Monday, October 22, 2007

Baraan

Bulan depan, Mamoru~kun secara rasminya akan meninggalkan kerja govt dan memulakan kerjaya baru di xxx. Its a tough decision for him to make actually. Maklum lah, dengan increment baru yg govt bagi, gaji dia sekarang nih mmg memuaskan. Tapi, untuk jangka panjang, ditambah pulak kompeni baru tu (swasta) sanggup bayar gaji yg dia minta, apa lagi yg nak ditunggu kan?

Mamoru was so excited masa dapat offer letter (a day before raya). Aku cakap kat dia, tu kira hadiah raya untuk dia lah kan. Tapi cecepat dia geleng, kata dia itu rezeki orang nak kahwin, rezeki kami. Mamoru siap buka cerita tentang member baik dia (5 years ago): Kata Mamoru, member dia nih merancang nak kahwin sebaik sahaja habis belajar. Jadi, mamat nih agak risau lah cemana nak cari duit lebih. Tapi alhamdullilah, semakin dekat tarikh kahwin, rezeki dia murah, memacam dia dapat plus dapat tawaran keje yang baik yang boleh menjamin masa depan keluarga yang bakal dia bina. Mamat tu cakap kat Mamoru, semua tu rezeki orang yang nak kahwin. Hm.. mungkin betul jugak kan? Setiap perkara baik yang kita nak buat, insyaAllah dipermudahkan-Nya.

Jumaat lepas, aku amik cuti lagi. Hik. Bukan ada apa pun, saja spent masa duduk kat rumah sambil buat spring-cleaning sesama adik-adik aku. Rumah kecik tapi bila dah duduk gegamai camtu, kalau bersepah memang pecah kepala jadinya. Lepas sesi mengemas, sesi memasak pulak. Tu yg ada masa masak creme caramel sekali. First taim try terus jadi.. opss pembetulan, ada dua mangkuk creme caramel yg aku buat, satu tu mmg tip top rasanya, satu lagi tergoreng gula sampai hangus daa.. so, pahit sikit arr. Hik.

Sabtu ada 'baraan' kat kampung Mamoru. Baraan nih ayat yg digunapakai oleh orang kat area Kuala Selangor, maksudnya, beraya dari rumah ke rumah. Memember sekampung Mamoru yg buat (kengkawan outdoor club). Merasa beraya di tengah bendang dalam keadaan padi tengah menguning (kebanyakkan rumah kekawan Mamoru letaknya kat kawasan bendang) Syahduuuu! Baraan start pukul 9.00 pagi kat rumah mertua Zin (aku & Mamoru sampai sana pukul 10.00 pagi). Memula tu aku ingat ada lah dalam 10 orang yg join baraan nih, rupanya.. lebih kurang 30 orang jugak lah (lebih 10 kereta beb)!!

Dari rumah Zin & Effa, kami gerak ke rumah Kak Lela --> pastu umah Apeng --> umah Mamoru --> umah Zaha --> umah Talha --> umah Liza --> umah saiful --> umah Kubeng --> umah Syafiq & Tuty --> umah Hawa --> umah Hafiz --> umah Ani --> umah uncle aperntah nama dia.. (now lets see kekalau aku ada ter-miss rumah sesiapa kat sini).. Lebih dari 14 rumah yg aku pegi beraya dalam sehari!! Fuhh rekod tuu. Baraan tamat dalam pukul 10.30 malam! First taim aku beraya sakan camnih. Tu pun Mamoru cakap masih ada banyak lagi umah memember yg kami tak sempat pergi. Satu perkara yg buat aku kagum kat sini, semangat setia-kawan yg mereka semua tunjukkan. Tabik hormat kat Mamoru & kengkawan dia (even married couple pun join 'baraan' hari tu oke - sporting sangat). Serious, selama 28 tahun aku hidup di bumi Tuhan nih, aku belum pernah jumpa persahabatan yg akrab macam nih.

Semalam pulak, just spent masa kat umah. Melepak depan tv tengok cerita-cerita raya.

Minggu depan opis mate Mamoru nak kahwin. Dia requested aku & Mamoru jadi pengapit dia. Hah terkejut akak tau. Aku dah lah tak penah jumpa pasangan pengantin nih. Apa pun, aku dah bagi persetujuan. Tak sanggup nak hampakan permintaan derang. Aku penah baca kat mana ek, tentang jemputan walimatul urus nih. Tak silap aku sama ada hukumnya 'wajib' @ 'sunat' untuk attend memana kenduri perkahwinan bila dijemput oleh pasangan pengantin & warisnya. Anyways, merasa lah aku & Mamoru naik pelamin awal (as pengapit).. pre-sanding gitu. Hik.

2 comments:

Anonymous said...

Senario

Seminggu Berhari Raya

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

( korus )
Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

( ulang korus )

Raya ketujuh berihat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

Anonymous said...

anonymous, thanks for the lirik. minat lagu ni ke? hik