahirkan baby.. comelnya dengar bunyi baby menangis untuk pertama kali :)

Kak Wan, midwive yang sambut kelahiran Ariff dulu masuk dalam bilik aku. Hepinyaaa jumpa kak Wan. Aku siap suruh dia temankan aku untuk kelahiran yang nih juga. Kak Wan pun nampak hepi jumpa aku. Nak salam dia tapi tak boleh sebab tangan kak Wan pakai glove. Ada kesan darah. "Takpe, kejap lagi akak layan awak pulak ek" kata dia.

3.30 petang. Contraction makin kuat. Sakit dia Tuhan je yang tahu. Tak perlu lah nak elaborate kat sini. Doktor nak bagi ubat tahan sakit. Tapi banyak kali aku refused. Aku nak rasa sakit bersalin nih sendiri. Aku kontrol breathing.. cuba tenangkan diri setiap kali contraction datang.

4.30 petang. Bukaan 7cm. Sakit dia dah tak tertahan. Doktor tanya lagi sama ada aku nak kurangkan sakit dengan bantuan ubat. Oh, kenapalah Doktor mention pasal ubat tahan sakit taim macam ni. Dalam keadaan aku tak boleh berfikir dengan straight, aku terpaksa mengalah. Aku minta Kak Wan bagi injection pentidine. Tak boleh guna epidural. Kalau boleh pun, aku tak sure aku nak pilih epidural atau tak. Sebab aku lebih rela berdepan dengan sakit bersalin dari berdepan dengan jarum epidural.. oh tidak!

Kalau ikut pengalaman lahirkan Ariff dulu, ubat pentidine nih amik masa lama baru nak berkesan. Untuk setengah jam pertama, rasa sakit tetap tak berkurang.

4.55 petang. Tak tahu berapa kali aku push. Dan akhirnya, alhamdullilah. Amarr selamat dilahirkan. Banyak kali aku ucap syukur. Kali nih, aku dapat sentuh baby aku bila Doktor letakkan baby atas dada sambil gunting tali pusat dia. Taim Ariff dulu aku tak sempat nak sentuh baby sebab Ariff tak menangis. Derang dah bergegas bawa Ariff ke bilik lain.

Rasa menyesal pula ambil pentidine. Kalau aku tahu tak sampai setengah jam je lagi aku akan lahirkan Amarr, sure aku sanggup tahan. Ubat pentidine yang aku ambik tu ntah-ntah tak sempat nak bertindak. Buang duit je ambik.

Bila midwife bawa Amarr kebilik lain untuk dimandikan, Mamoru keluar ikut sama - nak azankan baby. Dalam bilik bersalin, just tinggal aku, Kak Wan dan Dr Rusila. Borak-borak sambil Dr Rusila keluarkan uri yang tersekat. Memang terasa jugak lah uri tu bergerak-gerak ditarik keluar. Lepas uri dah dibasuh dan semua settle, aku minta Kak Wan biarkan aku berehat atas katil bersalin. Kak Wan cakap, nanti dia bawa minuman petang ke dalam labour room tu. Dan Kak Wan juga tolong suapkan makanan untuk aku tau.

Oh Kak Wan.. baiknya dia. Kalau lah arwah ibu masih ada sure dia akan layan aku sebaik Kak Wan. Rasa hilang dah malu ni dengan kak Wan bila untuk kelahiran kali kedua nih, dia juga yang tolong aku tukar maternity pad.. hihi.

Sayang Al-Islam Specialist Hospital!

Duduk sengsorang dalam bilik bersalin tu buat aku rasa sama je macam aku lahirkan Ariff dulu. Bilik yang sama, situasi yang sama, orang-orang yang sama! Hihi.. syukur Alhamdullilah. semuanya dipermudahkan. In total, 2 jam setengah je aku sakit bersalin. Syukur ya Allah.

Sekejap tu Mamoru datang. Kamera tak lepas dari tangan dia. Mamoru kiss aku banyak kali.

"Terima kasih, sayang. Sebab bagi b baby lagi. Baby kita comellll sangatt"


Terima kasih juga buat Mamoru kena menjadi suami, sahabat, dan imam untuk aku dan anak-anak.

Dan hari yang sama juga, aku dapat tahu adik no.6 juga dah selamat lahirkan baby dia. Beza sejam je dengan masa kelahiran anak aku. Tergelak aku tau, kakak dan adik lahirkan baby pada hari dan masa yang sama :)

Tuesday, August 25, 2009

Pengalaman bersalin

Haha.. Ariff dah masuk 2 bulan 3 minggu baru aku nak upload cerita nih. Layan kan je lah nahh. Penting nih bagi aku :)


5 June 2009 (Jumaat)


Pagi nih aku perasan ada darah bercampur lendir kat panties. Tapi sikit sangat darahnya. Malas nak call Mamoru. Takut false alarm lagi. Lagipun baru semalam aku pegi checkup untuk minggu ke 39. Aku bajet darah tu keluar sebab Dr. Rusila check bukaan pangkal rahim, semalam.

