KENGKAWAN

Monday, January 14, 2008

Persiapan lagi

Nothing much kalau nak cerita pasal persiapan wedding. Aku sekarang nih pun ala-ala blur gitu. Aku try untuk tak fikir lelebih. Sampai tahap nih, aku serahkan kan semuanya pada family. As for me, aku nak duduk dendiam and maintain ayu jer sampai hari 'besar' tu tiba.

As planned, wiken ritu balik Melaka. Antara mender yg aku buat taim kat kampung:
  • Hantar sebahagian barang untuk pelamin & bilik pengantin ke rumah nenek (coz majlis aku nanti buat kat sana). Nenek aku boleh buat lawak.. ada ke dia tanya kenapa beli bunga pahar lagi? Walhal aritu dia yg beria cakap bunga pahar yg aku beli dulu tak cukup dan suruh beli lagi. Hmm.. aku rasa nenek aku ada masalah short term memory lost. Matilah pelamin aku penuh dgn bunga pahar nanti.. uwaa..
  • Survey port & prop untuk sesi outdoor photographing (specially requested by encik Kukubesi). Permintaan photographer kami nih memang pelik. Dia tamau port bergambar yg cuNn / cantik. Dia nak kawasan yg pelik macam rumah kosong / kawasan yg spooky / ladang getah, etc. Part yg best, kami jumpa satu kawasan yg.. err.. tak boleh cerita. Tunggu je lah hasil gambar tu nanti.
  • Jumpa tok imam cum tok kadi kat kampung aku untuk hantar borang pendaftaran nikah yg Mamoru siapkan aritu. Now tinggal part aku untuk settlekan dokumen seterusnya. Aku serahkan hal nih pada bapak jer. One more thing, disebabkan aku anak sulung, ada additional dokumen yg bapak kena sediakan: surat nikah bapak dgn arwah mak. Surat nih penting untuk memastikan anak sulung (perempuan sahaja) tersebut bukanlah anak yang 'tidak sah kelahirannya'.. ada pahemm!
  • Pegi butik mak andam untuk fitting baju. Yang nih aku suka.. sakan kami melaram. Ok lah, sampai tahap nih, aku rasa biarlah aku reveal nama tempat andaman yg aku booked. Nama butik nih Teratak Mempelai. Ada tiga cawangan; Melaka, Ampang Point (KL) & Taman Dagang (sebelah UO Galaxy - dulu Giant) - (KL). Quite popular jugak lah. Kalau nak pilih baju persandingan / pertunangan / dinner, etc, memang sesuai. Ramai artis tempah baju kat sini. Bab make up artiste pulak, aku lum try lagi. Nanti lah, kalau dah try aku promot butik nih habis-habisan kat sini.
Minggu nih, maybe balik Melaka lagi. Ada banyakkk lagi mender nak dibincangkan. Esp part persiapan kenduri kat kampung.. penatnya.. tapi.. sabo.. sabo..

8 comments:

jj78 said...

jgn buat keje terburu2 tau... jj78 doakan yg terbaik buat aD.. tahniah

aD said...

cik june, insyaAllah. thanks for the wishes. aD pun doakan yg terbaik untuk cik june sempena tahun baru nih :)

Anonymous said...

Eh aD, I pun amik baju kat situ ekekeke. Kim salam kat Kak Aida =)
Dulu Kak Nadia ada kan, skang Kak Nadia dah kerja branch lain.

aD said...

anony, kebetulan pulak kita :)
aD kenal Nadia je.. Aida tak pasti pulak :)

jj78 said...

cik ad tanak ajak saya ke gi kenduri..hehehe..sedap ugak nasik minyak kan?

aD said...

cik june, nih musti cik june dah tukar email baru kan? aritu aD ada hantar invitation pada cik june & semua kengkawan plu. bak sini email baru.. aD memang berbesar hati kalau cik june & partner dapat dtg ke melaka nanti. jemputlah dtg.. *wink*

jj78 said...

best nyerrrr... ni email nyer yer jun78abdullah@yahoo.com

aD said...

cik june.. dah email :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...