Tuesday, October 30, 2007

Jujur

Jumaat aritu aku cuti. MC. Takde lah teruk sangat pun demamnya - selsema je. Aku spent masa kat umah dgn mengemas & membasuh semua kain baju adik lelaki aku. Fyi, aku nih ada habit pelik sikit tentang membasuh baju nih - aku suka kira dan ingat jenis baju yg aku basuh. Bukan tu je, kalau sidai baju tu pun, aku akan susun dgn baik e.g., t-shirt satu baris, seluar jeans satu baris, underwear satu baris.. even cara menyidai pun kena seragam & lurus. Skema gila. Sesambil tunggu baju tu kering, merasalah sepuluh kali sekejap aku akan tertinjau-tinjau tengok baju-baju kat ampaian tu - tak tau kenapa - macam ada kepuasan bila tengok baju yang dah dibasuh.

Nak dijadikan cerita, lepas aku sidai baju tu, aku lepak jap dgn adik lelaki no.7 (dia takde kelas pagi tu). Sesambil tu aku berulang alik dari ruang tamu ke tingkap dapur untuk tengok baju yang aku jemur. Last sekali aku tengok, ada sorang cleaner tengah sapu sampah kat korridor. Setengah jam lepas tu aku tengok lagi.. tetiba selai seluar jeans takde. Aku cuak - seluar aku pulak tu. Jengah kat tingkat bawah, takde pulak seluar yang jatuh. Hati mula rasa tak sedap. Ada orang curi ke?

Aku panggil adik lelaki aku. Suruh dia turun tingkat bawah cari seluar tu kalau-kalau jatuh tersangkut ke haper. Tak sampai 10 minit aku dengar suara adik aku suruh turun. Dia tunjukkan penyangkut baju yang tersorok kat belakang pintu kat tepi tangga tingkat dua. Confirmed ada orang curi seluar aku & buang penyangkut baju kat situ. Aku turun sampai ke bawah. Terserempak dgn dua orang akak cleaner Indon kat depan tangga. Tanya dia kut-kut dia ada nampak seluar aku. Sorang akak nih cakap tak nampak. Sorang lagi (yg agak muda sikit) macam nak sorokkan sesuatu dalam beg plastik kat tepi dinding. Bila aku keraskan nada suara, cleaner yg muda tu keluarkan selai seluar jeans dari beg plastik tu. Katanya, dia jumpa seluar tu kat dalam tong sampah tepi tangga. Tapi tu bukan seluar aku arr. Aku jengah beg plastik dia. Nampak selai lagi seluar jeans siap berlipat kemas dalam tu. Aku paksa dia keluarkan. Dia dah start ketaq. Memang sah seluar aku yang dia curi. Still lembab lagi ok.

Aku tegur cleaner tu, bukan tegur memarah, tapi tegur secara tegas lah sebab aku tak suka orang mencuri nih. Minah tu pulak, dah terang-terang kesalahan yang dia buat, punnnn keras tanak mengaku nih. Siap buat muka berlagak lagi.. marah lah aku macam nih. Aku ugut nak bawak dia pegi management office, biar dia kena buang keje, biar dia kena hantar balik ke negara asal dia. Ekceli, aku acah je. Takde lah aku sekejam tu. Aku nak dia mengaku dan minta maaf je bukan kena bayar pun. Lepas dia mengaku, aku terus naik atas masuk umah. Ikutkan hati, aku berbelah bagi jugak nak lepaskan orang yg buat kesalahan macam nih, yelah takut berulang nanti. Tapi takperlah, harap timbul kesedaran dalam hati dia lepas dengar ceramah tak seberapa aku tu. Lagipun, aku macam kesian pulak kat dia. Mesti hidup dia susah sangat sampai seluar jeans aku yang dah koyak sikit kat kaki tu pun dia sanggup tibai.

Ahad pulak cerita lain. Ada reason yang kukuh untuk aku lancarkan perang. Habis peluru berpandu, machine-gun, bom atom, lembing, tombak, panah, sumpit, segala bagai aku gunakan. Hilang semua kewarasan akal. Tak pepasal, semua orang kena tempias amarah aku.

Ok, dalam situasi nih, puncanya BUKAN salah aku, tapi bila aku menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah, secara tak langsung aku turut bersalah. Moral of the story, jangan sesekali berahsia dgn pasangan anda lebih-lebih lagi bila melibatkan ex-girfriend / ex-boyfriend anda. Ok murid-murid?

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah aku berserah

Trauma yang kurasakan
Hanya padamu Tuhan
Yang memahami pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam Trauma

Sekarang, kita tutup cerita tak best nih.

No comments: