Monday, June 28, 2010

www.makeupfreak.net

Selingan di petang hari.

Mender ni lah yang buat aku busy dan menyebabkan blog aku ni terabai utk beberapa bulan ni. Business part time yang aku buat semakin mendapat sambutan sampai aku tak cukup tangan dan terpaksatolak banyakkk request dari customer sebab jadual makeup aku dah penuh!

Alhamdullilah. Rezeki ;)

Pada mereka yg berminat untuk menggunakan service makeover Makeupfreak, sila book tarikh u all awal-awal ya. Sebab untuk tahun depan pun, kami dah terima booking sampai ke bulan June 2011..!!

For info, Makeupfreak dah ada website sendiri (www.makeupfreak.net). Still under construction.. jemputlah tengok ;)

Bawah ni antara latest client Makeupfreak. Kalau nak lebih info, jemput ke website Makeupfreak ya, geng!




Norhasinah before makeup


Norhasinah after makeup


Munirah before makeup


Munirah after makeup

Thursday, June 03, 2010

3 hari lagi!

3 hari lagi usia Ariff akan genap setahun! 3 hari sahaja lagi!  

Apa perasaan korang bila tengok anak sendiri dah pandai berjalan? Aku? Susah nak describe. Sangat touching.. priceless! Syukur ya Allah atas anugerah terindah ini.

Ariff dah pandai berjalan! Bukan jalan jenis yang lima enam langkah jatuh tu. Tapi dah pandai jalan betul-betul. Dua hari lepas dia decide untuk guna sepenuhnya motor skill dia. Terkedek-kedek dia jalan. Comel!

Start 2 June aritu Ariff dah berjalan sepenuhnya (2 hari lepas). Memula tu terkejut juga, takut Ariff jatuh. Tapi dia pandai balance kan badan. Laju je dia jalan kejar aku kalau aku nak pergi dapur atau nak keluar buka pintu rumah. Suka sangattttttt tengok dia jalan sambil gelak-gelak.

Ariff bukan setakat pandai berjalan, malah, turun atau naik katil / kerusi pun aku tak payah risau. Aku tak tahu lah siapa yang ajar dia turunkan kaki dulu bila nak turun dari katil. Maybe, babysitter yang ajar. Lega sangat. Tak perlu nak risau bab Ariff jatuh terjunam ke apa. Pandai anak mummy!

Ariff dah ada gigi bawah 2 batang. Cute! Dia suka gigit pipi aku guna gigi baru dia.. hihi. Kengkadang, aku saja sua pipi suruh dia sua pipi suruh dia gigit. Syok :)

Paling buat aku terharu bila Ariff pujuk aku bila aku menangis (nangis tipu-tipu lah hihi) Aku suka bebuat nangis sebab Ariff akan tinggalkan semua mainan dia untuk datang pujuk aku. Cara Ariff pujuk aku sangat comel tau. Dia akan peluk aku, pastu kiss aku lama-lama. Kalau aku still nangis jugak, dia akan gigit pipi aku.. haha. Comel gila!

Kami dah beli hadiah untuk Ariff sempena first birthday dia since minggu lepas lagi tau. Hihi.. over kan?

Mamoru belikan motor polis berkuasa bateri yang comel! Motor tu ada siren macam polis dan music. Ada pedal comel yang boleh Ariff tekan dengan kaki. Boleh reverse & jalan dengan laju tau! Ada lampu depan lagi.. Mummy suka sangat tengok motor Ariff nih.

Mummy pulak belikan Ariff laptop. Siap dengan mouse lagi! So kira balance lah, Ariff boleh main dengan motor dan belajar dengan laptop :)

Birthday party? Wish mummy boleh organize satu birthday party besar-besaran untuk Ariff. Tapi Ariff tak suka strangers. Mostly baby usia setahun memang tak suka dikelilingi dengan orang luar. So, might as well aku buat kecil-kecilan je. Jemput adik-beradik & kawan terdekat. Next year, bila Ariff dah pandai bercakap & pandai berkawan, baru boleh buat yg hebat sikit kan?

