Friday, September 26, 2008

Tukar duit raya

Terlambat gi bank tukau duit raya. Padan muka aku, duit sepuluh inggit dah abis. Terpaksa lah amik duit lima inggit bebanyak. Tapi, bagus jugak.. hehehehe


Ntah naper tahun nih aku tak banyak dapat sampul raya.. tskkk takkan nak bagi gitu je.. Siapa ada sampul lebih?

Salam Aidilfitri

Kepada semua pembaca blog nih, aD & Mamoru nak ucap terima kasih bebanyak sebab secara langsung atau tak, kehadiran korang di sini turut menceriakan lagi hari-hari yg kami lalui.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Kalau ada tersilap laku / kata, aD & Fazi dgn seikhlas & setulus hati ingin memohon ampun & maaf dari korang semua. Semoga Syawal kali nih membawa sinar kebahagian yg berkekalan buat kita semua.


Pada yang balik kampung tu, semoga selamat pergi & balik. Pada yang takde kampung pulak, jemputlah datang ke kampung kami.. hehehe

p/s: Jangan risau, aku tetap updet blog taim kat kampung... banyakkk nak cerita nih. Tunggguuuuu

Second last delivery

Nih gambar malam tadi. Seronok pulak menghantar kuih taim raya dah dekat nih. Terasa kemeriahannya..

Dengan Fifie dannn.. ya rasul. Cemana lah aku boleh lupa nak tanya nama kawan Fifie nih. Apa pun, seronok jumpa dgn 'adik-adik' aku nih. Ceria & comel-comel belaka. Raya nanti datang lah ke umah ek Fifi. Kuala Selangor tuu dekat je :)


Nih pulak masa dgn Zam. Jauh dia datang semata nak collect kuih raya. Dari Putrajaya tuu. Zam nih, kawan sepergunungan jugak.
Beruntung betul derang nih tau - antara orang terawal yg tengok 'rambut raya' aku.. hehehe

Thursday, September 25, 2008

Curi masa sekejap

Hari nih 25 Ramadhan 1429 Hijrah.

5 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedihnya. Tapi dalam masa yang sama, 5 hari lagi kita akan berhari raya *hepi balik.. hehehe

Hari nih nak balik awal. Nak spend masa kat salun - buat hairdo.. hehehe. Nantikan kemunculan aku dgn rambut raya baru! *semangat nihh.

p/s: Hari nih, last day untuk delivery kuih. Esok aku akan start verchuttiiey. Sila jeles.

p/p/s: Entry untuk esok sehingga lah taim raya nanti semuanya akan di-auto-published. Jangan risauu.. blog nih akan sentiasa berupdate :)

p/p/p/s (oiii berapa banyak 'p' daaaa): Mintak mahap la kengkawan nah kekalau aku terlambat balas email / komen korang. Kengkadang bila aku dah baca (email/komen) dalam keadaan kalut, pastu gi buat keje lain, terus lupa nak reply. Nak kena cek dua tiga kali baru perasan. Akak bizi yang hamattt dik nonn. Jangan salahkan akak tauu. Pi salahkan boss akak yg sokmo perah tenaga suh buat keje & lecture akak yg bagi assignment melambakkkk tetaim nak raya nih :(

Despatch kuih raya II

Sesi menghantar kuih laya lagi..


Nih dengan Niza. Bakal pengantin ok. Sweet orangnya. Niza beli kuih nih bukan untuk raya. Tapi untuk pilih kuih mana yg sesuai untuk majlis perkahwinan dia :)


Nih pulak dgn kawan lama yg baru first time jumpa (boleh gitu? hehe) - cik Eid & cik Adi

Ada satu delivery aku luma nak ngamik gambar. Kawan lama juga - cik Sue. Nak cepat sampai lupa semuanya. Sue ada call semalam. Nak order kuih lagi untuk kawan dia.. (Sue, kuih yg kawan tu nak ada semuanya kecuali bijan- ok ke?)

Apa pun terima kasih yer kengkawan. Korang memang best!