Petang, masa tengah rilek tengok tv, aku rasa ada cecair mengalir keluar lagi. Kali nih sampai basah panties aku. Aku check - keluar darah bercampur cecair lagi. Kali nih aku confirm - nih lah dinamakan "show". Badan aku menggeletar dalam masa yang sama aku excited.

Kami sampai Al-Islam dalam pukul 5 petang. Sempat aku ajak Mamoru makan kat restoran sebelah hospital (saja nak tambah tenaga in case kalau aku bersalin sekejap lagi). Pukul 6 petang baru aku masuk Al-Islam. Dr Rusila dah balik, so tinggal doktor lelaki je kat hospital tu. Berubah terus air muka aku bila nampak doktor lelaki tu. Sory beb, there's no way aku nak biarkan doktor tu check aku!

Nasib baik doktor tu faham reaksi aku yang kurang selesa taim tu. Dia just tanya few soalan dan suruh nurse kat situ bawa aku masuk ward. Mamoru dapatkan bilik khas untuk aku sorang - lengkap dengan satu bilik air. Senang untuk dia bermalam temankan aku sama. Takde lah aku takut sangat.

Malam tu aku makan sepuasnya sambil surf internet. Berbiji-biji buah kurma aku telan. Mamoru siap buatkan air selusuh suruh aku minum. Taim tu memang tak sakit lagi.


6 June 2009 (Sabtu)

Dalam pukul 4 pagi aku start rasa tak selesa. Tapi still ok lagi. Masih boleh lena sambil peluk-peluk Mamoru yang tidur sekatil dengan aku.. hihi. Tepat pukul 6.00 pagi, nurse ketuk pintu bilik. Dia bawa breakfast. Kata dia, aku kena sarapan lebih awal sebab tepat pukul 7.00 pagi dia nak bawa aku pegi delivery room - pecahkan air ketuban.

Gerun, tapi aku maintain cool. Banyak kali aku ingatkan kat diri sendiri yang badan wanita nih memang di-design oleh Tuhan untuk produce baby. Jadi, tak kira macam mana sukar pun perjuangan untuk melahirkan baby nih, badan aku mampu untuk melakukannya, insyaAllah.

Aku cecepat bersihkan badan, amik wudhuk pastu pergi surau kat sebelah delivery room. Mata aku sempat tengok katil dalam bilik tu. Semua kelengkapan nampak dah siap - tunggu aku masuk je. Lama aku spend masa dalam surau. Habis solat subuh, aku buat solat sunat taubat & solat hajat. Aku minta supaya proses kelahiran anak aku nih dipermudah dan dipercepatkan oleh-Nya.

Lepas solat, aku jamah sekeping roti & beberapa biji kurma lagi. Ikutkan tekak nih memang tak lalu nak telan apa pun. Tapi, being rational, aku telan kan juga.

Pukul 7.15 pagi, aku dah siap terbaling atas katil dalam bilik bersalin. Dua orang midwife attend aku. Masa salah seorang dari akak tu nak pecahkan air ketuban, badan aku menggeletar. Sekejap tu, aku terasa air panas mengalir keluar kat 'bawah' - banyakkk ok. Terkejut tau sebab aku tak terasa sakit pun masa proses nak pecahkan tu. Lagi satu, aku ingat bila air ketuban dipecahkan, perut aku akan kempis sikit. Tapi nan-ado ok. Perut tetap besar gitu jugak.

Kata akak tu, bukaan pintu rahim aku taim nih dah 4 cm. Bila dengar bukaan dah sebesar tu, aku rasa lega sangat. Aku dapat rasakan yang proses kelahiran nih takkan amik masa yang lama, insyaAllah.

Beberapa minit lepas air ketuban dipecahkan, aku start rasa sakit yang sebenar. Tak tau nak describe macam mana rasa sakit tu. Serious sakit. Esp kat perut & belakang. Aku rasa nak turun & berjalan keliling bilik, tapi nurse tak bagi. So, aku duduk kat atas katil sambil Mamoru urut belakang aku. Kesian Mamoru, aku paksa dia urut aku tanpa henti seminit pun. Bayangkan lah berapa jam tangan dia duk urut aku - sure penat.