Gambar terbaru Ariff? Tsskkk… gambar ada banyakk, tapi nak upload tu manjang tak ada masa. Bersalahnya mummy rasa pada Ariff, pada baby baru dalam perut nih. Gambar kat blog nih makin berkurang :(

Sejak business part time aku makin berkembang nih, makin kurang masa yang aku spend untuk upload perkembangan terbaru anak-anak... *sighs*.. Maafkan mummy ya anak-anak mummy semua.

Fyi, kandungan aku sekarang dah berusia 3 bulan.

Friday, May 21, 2010

Ariff kena admitted



Ariff pagi ni. Baru je tidur lepas puas menangis bila paed & nurse datang ke katil dia.. *sighs*

Dah 2 botol drip masuk dalam badan Ariff. Badan dia kurang air. dari semalam dia asyik muntahkan semua yg ditelan.

Malam tadi Ariff kena admitted ke Al-Islam Specialist Hospital. Sayangnya, Prudential tak cover Al-Islam. Nak pergi Pusrawi atau Pantai macam dah lewat sgt. Dah pukul 12 tgh mlm pun masa tu.

Ikutkan, memang tak ada masalah aku pergi mana2 hospital pun. Sebab aku ada Medijaring - fully covered by Maybank. Tapi yang ruginya, kat Al-Islam ni aku tak dapat claim Prudential. Penat byr tetiap bulan je :(

Selain dehidrat, Ariff ada sakit perut. Selang sejam dua, mesti Ariff merengek tahan sakit. Sedih aku dibuatnya.

Malam ni, kalau Ariff kena tahan lagi, Aku nak ambil bilik satu katil. Boleh Mamoru teman sekali. Malam tadi bilik satu katil semua penuh. Harap hari ni ada kosong. Kalau tak, Aku minta transfer ke Pusrawi je.

Semoga Ariff cepat sihat. Rindu betul nak tengok senyum tawa dia... Doakan untuk Ariff ya untie & uncle kat luar sana.

Thursday, May 13, 2010

Merapu di pagi hari

Rindu nak mendaki gunung lagi. Haha poyo, tengah pregnant pun still duk fikir pasal panjat-panjat gunung nih.

Bukan apa, aku bajet tahun nih dapatlah aku completekan G12 (conquer 12 gunung tertinggi di Malaysia), tapi bila dah terpregnant nih, hihi.. kena lah lupakan seketika hasrat suci murni aku tu.

Senarai G12 yang berjaya / bakal aku conquer :-

G1. Gunung Kinabalu, Sabah (Berjaya di conquered!!)
G2. Gunung Trusmadi, Sabah (Berjaya di conquered!!)
G3. Gunung Tambuyukon, Sabah (Berjaya di conquered!!)
G4. Gunung Murud, Sarawak
G5. Gunung Mulu, Sarawak (Berjaya di conquered!!)
G6. Gunung Tahan, Pahang
G7. Gunung Korbu, Perak
G8. Gunung Yong Belar, Sempadan Perak / Kelantan (Berjaya di conquered!!)
G9. Gunung Gayong, Perak
G10. Gunung Chamah, Kelantan
G11. Gunung Yong Yap, Sempadan Perak / Kelantan (Berjaya di conquered!!)
G12. Gunung Ulu Sepat, Sempadan Perak / Kelantan

Aduyai.. baru 6 gunung je  dari list G12 yang aku dah panjat.. ada balance lagi 6 daaa.. Kena berusaha keras lepas nih!

Nih pulak update terbaru senarai gunung yang telah berjaya aku tawan sepanjang pembabitan aku di arena pergunungan mengikut alphabet (Saja nak riak… Ops, matilah kena kutuk!) :-