Wednesday, September 24, 2008

Resepi bergedel simple

Bergedel paling best yang aku penah makan adalah bergedel yg adik pompuan no.4 buat. Dia memang experttttt. Tapi, sejak dia kahwin & berpindah ke Kelantan.. takde orang yang nak buatkan bergedel untuk aku *tsskkk (nak buat sendiri malasss)

Tapi since tekak dah tak boleh tahan lagik, terpaksa lah buat sendiri juga. (note: resepi nih aku reka ikut selera aku) Ok, bersedia dgn pen & kertas? Lets salin resepi bergedil paling simple & senang dari aku.

Bebahan yang kita perlukan:

Kentang - direbus dan di lumatkan dgn garfu (6 biji - saiz kecil)
Daging /ayam - bersihkan dulu pastu cincang lumat (ikut suka nak guna byk mana - kalau malas sangat, beli je yang dah siap kisar - tapi untuk kesedapan maksima, better lah dicincang - baru terasa daging / ayam nya)
Telur ayam - dipukul dalam mangkuk (2 biji)
Tepung goreng ayam KFC (kat kedai ada jual) - murah je
Bread crumb (atau serbuk roti - nih sebagai alternatif kalau tanak guna tepung goreng ayam)
Garam secukup rasa


Lepas semua bebahan siap, campurkan kentang yg dah dilenyek dgn daging / ayam yg dah dikisar tadi. Make sure sama banyak lah.. uli sampai boleh jadi doh. Jangan lupa campur garam secukup rasa.


Pastu, kepal-kepalkan doh menjadi bulat & sedikit leper. Saiz, ikut suka nak buat besar mana. Aku buat cecomel je. Jenis sekali telan je - senanggg nak makan. Oh, sila jangan tanya kenapa ada bentuk bergedel yang agak pelik dalam gambar diatas. Itu my superhero punya keje. Dia tengah rajin nak menolong tu - layan kan je..

Lepas semua adunan tadi siap dibentuk (dikepal ler), panaskan kuali. Celupkan bergedel dalam telur dan golekkan atas tepung goreng kfc (atau bread crumb) dann goreng. Balik-balikkan sampai warnanya bertukar menjadi coklat keemasan (golden brown). Angkat & hidangkan.


Taddaaa... ini lah rupanya bergedel aku. Comel takk? Ada dua version bergedel dalam pinggan nih. Sebelah kanan tu aku guna tepung ayam goreng kfc; sebelah kiri pulak aku guna bread crumb. Sedapp sangat kalau dimakan cicah sos & mayonis. Nak makan dgn sup soto pun boleh sajor.

Ekceli ada banyakkkk version untuk buat bergedel. Ada yg suggest campur lada sulah, black pepper, daun sup & segala rempah ratus lagik. Bagi aku, terpulang lah pada citarasa tekak memasing. Aku lebih suka yg simple & tak memeningkan. Janji sodappp :)

Lagi-lagi lauk pauk

Galak sungguh aku letak gambar makanan dalam bulan puasa nih kan? Hik. Layan je lah.. Mood memasak tengah meluap-luap katakan..


Nih lauk berbuka malam tadi. Ayam masak merah, gulai rebung campur daging;


Tofu telur goreng dgn sos tiram & bergedel ayam

Tu je update pembukaan untuk pagi nih (cewah, ada entry pembukaan lagik.. hehe)

Tuesday, September 23, 2008

Despatch kuih raya

Hari nih 23 Ramadhan 1429 Hijrah.

Wahh.. tinggal 7 hari je lagi kita nak menyambut hari raya. Seminggu je lagi ok! Oh.. nervesnya. Haha.. nerves kenapa tataw. Maybe first time nak beraya dgn Mamoru kut. Hik.

Nih xtvt malam tadi. Menghantar kuih raya. Sekali 5 orang punya order aku hantar dalam satu malam sahaja! Yerr sangatttt gigih, aku tau. Aku kalau boleh nak habiskan semua delivery secepat mungkin. Sebab taim malam aku jaranggg free.