8.30 pagi, sorang nurse datang. Dia nak inject aku dengan pentidine (camtu kut eja dia). Aku ada baca tentang suntikan nih. Pentidine nih untuk tahan sakit (dengan buat aku mengantuk). Ubat nih jugak akan bagi effect terhadap baby dalam perut. Baby yang lahir nanti kena disuntik dengan ubat yang meneutralkan kesan drug tadi.

Aru refused untuk terima injection tu mulanya. Dengan berani aku cakap kat nurse tu yang aku nak rasa sakit bersalin nih tanpa bantuan apa-apa drug. Tapiiiiii.... aku terpaksa terima juga akhirnya bila Dr Rusila cakap dia nak proses kelahiran baby aku dipercepatkan sebab warna air ketuban aku sedikit hijau - means, baby aku dah berak dalam perut dan baby akan berhadapan dengan risiko untuk lemas kalau dia termakan najis dia sendiri.

Tapi injection tu tak bawa makna apa-apa sebab aku tak rasa mengantuk langsung. Sakit tetap sakit ok.

10.00 pagi. Dr Rusila check bukaan. Dah 7 cm. Aku semakin bersemangat. Dalam hati tak putus berdoa supaya semuanya dipercepatkan.

Seriously, the pain was very intense and excruciating ok! (note buat bakal ibu kat luar sana, sila jangan takut, anggap je lah aku saje nak exaggerate - just bear in mind that our body are uniquely designed for this!)

12.00 tengahari - its time! Bukaan dah 10cm! Dr Rusila dah siap berpakaian macam orang nak pergi bertukang. Siap pakai boot 'phua chu kang'! Kelakar tapi aku takde masa nak gelak.

Proses meneran pada aku adalah saat yang paling memenatkan. Nak putus nafas rasanya bila kena tahan nafas untuk 20 - 30 saat. Lebih memenatkan bila setiap percubaan aku gagal - sangat frustating ok. Lebih kurang sejam aku meneran. Hampir putus asa jugak lah. Tapi bila dengar suara Mamoru yang tak putus-putus bisikkan doa, aku jadi bersemangat balik. Bilik delivery tu aku rasa macam bilik sembahyang pulak bila bacaan doa & zikir dari Mamoru, Dr Rusila & kak Wan (midwife) jadi sama kuat dengan suara aku. Serious. Tenang sangat fikiran aku taim tu (satu kelebihan bersalin di pusat rawatan Islam)

1.30 petang, Aku dengar bunyi azan dari masjid Kg. Baru. Dr Rusila dah mula nampak risau. Dia sebolehnya nak aku bersalin normal. Dia tak suka guna option lain (forceps atau vacuum). Tapi bila fikirkan keselamatan baby, dia terpaksa decide untuk vacuum.

Sedih tau taim tu, aku rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu untuk push baby keluar. Dalam kepala asyik fikir, 'kenapa?', 'kenapa?'!!

Masa Dr Rusila nak masukkan vacuum tu, dia terpaksa gunting sikit kat bahagian bawah tu. Dan serious sakit ok! Aku hampir menjerit cakap 'sakittt' (tapi still tak boleh challenge sakit contraction) Even pakai vacuum pun, aku still kena teran untuk push baby keluar. Aku tarik nafas dendalam, tunggu contraction seterusnya dan aku teran dengan sepenuh hati!

1.48 petang, syukur alhamdullilah, akhirnya!! Aku dapat rasakan kepala baby keluar. Dr Rusila suruh aku stop pushing sebab dia nak gunting tali pusat yang melilit leher baby. 3 kali lilitan ok. No wonder lah aku push tak keluar. Bila dah siap gunting semua, aku push untuk kali terakhir (ekceli, tak perlu push pun sebab Dr Rusila boleh tarik baby keluar).

Masa baby keluar tu aku rasa bestttt gila. Rasa lembut je badan baby keluar dari perut aku. Rasa selesa sangat. Dr Rusila letak baby atas badan aku sambil gunting tali pusat dia. Kali pertama aku tengok baby aku sendiri.. ya Tuhan, indahnya perasaan ni. Betul lah cakap orang, hilang terus rasa sakit bila tatap wajah comel tu. Bersih je badan baby, macam baru lepas mandi. Cuma tangan & kaki dia agak kebiruan. Maybe sebab lama sangat duduk kat dalam.

"Baby kita.. baby kita.. alhamdullilah" ayat pertama yang keluar dari mulut aku sambil pandang Mamoru
"Baby kita." kata Mamoru. Aku perasan suara Mamoru sebak. Mata dia bergenang.

