KENGKAWAN

Friday, January 04, 2008

Bangsat

Teruk betul kan tajuk kali nih. Apa perasaan korang kalau orang yg kita sayang memanggil kita dgn perkataan tu?

Kalau aku lah kan, aku sanggup batalkan perkahwinan kalau dengar bakal suami aku panggil aku mcm tu. Biasanya orang yg berani memanggil orang kesayangan dia dgn panggilan camnih, mencerminkan perilaku dia yg sebenarnya. Besar kemungkinan lepas berkahwin nanti, si suami yg suka sangat menggunakan bahasa kesat nih, bakal menjadi seorang kaki pukul yg berjaya.

Dlm relation, adat lah kan kalau bergaduh. Yang perempuan confirm emo-terlebih. Rasanya semua lelaki maklum, orang perempuan nih memang suka membebel. Esp, taim gaduh. Uztaz kat tempat aku attend kursus kahwin tu pun berulang-ulang kali cakap: Perempuan nih memang suka berleter bila dia tak puas hati. Yang lelaki nih, bila dah bini derang tengah berleter, diam je lah. Yang ko nak ikut perangai perempuan ikut membebel sama kenapa? Kalau camnih lah situasi, memasing tanak mengalah, ada ke penyelesaian? Ada kut.. cerai je lah jawabnya.

Kalau aku dapat jenis suami mcm nih lah kan.. memula tu memang aku akan bagi peluang kedua. Mungkin terlepas kata ke haper. Yelah orang tengah marah. Lagipun ko dah kahwin kan, takkan simply nak mintak cerai. Tapi, kalau si suami tu jenis ketegaq. Asal gaduh nak mencarut.. asal gaduh nak mem-bangsat-kan bini.. asal gaduh nak maki hamun.. alamatnya, konpem 110% aku angkat kaki dulu. Apa hal aku nak stay dgn org camnih? Better aku blah awal-awal sebelum si suami tu naik 'sheikh' sampai nak membelasah aku, btul tak? Aku bukan jenis pompuan yg pesimis & takut hidup 'solo'. Lagipun aku mampu sara diri aku sendiri. Fikir sendiri lah dey, apa guna kahwin kalau 'pasangan' hidup ko tak dapat beri kebahagian. Aku tanak end up life aku kat hospital mental wooo.

Basically, nih ciri lelaki yg aku suka:

Penyabar : Paling penting mesti ada dlm setiap lelaki. Mcm yg aku tulis tadi. Perempuan nih memang akan membebel kalau ada mender yg buat dia tak puas hati. Jadi, sebagai lelaki, kalau anda rasa tak sanggup menahan telinga, dan kalau rasa mulu & tangan anda turut akan 'bergerak' selaju bebelan si perempuan, nasihat aku.. "Hentikan niat anda untuk berkahwin".. atau kalau ko dah kahwin.. "Penceraian adalah jalan yg terbaik untuk anda".

Pandai bawak diri : Aku paling menyampah kalau jumpa lelaki jenis pemalu yg amat @ berat mulut. Kalau bawak jumpa family kita, tapi tak reti nak berborak dgn orang tua, senyap sepi seribu bahasa.. lupakan lah jenis orang mcm nih. Tak boleh bawak dlm majlis. Paling menyusahkan bila si lelaki nih cukup pandai bawak diri bila diletakkan dalam kelompok orang perempuan daripada kumpulan lelaki. Hahh yg nih laaagii bahaya.

Bertanggungjawab : Yang nih luas pemahamannya. Tanggungjawab menjaga keluarga. Tanggungjawab memberi nafkah. Nafkah nih pun luas definasinya. Yang part dalaman tu tak payah lah disebut. Cuma yg nak ditegaskan disini, nafkah dari segi menyediakan keperluan hidup.. e.g., makanan, pakaian & tempat tinggal. Kalau semuanya harap bini selesaikan, baik tak payah kahwin. Tak penah dengar ke orang cakap.. "Duit suami tu duit isteri jugak tapi duit isteri tu milik si isteri jer unless si isteri tu sanggup berkompromi.

Beriman : Mungkin susah lah nak cari lelaki yg soleh. Tapi takkan lah basic agama e.g., solat & mengaji pun tak tau. Masakkk arr kalau camtu. Camner nak bimbing isteri kalau baghal nya dah ke tahap camnih? Antara sedar dgn tak, sebenarnya iman nih lah perkara yg paling penting sekali. Tanpa iman lah yg buat suami sering hilang sabar. Family porak peranda. Isteri pun mula lah kurang ajar. Ye lah, mana tak hilang rasa hormat bila tengok suami pun dua kali lima jer.

Bertimbang rasa : Saling appreciate tu penting. Lelebih lagi kalau pasangan tu sesama bekerja. Kalau rasa diri tu penat, orang lain pun penat juga. Jangan lah bila sesama dah sampai rumah tu, bini jer yg kena buat keje. Memasak, mengemas, membasuh.. Dan jangan lah bila bini dah hidang lauk pauk atas meja, si suami berlagak macam king suruh amikkan air, basuhkan pinggan, amik itu.. amik ini.. ewahhh. Memender kecik macam tu tak boleh buat sendiri?? Ingat bini ko tu hamba abdi? Setakat ko jaga keperluan asas dia je toksa lah nak demand lelebih. Lain lah kalau ko bayar gaji tetiap bulan. Tapi take note, kalau si suami willing nak bayar gaji pun, gaji yg nak dibagi tu mestilah TAK termasuk nafkah yg wajib diberi! Ada berani?!! Kalau aku lah kan, aku takde lah cari laki yg terlebih romentik. Cukup lah orang yg memahami yg sekali sekala tu aku perlukan masa untuk spend berdua dgn dia. Bukan masa berdua dlm bilik je ok! Maksud aku, keluar bersama, berbual & buat xtvt yg biasa kita buat sebelum berkahwin.. e.g., tgk movie, jenjalan, etc. Aku tak paham kenapa orang yg dah kahwin jarang buat xtvt santai camnih. Kalau tak caya, tanya lah pasangan yg dah kahwin, berapa kali derang keluar dating tgk movie dalam setahun. Jangan terkejut kalau ada yg cakap ada yg sampai 5 tahun tak penah masuk cinema. Bosanya hidup!!

Last but not least, Penuh dgn kasih sayang : Personally, aku suka lelaki yg gemar menunjukkan kasih sayang dia even depan family & friends. Lelaki mcm nih buat aku bangga. Even kalau dia ada kekurangan (maybe sebab tak sehensem mana), tapi aku bangga sebab kasih sayang dia pada aku melebihi segalanya. I'm queen of his heart, kata org. Aku tak perlukan lelaki yang depan kita sebut sayang berdegar-degar. Tapi bila depan family, lelebih lagi depan kengkawan, dia layan bini macam orang suruhan. Konon nak berlagak dia lah raja. Tak tunduk pada bini. Ego melangit.. harrkk tuihhh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...