First delivery, untuk Siti Fatimah & Khadijah. Kesian Khadijah tak dapat dapat datang. Dia demam. Isskk.. jaga kesihatan bebaik dik. Raya dah dekat nih.

Fatimah tolong amikkan on behalf Khadijah. Derang bestfriend sejak sekolah menengah lagi. Antara biskut raya yg derang order:


Fatimah:
Crunchy Choc Cookies - 2
Biskut Bijan - 1
Cappucino Hazel - 1
Crazy Nut Choc Cip - 1
Red Pearl - 1
Havana Sparkle - 1

Khadijah:
Milo Cereal - 1
Rolled Oat - 1
Crazy Nut Choc Chip - 2
Crunchy Choc Cip - 1

Kim salam kat Khadijah yer - sangat peramah korang semua!


Second delivery untuk rakan sepergunungan aku (dan jugak penggila kayak), Joyah Sportrim. Makin kurus minah nih. tau. Sakan berkayak sekitar Asia Tenggara la nih. Joyah order:


Tart - 3
Almod London - 3
Oren Rice Bubble - 3

Baru jap tadi dia call.. mintak tambah lagi satu pek untuk setiap jenis kuih yang dia order di atas tu. Dah habis kena ngappp katanya. Ishh.. ishh.. ishh.. tak menyempat budak Joyah nih tau. Nanti aku cek kat umah, ada lagi ke idak stoknya.


Delivery keempat, untuk kak Intan. Sampai meragam anak dia duk tunggu kuih raya aku.. hehehe. Seronok borak-borak dgn kak Intan. Mesraaa sangat orangnya. Kalau ada masa lebih, nak je aku tarik dia bawak pegi bazar kat tepi Tesco tu.. keep in touch yer akak. Kak Intan order:


Cappucino Hazel - 3
Red Pearl - 2
Kek Buah - 3
Milo Cereal - 1
Crunchy Choc Cookies - 1


Last delivery, untuk orang yg sangattttt pemalu nak jumpa aku. 'Alya' a.k.a Puteri Hidayah. Dia order:


Havana Sparkle - 1
Kek Coklat - 1
Cashew Nut - 1

Terima kasih buat korang semua! Selamat Hari Raya nahh.. :)

p/s: Masih ada beberapa delivery yg perlu dibuat! Caiyok.
p/p/s: Yerr.. aku tau aku kurus gila. Tsskkk.. aritu timbang, dah jadi 37 kg uolsss.. takuttt.

Mari membakar ikan

Baru lah aku tau cemana rupa Jenahak sebenarnya. Hehehe.. *kantoi. Bapak besarrrr ok. Lebih besar dari Irfan (baby SIL Juli yang baru sebulan usianya).

Pagi tu seperti yg dah dirancang, kami (aku, Mamoru & Makde) pegi pasar basah Tg Karang. Shopping bebarang untuk dimasak. Banyakkk gila memborong. Makde yang keluar belanja semua. Aku nak beli, dia tak kasi.. Even aku nak beli bebarang nak buat kuih raya pun dia cakap tak payah - dia suruh aku amik je apa yg aku nak kat kedai bakery dia. Isshh.. tak mau lah. Segan ok. Beli kat KL je lah nanti.


Antara bebarang yang Makde beli:

Ikan duri - untuk masak asam tumis - yg nih Makde suruh Kak Nor (anak Makde) masak.
Sayur kucai bawang - untuk digoreng bersama udang - yg nih Ayu (menantu Makde) masak.
Tulang rusuk lembu - untuk buat sup - nih pulak Arul (anak Makde) yang kena masak.
Udang besar - untuk masak berempah - haa nih part aku
Ikan Jenahak & Talapia - untuk dibakar - nih pun part aku.


Proses menyiang Talapia sambil dibantu Mamoru. Ikan Jenahak tu tayah buang sisik. Just belah dua, bersihkan & lumur dgn rempah ratus. Pastu panggang. Kelapa yg Mamoru parut tu untuk buat kuah jirus atas Jenahak bila ikan tu dah separuh masak nanti.. Ikan Talapia pulak aku panggang stim je (guna alumunium foil) - Mamoru suka style gini. Santan selebihnya untuk buat menumis udang.



