Monday, August 05, 2024

Hadiah birthday

Tenkiuu Mamoru ❤️

Hadiah birthday paling best tahun ni 🥰🥰

Terus rasa bersemangat untuk excercise tau.

Lupa nak update, dah almost sebulan aku pergi gym hari². Setiap hari tau except weekend. 

Since transfer keje kat Bangsar hampir 10 bulan yang lalu, aku masuk ofis sangat awal. Pukul 7 pagi dah terpacak kat ofis. Pastu, bila dah masuk keje awal, auto buat keje awal juga lah kan. Kadang tu bukan buat keje pun pepagi buta camtu, lebih pada berborak buang masa dengan member² ofis

Tapi sejak aku dapat tau gym kat ofis ni buka pukul 6.30 pagi, terus berubah rutin pagi aku kat ofis ni. Instead of masuk ofis kat level 9, aku singgah masuk gym kat level 2. Spend masa sejam kat situ. Best! Sampai kawan² ofis pelik tengok mood aku hari² ceria. Of coz la kan.. hepi dapat berlari, dapat workout pagi² sebelum masuk ofis.


Kasut lari dengan earphone lari.. hihi
Love u Mamoru 🥰

Kat sini ada 2 gym. Satu unisex, satu lagi utk pompuan je. Aku pilih yang untuk pompuan je. Senang nak seksi meksi. Lagipun best sebab tak ramai orang.

 

Saturday, July 06, 2024

Mummy at work






 

Tuesday, July 02, 2024

Semakin sihat

Alhamdullilah. Akhirnya setelah 2 bulan, boleh dikatakan sembuh sepenuhnya. Jalan dah tegap. Breathing dah normal, takda lagi wheezing dalam dada. Dan.. dah start berlari semula. Yeay, syukur sangat. 

Ofis mummy yang sangat sejuk mengalahkan Alaska. Sejum sampai ofismate duk beli mini heater letak bawah meja tau. Sampai macam tu sekali tahap sejuk ofis kat Malaysia ni 😅
Mummy sendiri mesti berstokin dan berbaju tebal. Takut demam sebab sejuk sangat. Kadang jari pun jadi kebas akibat terlalu sejuk. Nak menaip pun susah 😓

Share drawing Aleesya. Dia lukis dalam hp. Almost sejam dia draw dan warna. Setiap inci line karekter ni dia dia buat dengan teliti. Nampak biasa² je tapi tengok cara dia focus buat detail corak, warna dan benda kecik² kat karekter ni, mommy suruh dia share kat mommy gambar ni bila dia dah siap lukis dan warna. Mummy nak simpan.


 

Tuesday, June 25, 2024

Aleesya yang cantik

Cantik di mata mummy. Share  gambar dia kat sini sebab dia ja yang rajin bergambar. Abang² tak suka ambil gambar.















 

Sunday, June 23, 2024

Birthday Ariff & Penang trip

Throwback roadtrip ke Penang & Perak sempena birthday Ariff. Plan asal sebenarnya nak gi camping. Tapi last minit tukar sebab ramai yang nak ke Penang.

Jadual trip kami sangkat packed. Dari pagi membawa ke tengah malam. Sampaikan jam dah pukul 2 pagi pun masih segar jalan² cari makan

Kat chowrasta market beli buku² terpakai. Buku baru pun ada jual kat sini. Kiddos dapat je buku terus baca dalam kereta sampai ke hotel

View point kat Balik Pulau. Singgah sini pekena durian mahal. 3 biji harga hampir cecah 500 ringgit (jenis Musang King, Udang merah & Hor Lor)



Tataw style apa pose nganga mulut besar² camni

Ni pula masa kat Batu Kurau, Perak. Kat sini semua durian murah²

Pegi zoo Taiping waktu malam. 

Kami pilih naik tram ni masa dalam zoo




Amarr dengan buku baru dia



Sambut birthday Ariff dalam hotel. Ariff sambut birthday 2 kali. First dengan kami masa roadtrip. Second dengan kawan² sekolah dia masa kat rumah ❤️


Aleeaya leka dengan buku baru

Ni la durian 500 ringgit tu 😅😅


The girls ❤️ Diorang ni bestfriend tau. Siap ada group whatapps bertiga 🥰


My Ariff


Sedap betul ais kepal kat Ipoh





Aleesya yang berani. Kalau mummy, memang tak berani la nak sentuh, apalagi nak peluk² gini


Mummy & daddy kat Tasik Cermin, Lenggong




Concubine's Lane kat Ipoh