Gunung Api (Pinnacles)
Gunung Berembun (2 times)
Gunung Bintang
Gunung Bintang False
Gunung Bintang North
Gunung Bintang South
Gunung Bubu (K. Kangsar - 2 times)
Gunung Bubu (Trans V2)
Gunung Bujang Melaka
Gunung Charlie
Gunung Datuk (3 times)
Gunung Jasar
Gunung Junction
Gunung Kenderong
Gunung Kinabalu
Gunung Kutu (4 times)
Gunung Lebah
Gunung Ledang
Gunung Liang East-West
Gunung Mulu
Gunung Nuang (7 times)
Gunung Peninjau
Gunung Perdah
Gunung Pine Tree Hill
Gunung Siku
Gunung Swettenham
Gunung Tambuyukon *NEW
Gunung Three Boundaries
Gunung Tok Nenek
Gunung Trusmadi *NEW
Gunung Ulu Jerneh
Gunung Ulu Semangkuk
Gunung Yong Belar (3 times)
Gunung Yong Yap (2 times)

Huhu.. 34 gunung yang aku dah daki so far (ke ada yg aku lupa nak list kat sini?). 34 and counting tau. Pendakian aku belum berakhir lagi oke.

Kalau boleh, aku nak terus kan pendakian nih selagi kudrat masih ada. Tapi mungkin tak seaktif dulu (anak-anak mana nak campak oiii). Kalau anak-anak aku berkenan mengikut jejak langkah mummy & daddy dia, alhamdullilah.. dapat lah kembangkan lagi minat kami nih :)
Next trip, lepas aku habis berpantang nanti.. hehe.. Trip ke Sarawak sekali lagi – mendaki Gunung Murud pulak (gunung tertinggi di Sarawak).

Hihi.. yer, kata lah apa pun, aku memang penggila gunung :)

Tuesday, May 11, 2010

Tiga minggu lagi!

Quick note:

3 minggu lagi usia Ariff akan genap setahun.

OMG!!!

Setahun ok!

Will update more with his latest pics later. (hah yolah aku nih, kemalasan menghapdet)

Tp, untuk Ariff, mummy update juga ;)

Wednesday, April 28, 2010

XPDC Gunung Trusmadi & Tambuyukon (Part 1)

My first and last xpdc for this year (I didnt know that I am pregnant during this xpdction!!)

Trip : XPDC Mendaki Gunung Trusmadi & Gunung Tambuyukon, Sabah
Date: 1 - 6 April 2010 (Tempoh pendakian 5 hari 4 malam)
Line up : Aku (the only lady in this trip), Mamoru, Chua, Talha, che Jaafar & che Lai

Detail log, aku buat kemudian ek. Layan gambar dulu. Aku post gambar untuk untuk Trusmadi je dulu. Gunung Tambuyukon, tunggu next entry.

DAY 1 (Khamis, 1 April 2010)


Kami sampai KK Airport pukul 12 tengah malam. Terus gerak ke Tambunan (TVRC). Pukul 3.00 pagi sampai Tambunan. Sempat la tidur sejam.


Posing depan chalet sebelum bertolak naik 4wd ke starting point.


Me at TVRC


Daftar nama kat pejabat hutan


Lawa pintu masuk ke kaki gunung Trusmadi nih :)


Mamoru depan pejabat renjer


Strating point (4900m ke puncak). Stretching dulu.


Pose sebelum memulakan pendakian. Dari Kiri, che Jaafar, che Lai, Chua, Hary (guide), Mamoru & aku


First Kem. Lupa nama tempat nih. Aku pewai kat sini & termaksa transfer barang sikir kat team member yang lain. Pelik tau, baru trekking setengah jam dah pewai gila. Rupanya, aku pregnant rupanya!


Posing dengan Kumbang


View sepanjang trek gunung Trusmadi nih memang superb!


Kem Sulaiman. Rehat lagi. Oh, di setiap Kem / Pondok ada disediakan toilet yang lengkap dengan sinki & paip air (tertutup ok).


Kem Taman Bunga.. view kat sini lagi cunnn.


Bonsai gunung yang cantikkkk.


Trek yang turun naik pun dah tak kisah sebab view sangattt cantik


Mamoru dan bonsai :)


Nampak tak Chua & Talha kat depan tu. Trek atas permatang


Kita minum duluuu


Sampai Kemsait. Ada kabin yg dibuat dari kanvas kat sini. Katil double decker pun ada. Kami sampai sini dalam pukul 2.00 petang. Rehat.


DAY 2 (Jumaat, 2 April 2010)


Pukul 4.00 pagi, teruskan pendakian ke puncak!


Dah dekat dah nih!! Semangattt


5.30 pagi.. yayy!!! Puncak Gunung Trusmadi berjaya ditawan!!! Oh, celcom full bar kat puncak ok. Sempat lah bercalling-calling dengan orang kat KL.


View sunrise di puncak sangat cantik menarik tertarik!!


Me berlatarbelakangkan gunung Kinabalu!!


Mamoru with his fav Canon 5D atas beirut


Penyukat suhu yang dah rosak kat puncak. Sejukk wooo atas nih!!


Salah satu spesis periuk kera


Mamoru & view lembah gunung


Cinta membawa kami ke sini!!!


Turun ke kemsait semula & start packing.


View Kemsait kami. Nasihat aku, kalau tidur sini, sila pilih katil atas sebab tikus tanah asyik la melompat-lompat atas katil bawah cari makanan.. eiyyyy!


View taim turun gunung


Me dan puncak yg harus didaki kat belakang tu.. gila pacak!!


Aku yang kepewaian kat Pekan Tambunan sebelum bertolak ke Ranau untuk mendaki Gunung Tambuyukon pula.

My 2nd pregnancy

Pregnant kali ke dua. Tak plan dan tak expect pun. Esp bila aku tengah busy mengaktifkan diri dalam xtvt outdoor semula. Tapi dah rezeki Tuhan nak bagi.

Perasaan? Terkejut of coz. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku masa tengok pregnancy test tu, “Oh, no!”.. haha. Bukan bermaksud aku tak suka pregnant sekali lagi, tapi sebab aku risau gila dengan tahap kesihatan baby dalam perut nih.

Mana taknya, aku baru balik dari xpdc menawan dua gunung berprofil tinggi kat Sabah. DUA gunung okeh! Lima hari dua malam aku spent masa dalam hutan! Tetiap hari trekking overtime. Subuh gaban start trekking, tengah malam baru sampai kemsait. Badan memang letih gila! Patutlah aku pewai semacam je masa kat Sabah. Rupanya, ada baby dalam perut!

Tapi bila difikirkan semula, aku bersyukur sangat sebab tak kira betapa susah pun trek kat sana or trekking taim malam pun, aku tak ada tersadung akar kayu ke hape. Team xpdc aku semuanya merasa jatuh tergolek atas trek (Chua especially. Mamoru pun hampir terkehel tangan sebab jatuh tergelincir). Kalau tak, nauzubillah… Lebih menakjubkan, baby nih kuat macam mummy & daddy dia. Mampu bertahan walaupun xtvt yang aku join nih sangat lasak & bahaya untuk dia.

Honestly, aku sendiri tak tahu aku pregnant berapa minggu / bulan sekarang nih. Aku tak ingat langsung bila last aku period. Doc pun tak dapat nak pastikan sebab masa scan aritu, tak nampak apa pun – still in early stages. So, kena tunggu sebulan lagi lah untuk check.. hik.

Mamoru? Dia sangat eksaited bila dapat tahu aku pregnant lagi. Hari-hari tanya baby dah ada movement ke belum. Mamoru dah create nama untuk baby ni ok! (Oh ya, his / her name will also starts with ‘A’ sama macam abang Ariff dia :)

Mamoru siap prepare insurans untuk baby dalam perut nih. Biar sama dengan abang Ariff dia – baru adil katanya. Tapi kami hanya boleh ambil bila kandungan aku berusia 5 bulan nanti (Prudential punya syarat).

Perubahan diri? Macam tak ada apa berlaku pun haha.. Sama macam first pregnancy, aku takde morning sickness. Sihat dan aktif macam biasa (alhamdullilah). Cuma satu je yang aku perasan berbeza, masa first pregnancy, aku tak suka pakai high heel. Start aku dapat tahu aku pregnant 5 minggu, terusss aku simpan semua high heel. Tapi second pregnancy nih, aku suka sangat pakai high heel.. hihi. But of course, aku takkan bahaya kan kandungan aku. I’ll consider medium platform / wedges bila perut aku start membesar nanti.