Posing masa memasak harussss ada! Bukti sohih nih. Ikan talapia tu senang je masaknya. Cuma ikan Jenahak payah sikit. Nak membaliknya kena gunakan tenaga dua orang ok. Kalau tak sure terbarai isi dgn tulang. Resepi dia pun special sikit *wink



Kesian hero aku nih.. Kena jaga api ikan. Dah la penat mengecat tak hilang lagi :)



Tengoklah cemana kami panggang ikan besar tu. Macam nak masak kuih bahulu / kuih bakar style lama. Siap bubuh bara atas alumunium foil.. huhuhuhu.



My hero yg kepenatan.. Sayang tau kat dia nih. Sangatttt rajin bila kat dapur. Tayah disuruh pun. Selalu lepas berbuka, dia lah yang amik part membasuh pinggan. Aku disuruhnya duduk rehat. Thanks b.. *kiss kiss.



Nih la rupa Jenahak yg siap dipangging.. fuhhh.. antara yang paling cepatttt licinnnn taim berbuka.



Nih pulak Talapia panggang kesukaan Mamoru! Baru aku perasan tau: Mamoru kan tak makan ikan lain selain ikan Kembung. Tapi sejak aku kenalkan dia dgn ikan Talapia panggang resipi family aku nih - terusss dia minat tau.. hebat tak hebat tuu! (hee.. angkat bakul sendiri)

Pokok pisang nenek



Laju je nenek keluar rumah pagi minggu aritu. Ingat kan apa sangat laa yang dia risaukan. Pokok pisang dia patah rupanya. Geremmm aku tengok nenek nih. Ada ke dia nak angkat tandan pisang yg patah tu sengsorang. Bukannya nak panggil orang minta tolong. Isskkk bahaya laa nek. Cecepat Mamoru tolong nenek tebang pokok pisang tu. Aku yang tak pernah tebang pokok nih pun turut serta.

Banyak jugak pisang yang dah mengkal (hampir masak). Ada 4 tandan semuanya. Nenek kata, semua pisang tu, dia nak buat kerepek untuk hari raya.. iskk.. nenek nih bukan tau duduk diam tau. Ada je mender yg dia nak buat.


Pokok pisang yang tumbang akibat hujan lebat pagi minggu aritu

Semalam yg memeningkan

Haa nih lah puncanya.. assignment yang melambakkk dik nonn. Sehari suntuk ngadap laptop! Rasa nak menangis ok. Sampai terbaring terlentang aku mengkaji financial statement untuk kompeni yg aku pilih tu. Sangat memeningkan!

Seriyes pasnih aku amik dua subjek je untuk semester akan datang. Tak larat aku nak amik bebanyak. Susah nak kosentret.. esp kalau kita bekerja sambil belajar nih (dah dua kali aku mention camnih kan? - memang konpem jadi lah tu!)


Sunday, September 21, 2008

Apa itu Jenahak

Hari nih 21 Ramadhan 1429 Hijrah.

Liat betul nak bangun untuk sahur tadi. Dengan hujan nya subuh ni.. aduhh.. syoknya tidur. Nasib baik lah nenek tolong kejutkan.

Nih baru lepas habis sahur. Kat luar still hujan lagi. Hmm.. macam mana nak sambung mengecat? Risau aku kekalau tak sempat siap hari nih . Dah la minggu nih last aku balik sini. Minggu depan nak balik Melaka. Harap hujan berhenti bila hari makin terang nanti.

Bercakap pasal hujan, dengarnya hampir semua tempat dalam Malaysia nih dijangka hujan taim hari raya nanti. Aduhai.. tak dapat lah nak melaram lelebih berjalan raya. Takper lah, hujan tu kan rahmat. Setakat hujan sesikit, apalah sangat. Harap tak terlalu lebat sampai banjir. Dan harap juga, semua orang dapat raikan hari raya dgn ceria tanpa masalah-masalah yang tak diingini *aminnn.