Sekejap je aku dapat tatap muka baby. Tak sempat nak sentuh, Dr Rusila dengan sorang nurse terus bawak baby pergi bilik sebelah. Baby tak bersuara. Aku nak bangun ikut sama tapi badan aku rasa berat. Aku suruh Mamoru pergi tengok. Aku hanya mampu baring tengok perut aku yang dah kempis. Subhanallah, kagum aku dengan proses kejadian manusia ni.

Masa semua kalut check baby, sorang lagi midwife (kak Wan), bersihkan aku. Aku tau, aku ada satu stage lagi yang belum habis - uri masih belum dikeluarkan. Bila kak Wan tarik tali pusat yang bersambung dengan uri, aku push sikit untuk mudahkan uri keluar. Alhamdullilah, senang je uri tu keluar. Aku tengok je kak Wan letak uri tu dalam bekas khas. Kak Wan siap cuci & bungkus uri tu elok-elok untuk aku bawa balik dan tanam. Baik kan?

Dalam masa yang sama, aku dapat dengar suara baby menangis kat bilik sebelah. Aku focus telinga aku untuk dengar suara tu. Aku tau tu mesti baby aku. Buat pertama kali aku rasa merdu sangat suara tu.. tiba-tiba je datang rasa rindu..

Dr Rusila masuk semula dalam delivery room. Dia cakap baby aku sihat. Senyum je aku. Aku dah tak fikir apa dah. Even masa Dr Rusila jahit kat bahagian bawah pun aku tak amik port. Aku hepiiiiii...

Lepas selesai jahitan, Dr Rusila salam & ucap tahniah sekali lagi kat aku. Pastu dia pergi sambung keje.

Kak Wan tanya aku sama ada aku nak balik ke bilik aku atau duduk kat delivery room tu dulu. Aku pilih untuk stay dalam delivery room. Masa ni baru aku rasa badan aku penat sesangat. Kak Wan bawak masuk tray berisi secawan milo panas dengan roti & jem. Aku makan sikit je, pastu terus tidur.

Sekejap tu, Mamoru datang semula kat aku dengan muka berseri-seri. Aku tau sure dia hepi dapat tengok baby. Kata Mamoru, baby kami comellll sangatttt. Mamoru cakap, ramai family kami tengah tunggu kat dalam bilik. Tapi aku tak larat nak bergerak. Aku suruh Mamoru layan derang. Aku serious tak larat . Kesian aku tengok Mamoru masa tu. Dia nak temankan aku. Tapi dalam masa yang sama, dia kena layan tetamu, jawab call yang bertubi-tubi & kena uruskan hal berkaitan dengan baby.

Dua jam aku tidur dalam bilik bersalin tu. Mengantuk gila. Aku rasa maybe ubat pentidine tu baru nak berkesan kut.. haha. Bila aku bangun, kak Wan bawakan wheel chair, sorong aku masuk bilik. Kat dalam bilik, nenek dengan Tia dah siap tunggu. Nenek peluk aku - menangis. Aku tak faham kenapa. Mungkin nenek hepi kut. Aku pun hampir menangis juga. Sedih sebab aku tak ada mak (apatah lagi mak mertua) yang dapat temankan aku saat-saat macam ni. Tapi takpe, aku bersyukur sebab aku ada suami yang sangatttt penyayang dan even sanggup uruskan kebersihan diri aku.

Kat dalam bilik, aku minta kak Wan bawa masuk baby. Seronok sangattt. Rasa macam tak percaya aku dah ada baby sendiri. Lebih seronok bila aku dapat susukan baby dari hari pertama dia lahir!! Memula tu aku was-was juga, memacam mender aku duk fikir; betul ke ada susu nih? cukup ke baby minum? Tapi bila baby diam je lepas menyusu, aku jadi bertambah yakin! Rasa macam miracle sangat sebab sebelum tu ramai yang duk cakap susu badan hanya ada lepas seminggu baby lahir la.. tapi alhamdullilah, aku berjaya susukan Ariff. Aku berjaya bagi Ariff khasiat kolostrum terawal yang paling penting untuk imunisasi & antibodi dia!

Malam tu sekali lagi Mamoru teman kan aku kat hospital. Kami memain dengan baby sepanjang masa. Seronok sangat duduk bertiga dalam bilik tu. Sorang pun tak kacau. Esoknya lepas paed confirmkan baby sihat, kami terus check out. Aku siap emo-emo nih nak tinggalkan hospital, boleh?? Siap peluk-peluk kak Wan lagik.

Dan lepas tu, bermulalah perjalanan indah aku sebagai seorang mummy :)

Kalau rajin nanti aku buat entry tentang pengalaman berpantang pulak ek. Oh, kalau nak baca tentang detik-detik kelahiran baby Ariff versi Mamoru, sila klik sini