Wednesday, October 24, 2007

Demam Raya

Aku demam semlm. Plan nak mc je tapi macam bosan pulak nak duduk rumah, gagah kan lah jugak naik opis nih. Tak buat keje pun, tido hampir 1/3 dari masa bekerja.

Malam aritu, aku pegi beraya kat umah abang sepupu kat Telok Panglima Garang. Kebetulan mak dia yg duduk kat Taiping tu ada sama. Mak dia nih kakak sulung kepada arwah mak aku (aku panggil dia "Mak" istead of "Mak Long") Seronok jumpa adik beradik arwah mak sebab muka derang seakan-akan sama.. kira terubat lah rindu kat arwah bila tengok muka adik-beradik dia. Masa on the way balik umah, Mamoru tanya adik lelaki no.5 aku, family abg sepupu aku tu sedara belah mana? (Taim tu aku tengah baring kat seat belakang dgn sorang adik lelaki no.3) Terkejut aku bila adik aku tataw relation dia dgn abg sepupu aku nih. Dia ingat mereka tu saudara jauh.. *sigh*.

Anyway, aku tak salahkan adik aku. Dia masih kecil masa keluarga kami dilanda krisis dulu. Family 'Mak' pun ada krisis sendiri masa tu. 'Mak' pindah Taiping masa kami semua masih kecik. Dan lepas tu memang kami jarang jumpa. Perkara yg sama juga berlaku pada adik-beradik arwah mak yang lain. Semuanya bawak diri masing-masing lepas arwah datuk (sebelah mak), kahwin lain. Sebab tu lah dia kurang mengenali susur galur keluarga kami. Sebenarnya aku pun kurang faham apa yg menyebabkan adik-beradik kandung arwah mak menjauhkan diri dari kampung. Nak tanya nenek (mak tiri kepada arwah mak aku) takut nanti terkecik hati pulak.

Aku cadang nak buat scrap book tentang family aku. Kalau boleh, aku nak dapatkan semua gambar-gambar ahli keluarga sebelah bapak, arwah mak & Aunt Shi. Biar senang adik-beradik aku kenal siapa sedara-mara derang (menarik nih.. tak sabar nak start)

Malam tadi aku ikut Mamoru & Kak Rin pegi set-up network kat satu kompeni kat Shah Alam (part time projek yg Mamoru dapat untuk kompeni lawyer yg baru bukak) Besar gila opis dia. Ada lebih kurang 15 orang lawyer yg akan bekerja kat situ. Kami jumpa pemilik kompeni tu dalam pukul 9.00 mlm. Tak buat apa pun kat sana. More to discussion je. Aku bukan faham pun apa yang derang bincangkan - too technical - bukan bidang aku. Tapi nak maintain professional (nak jaga air muka Mamoru & Kak Rin - most important nak convinced kan customer), aku bebuat faham je lah.

p/s: Adik lelaki no.2 datang mlm tadi. Dia kena outstation kat KL sampai hari Jumaat. Adik pompuan no.4 pun ada sekali. Tapi pagi nih dia dah bertolak ke Kelantan.

p/p/s: Ada iklan baru lagi kat blog nih.. dari Mojikan.com.. rasanya site nih sesuai untuk kanak-kanak & remaja.. klik lah kat situ nahh :)

No comments: