KENGKAWAN

Tuesday, October 30, 2007

Aunt Shi eksiden

Pagi tadi on the phone dgn bapak. Dia informed Aunt Shi eksiden kat Alor Gajah semlm. Isk, sampai hati bapak tak nak bagi tau berita nih awal-awal. Tak nak kami risau katanya. Macam mana pun alhamdullilah, Aunt Shi tak cedera langsung. Cuma kereta je remuk bahagian depan & terbalik masa eksiden tu.

Kata bapak, Aunt Shi lately terlalu banyak berfikir. Maybe tu salah satu punca yang menyebabkan dia hilang kawalan. Kesian Aunt Shi, mana nak fikir tentang mak dia yg terlantar kat rumah tu.. mana nak fikir tentang anak-anak dia yang semakin nakal & tak mendengar kata..

Sesambil borak tentang Aunt Shi, bapak turut selitkan nasihat untuk aku (kes hari Ahad rituh) Bapak suruh aku lebih bersikap rasional dalam buat keputusan - jangan turut kata hati.. Sempat jugak tu dia puji Mamoru. Sampai aku rasa macam bapak menyebelahi Mamoru pulak. Apa pun, aku tahu bapak lebih memahami. Dalam rasa tak puas hati tu timbul juga rasa hepi bila mana bapak sebenarnya amat berpuas hati dgn 'pilihan hati' aku.

InsyaAllah, kalau takde apa-apa, aku nak balik Melaka hujung minggu nih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...