Friday, February 15, 2008

Honeymoon free

Semlm aku dapat invitation untuk corporate night kat Genting wiken depan. Ada hapakemender ntah. Aku tak baca sangat itinerary dia. Yang aku tau, semuanya ditaja (hehehe). Dari meals, transportation, accomodation, etc. Kira nih hadiah untuk pre-honeymoon aku lah kut. Aku tanya Mamoru, dia nak pegi tak? Dia kata ok, tapi bab transport, dia nak drive sendiri.. takmo naik transport yg Genting provide untuk kami. Senang nak bajet masa katanya. Kang susah pulak kami nak menyelinap berdua-duaan ke mana-mana. Hik.

Untuk honeymoon.. hmm.. aritu kan aku ada plan nak ke Cameron. Plan tu still 'on' tapi mungkin berubah sikit. Aku & Mamoru dah setuju nak angkut semua adik-beradik aku (termasuk adik tiri sekali) pegi bercuti sama. Kena sewa apartment besar lah nampak gayanya. Tak jadi ke Lakehouse. Ekceli, adik lelaki no.2 ada gak buat plan nak ke Cameron untuk celebrate first anniversary derang, dah alang-alang tu, better aku buat family trip je kan? Meriah sikit (psstt Ida, bila kita nak gerak? hujung bulan ni amcm?)

Malam tadi, sekali lagi kami pegi mengecat. Dapat siapkan bilik tidur utama & dapur. Sempat kami buat border kat hall depan. Comei! Sekarang nih, tinggal dua bilik je lagi belum bercat. Isnin nih start mengangkut barang pulak. Harap semuanya selesai on time. Banyak dah masa yg terganggu. Banyak tanggungjawab yang tak sempat aku buat. Setakat hari nih, jangankan memasak, nak buat air untuk Mamoru & adik-adik pun tak sempat ok!

Esok, aku ada hal sikit kat UPM Serdang. Petangnya maybe gerak balik Melaka - nak kenalkan suami kat sedara-mara kat Melaka - adat orang baru kahwin katakannnn..

Kat bawah nih gambar berinai masa hari Jumaat lepas. Gambar persalinan, outdoor & resepsi menyusul kemudian nahh.. tungguuuu... hik!

3 comments:

Anonymous said...

hi aD.congratulations.saye ni silent reader awak.nak jadi citer, ur hubby tu my other half nye kawan.u sangat chantek dlm wedd pics tu.

Anonymous said...

ef, terima kasih atas compliment & sudi baca blog nih. nanti boleh lah kita jumpakan derang ek? boleh kenal-kenal sekali :)

Anonymous said...

insyaAllah, nanti bile² leh la kite jumpe..