Ramai kengkawan terkejut bila aku pregnant lagi. Kebanyakan member aku rata-rata just ada sorang anak je. Semua nak tunggu anak memasing besar baru nak consider second baby. Aku pun memula camtu gak, tapi bila dah ‘terpregnant’ lagi nih, aku rasa okay juga. At least sekali harung je besarkan semua anak-anak aku. Lagipun, payah la ada sorang baby je. Aku dengan Mamoru asyik berebut nak dukung Ariff bila keluar berjalan. Nanti bila dah ada dua anak, takdelah berebut lagi haha..

Due date? Kan aku dah cakap tadi aku sendiri tatau usia kandungan nih. Tapi aku dapat rasakan baby nih akan lahir sama ada hujung tahun nih (December 2010) atau awal tahun depan (January 2011). Btw, I’m praying for December this year! So that I can proceed with my plan to climb Gunung Murud next year! Hahahahaha…

Oh, btw, adik no.6 pun sedang pregnant sekarang nih. Dia due bulan November. Merasalah ada dua mak buyung taim raya nanti :)

Saturday, April 10, 2010

Shocked!

Aku baru dua hari balik dari Sabah.

Dan alhamdullilah, gunung yang kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia telah berjaya ditawan dalam masa 5 hari 4 malam!!

Tough gila xpdc kali ni. Maklum lah, aku langsung tak training. Aci redah je panjat. Bahananya, kaki aku bengkak, tapak kaki aku sampai hari ni rasa kebas. Part luka, tak payah cerita lah, banyak gila. Part kena gigit pacat pulak.. huu.. lagilah banyakk.

Gunung Trusmadi, gunung pertama yang aku daki tahun ni. Route dia kira ok lah. Starting buat aku semput sikit coz trekking dalam keadaan suhu yang sejuk. Tapi best, sebab view sepanjang trek sangatttttt cantik. View kat puncak lagilah cantik - 360. Boleh nampak puncak Kinabalu dari sini.

Gunung Tambuyukon pula memang lain dari gunung Trusmadi. Macam gunung area semenanjung pun ada. Trek dia sangat mencabar sebab sepanjang masa mencanak. Memang menguji mental sungguh. Kalau dia bagi trek yg menurun pulak, bukannya jenis turun yang boleh rilek santai. Jenis kalau silap langkah, confirm menggelongsor jatuh ke bawah. Tak pun masuk gaung. Gila tough. Dalam hutan Tambuyukon nih, marking kurang. Trek senang hilang. Berapa kali aku nak cipta route sendiri hari tu. Nyaris tak sesat. Paling tak best bab pacat. Ya Tuhan, banyakkkk gila ok! Satu badan aku nih, semua tempat dia buat love bite. Dari leher, pinggang, tangan, paha, sampai aku punya 'toooottttttt' pun ada kesan gigitan dia. Chisss!

Personally aku rasa, gunung Tambuyukon nih, bukan lah gunung yang 'agak mencabar' seperti apa yang bebudak gunung kata. Tapi, jenis yang 'mencabar tak agak-agak'!!

Nanti lah aku buat full log and upload gambar kat sini. Cuma buat masa ni aku nak share satu berita yang PENTING:-

Selepas xpdc gunung Trusmadi dan Tambuyukon nih tamat,
Selepas berhari-hari aku memikul beg yang berat dalam hutan,
Selepas kaki & mental aku kepenatan berjalan tanpa henti dalam hutan,
Selepas makan minum aku tak menentu masa dalam hutan,
Selepas aku push seluruh badan aku to the limit untuk trip nih,
Dan selepas berakhirnya seksaan 2 gunung nih dua hari yang lepas....

...aku dapat tahu satu berita yang mengejutkan..




"Aku pregnant.. untuk kali kedua"



Meaning to say, this little baby memang dah ada dalam aku even sebelum aku bertolak ke Sabah. Dan paling buat aku rasa bersalah, dia memang ada dengan aku sepanjang xpdc nih! Kuatnya dia..

Aku tunggu hari siang sikit, nak jumpa doctor dan nak confirmkan tahap kesihatan kami berdua.

In the mean time, theres a lot of things to do. To plan and prepare.

For this baby, For Ariff. For me & Mamoru.