KENGKAWAN

Tuesday, February 26, 2008

Honeymoon free II

Sabtu lepas, seperti yang dah dirancangkan, aku pegi Genting Highlands dgn Mamoru. Lambat kami gerak dari rumah. Dekat nak pukul 2.00 petang baru bertolak. Itu pun nyaris kami nak kansel je trip tu.

Kami sampai sana dalam pukul 3.30 ptg. Memula sampai tu agak tercangak-cangak jugak lah. Mengucap kami tengok jumlah umat yg beratur kat check in counter. Gila ramai! Tapi yang bestnya, kami tak perlu go trough the whole proses check-in segala. Semuanya dah tersedia. Siap ada welcome drink lagi. Merasa kami di rai ala VIP.. hehe. Masa nak masuk bilik, staff kat situ tanya sama ada kami nak join trip untuk round satu Genting. Aku geleng kepala. Takpe lah. Bukan aku tak penah rayau satu Genting. Dah naik muak rasanya. Baik aku spend masa-masa sejuk camtu kat dalam bilik sementara nak tunggu function lain.

Kul 6.00 ptg kami di escort ke Safari. Derang ada buat cocktail kat sana. Impress jugak bila satu kelab malam tu derang booked khas untuk kami. Masuk je Safari, kami di sambut oleh waiter / waitress yg berpakaian ala-ala kaum Zulu. Derang served air kelapa mawar sorang sebijik. Best!

Kat dalam kelab malam tu dah tersedia makanan untuk dinner. Susunan makanan pulak, memang heaven! Macam-macam ada! Sampai terlupa aku sekejap yang kami berada dalam disco taim tu.. ahahaha belasahhh..

Tengah syiok makan, air kelapa aku habis lah pulak. Sib baik tak tercekik daging kambing yang aku telan bila waiter kat situ hulur beer. Cecepat aku geleng kepala. Rupanya, kat dalam kelab nih derang just serve beer & assorted wine for free. Patut lah sepuluh-kali-sekejap ada je waiter yg datang hulur gelas berisi arak kat kami. Jenuh nah menggeleng. Kut muka aku nih macam muka mat saleh gamaknya (wakakaka). Tu yg dia asyik la offer air setan tu kat kami. Aku suruh budak waiter bawak dua gelas coke je. Masa aku baru je nak sua kan air coke ke bibir, Mamoru tegah aku. Dia curious dgn kandungan air tu. Takut kekalau derang campur dgn arak. Mamoru suruh budak waiter tu bawak air kosong je. So, minum air kosong je lah. hehe. Apa pun, aku puas hati dgn makanan malam tu. Sedap!

Lepas dinner, kami di bawa pegi tengok show Dreamz kat Pavillion. Lebih kurang macam musical theater jugak lah. Menarik! Siap ada pertunjukkan magik, akrobatik, silap mata dan paling best, dapat tengok singa warna putih live! Excited sangat walaupun taim tu aku cuak nak mampus takut singa tu terkam kami.. hehehehe.

Ahad, pepagi lagi kami dah gerak turun dari Genting. Spent saki baki cuti kat Kuala Selangor.

Malam tadi, masa nak beli perabot rumah, aku terserempak dgn Adhazira dgn Syed (labyrinth). Hujung bulan tiga nih derang kahwin. Wahh.. tak sangka ey ramai memember gunung yg aku kenal kahwin tahun ni. Alhamdullilah. (InsyaAllah, kalau takde aral, aku pegi kenduri korang nanti)

Ops, aku stop kat sini dulu lah. Nenanti citer lagik. Mamoru dah called. Aku kena pegi opis lama dia kat USJ. Jabatan lama tempat Mamoru keje dulu buat majlis khas sempena perkahwinan kami kat sana. So, wajib utk aku pegi.. hehehe syiok kan? Tak hehabis orang celebrate perkahwinan kami. Rasa dihargai sangat! Ok la nahh.. baiiii

2 comments:

angah said...

Selamat pengantin baru, semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki...

Boss Lama :P

aD said...

thanks puan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...