Pagi nih, aku ada tugasan penting. Makde yang request. Dia suruh aku jadi chef untuk majlis berbuka kat rumah Mak Long & Pak Long kat Kampung Baru. Makde nak aku masak udang berempah & ikan jenahak panggang.. adoiyaii. Matilah, aku tak kenal ikan jenahak tu ikan apa. Kejap lagi nak pegi pasar nih. Hantam sajalah..

Opp.. ops.. bergegar pulak serambi rumah nenek nih (aku tidur kat serambi). Rumah nenek nih letaknya kat tepi jalan utama. Kengkadang, kalau lori atau bas lalu-lalang kat depan konpem terasa gegaran dia. Esp taim malam lah.

Ok lah. Nak sesiap. Kang lama pulak Makde menunggu.

Psstt.. tinggal 9 hari lagi je sebelum Ramadhan meninggalkan kita :(

Saturday, September 20, 2008

Dapat duit raya

Wahh.. belum raya lagi dah ada orang bagi aku duit raya. Terima kasih la bebanyak buat Sikelu atas duit raya nih. Duit lima ploh inggit baru lagikk tuu. Sayangnya duit nih boleh ditengok sahajor. Kalau tak da lama aD buat tambah beli bling-bling hehehe.

Dengan duit nih jugak, aku nak bagi kat semua pembaca blog nih. Amik sorang sikit lah ek. Pepandai lah korang bagi-bagi. Aku pun tataw berapa ramai pembaca blog aku. Kalau ada 50 orang, bagi lah sorang singgit yer. Kut ada seratus orang, nasib le dapat sorang lima posen.. huhuhu.

Lauk pauk lagi

Lauk berbuka semalam.. seronok betul bila dapat memasak & berbuka kat rumah. Harap minggu depan kelas semua kansel - boleh berbuka tetiap hari kat umah! Lagipun, minggu depan kan minggu last orang bekerja. Aku start cuti Jumaat depan *wink. Seronoknya.. raya kali nih aku cuti seminggu!


Lauk peberet Mamoru mestiii ada - Ikan kembung masak pedas & ketam goreng bercili.


Kailan campur goreng ikan masin (adik no.6 yg buat) & pucuk paku masak lemak cili api


Desert yg dah lama aku tak buat..Cream Caramel & Kek Batik *yummylicious (nak resepi, sila cari kat ruang 'Resepi' kat side-bar blog nih ok) Aku buat portion kecik je benornya. Itu pun tak habis - ada lagi setengah dalam fridge. Takperlah, senang keje aku, hari nih tayah buat desert lagi, kan? :)

Friday, September 19, 2008

Jual kuih lagi

Entry nih spesel untuk pembeli kuih Makde.

Terima kasih buat Nana (otai gunung yg sedang pregnant baby keduanya). Seronok dengar cerita Nana tentang Iman Maliki (baby yg aku dukung tu - btw, baby Iman adalah sangattt hensem ok - geremm!)



Kata Nana, dia sendiri tak sedar yg dia tengah pregnant masa ikut husband dia (Adlin) pegi buat Trans Camah-Ulu Sepat (mendaki dua gunung sekaligus!). Wah, beruntung kan Iman - dah merasa naik gunung walaupun masih dalam perut lagi.. hehe. Dah besar nanti sure Iman ikut jejak langkah umi & abah nih.

Nih list biskut raya yang Nana order:

Tart - 2
Havana Sparkle - 1
Snow Cookies - 2
Read Pearl - 1 (besar) + 1 (kecik)

Sory ek Nana, snow cookies yg kecik dah habis :(

Anw, jaga kesihatan baik-baik ok Nana. Selamat menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tak lama lagi! Raya nanti balik Melaka eh? Jumpa di sanaaaaaa :)

Thursday, September 18, 2008

Layan tag

Nih nak menjawab Tag yg cik June suruh buat..

"Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird"

Memandangkan aku kesuntukan masa, aku jawab seringkas & sepadat yg boleh lah ek? Ok, here goes:

1. Aku anak sulung dari 15 adik beradik (yang mana 5 darinya adik tiri). Yerrr, ramai gila adik-adik aku kan? Memang meriah! Esp dah dedekat nak raya nih.. (poket aku je yg tak meriah.. hehe)

2. Aku gila mendaki gunung (Mamoru pun sama!). Lagi orang cakap trek gunung tu hardcore, lagiiii bertambah minat aku nak takluk puncak dia. Setakat nih, aku hanya berjaya conquer 31 gunung yang mana ada antara beberapa gunung dalam list kat bawah nih yang aku panjat berkali-kali (insyaAllah akan bertambah lagi):
  • Mount Api (Pinnacles)
  • Mount Berembun
  • Mount Bintang
  • Mount Bintang False
  • Mount Bintang North
  • Mount Bintang South
  • Mount Bubu (Kuala Kangsar)
  • Mount Bubu (V2)
  • Mount Bujang Melaka
  • Mount Charlie
  • Mount Datuk
  • Mount Jasar
  • Mount Junction
  • Mount Kenderong
  • Mount Kinabalu
  • Mount Kutu
  • Mount Lebah
  • Mount Ledang
  • Mount Liang East
  • Mount Liang West
  • Mount Mulu
  • Mount Nuang
  • Mount Perdah
  • Mount Siku
  • Mount Swettenham
  • Mount Three Boundaries
  • Mount Tok Nenek
  • Mount Ulu Jerneh
  • Mount Ulu Semangkuk
  • Mount Yong Belar
  • Mount Yong Yap
3. Aku penah pukul orang (gila berani!). Hahaha.. nampak je kecik aku nih. Tapi garang, nauzubillah. Tu lah first time seumur hidup aku pukul orang. Aku pukul seorang budak pengkid sebab dia pukul adik pompuan aku sampai lembik. Aku ada blog pasal nih tahun lepas. Aku sendiri tataw macam mana aku boleh jadi ganaz sampai boleh pukul orang. Seriyes, aku TAK bangga bila cakap pasal nih. Kalau boleh pusingkan masa, aku tanak pukul budak pengkid tu (mungkin lempang dua tiga kali je.. ops). Tapi dah terlepas nak buat mcm mana. Ini lah yg terjadi bila setan dah menguasai diri kita. Harap itu adalah keje bodoh yg first & last yang aku penah buat. Pasnih kena sentiasa beringat & beristigfar selalu.

4. Aku seorang yang manja gila (pada adik-adik / Mamoru / ayah). Yang nih tayah terang dgn detail lah - Malu arr beb. Nak tau, tanya lah adik-badik aku.

5. Aku seorang yg sangatttt independent. Campak kat mana pun boleh hidup punya.

6. Aku suka makan pedas. Kalau bagi aku makan nasik berulamkan cili padi pun aku suka. Lagi pedassss lagi sedappp!

7. Aku seorang yg sangat cuai bila berkaitan dengan henpon. Dalam masa hampir 3 tahun, aku dah hilangkan lebih 10 henpon! Sebab tu sekarang nih aku hanya guna henpon yg harganya dibawah RM 150 sahajor. Baru-baru nih, Mamoru nak belikan aku 2 henpon sekaligus (yang murah-murah lah) - buat backup kalau hilang katanya.. tskkk tsskkkk.

Fuhhh... habis jugak akhirnya. Sengal ok, nak memikirlah 7 mender nih.

Ohh.. satu lagik, aku dapat award "orang utan" dari cik June (time kasih!). Gambar award nih tak dapat diupload buat masa nih (ntah apahal blogspot nih). Tataw naper award nih dapat ke aku.. mungkin pasal aku suka masuk hutan kut.. sukatik lah :)

Sesi membuat kuih raya

Sekarang nih, adik pompuan no. 6 sedang galak membuat kuih raya kat rumah. Dah berapa malam aku tengok dia mengadun & membakar biskut raya. Aku tak campur tangan dalam urusan nih - tugas aku hanya untuk menyediakan bahan-bahan yg dia perlukan sahaja. Dia memang expert dalam hal macam ok.

Kesian adik aku, dalam 3 balang choc chip yang dia buat, satu balang dah kena 'ngappp' oleh aku & adik-adik yang lain.. (sory sis, saper suh buat sedapp sangat kan?) huhuhu.

Layan kan je lah gambar-gambar nih. Kalau ada yg berminat nak resepi, tinggalkan je komen kat sini, ok.



pssttt: rahsia choc chip adik aku sedap mungkin kerana dia guna cip coklat Hersheys kut??


yerrrrr, aku saja nak tayang oven comel tu (abaikan adik aku yg duk interprem dgn cookiesnya)


Taddaa.. sangat sedappp, rangup & coklat dia ahhhhhhh lembutnya! (balik nih nak kidnap sebalang lagi!)

Wednesday, September 17, 2008

Cuti Nuzul Quran

Hari nih 17 Ramadhan 1429 Hijrah

Kami cuti hari nih. Kengkawan semua tak cuti kah? Muahahaha.. padan muka! Sudah pegi buat kerja!

Tapi.. cuti waktu sebegini tidak bermakna untuk aku. Bukan boleh rilek.. bukan boleh pegi shopping.. Kena study ok. Diulang, kena study sepenuh masa (sangat tensiiiiii).

Semua serba tak kena pagi nih. Baru buka buku je dah rasa mengantuk - macam mana tu? Baru lima minit baca pulak dah sakit badan.. sakit kepala.. aduss.

Aku rasa aku tau kenapa. Ya, aku perlukan sebuah meja study! Ulangkaji pelajaran diatas katil adalah sangat tak selesa. Tak pepasal nanti, aku end up dengan tidur sahaja (memang biasa begitu).

Encik Mamoru, sila bangun (dia masih tidur lagi disebelah - ohh jelesnyaa). Pergi mandi cepat. Kita pergi beli meja study!

Tuesday, September 16, 2008

Iftar Tanjung Karang

Sesi mari berbahasa dgn baik.

Sejak akhir-akhir ini aku sangat tertekan dengan tugasan kursus Sarjana yg terlalu banyakk. Pening kepala ni. Tak dapat nak gembira & tenang sambut puasa & raya bila peperiksaan & tugasan penuh dalam bulan puasa! Itu belum campur urusan kerja lagi. Ohh.. pengsan dibuatnya.

Sementara aku pening-pening melayan perasaan, apa kata anda layankan gambar-gambar dibawah ini.

Aaaahhh.. gambar berbuka dgn rakan outdoor Kuala Selangor pada hari minggu lepas. Sangat seronok! Hampir 40 orang yg datang. Aku & Mamoru sampai lewat (berbuka dalam kereta.. tskk). Sampai rumah Syafiq terus naik solat dulu. Pastu baru join makan-makan.

Acara makan berlanjut sampai lewat tengah malam - sekalikan dengan meeting kelab. Tapi kami tak tunggu sampai habis lah. Kena balik awal. Kesian pulak nak biarkan nenek berjaga tengah malam semata nak bukakan pintu untuk kami.

Hasil meeting? Aku takde idea. Rasanya takde xtvt baru yg dibincangkan. Atau ada xtvt baru tapi aku je yang tak perasan? Maklum, sibuk tolong tuan rumah mengemas & membasuh pinggan.

Yang aku tau, seperti tahun-tahun yang lalu, rakan-rakan disini akan buat 'baraan' (beraya dari rumah ke rumah). Sangat meriah tahu. Tahun lepas, kami start beraya dari awal pagi hingga ke lewat malam! Penat tapi sangat puas hati! Tahun nih, sama juga. Baraan akan bermula dari rumah kak Lela. Wahh.. tak sabarnya!!



Ada banyak entry yang tertangguh nih. Nanti-nanti lah sambung. Nak buat tugasan sebentar. Sabar ye kawan-kawan.

p/s: Mata dah mengantuk tapi apakan daya.. :(