Wednesday, February 13, 2008

Cerita tentang majlis aku

Semalam almost tengah malam baru aku balik rumah. Penat duk pasang alas tikar getah kat rumah baru. Kesian Mamoru & adik-adik lelaki aku kena buat kerahan tenaga memalam buta. Pagi tadi kul 5.00 pagi aku terjaga sebab kaki rasa sejuk sangat. Rupanya aku tertidur atas lantai kat depan tv. Patut lah sejuk semacam. Ingatkan aku sorang je tido camtu, Mamoru pun sama - mengerekot macam udang kat sebelah aku.. Ciannya. Penat sangat lah tu.

Hari nih still tak boleh rilek lagi. Nak mengecat rumah baru. Mamoru pilih warna hijau apple & putih. Warna rumah sedia ada tu merah sangat. Nampak garang & berbahang. Lepas urusan mengecat selesai nanti baru lah boleh fikir mcm mana nak angkut bebarang pindah sana pulak.

Ok, now jom bukak sesi bercerita tentang wedding aritu:

1 Februari 2008

Aku dah start cuti. Masih kat KL lagi. Tak buat apa pun arinih. Lepak kat rumah sambil habiskan jahitan tepi untuk bilik pengantin. Ebi (room-mate adik pompuan aku kat Unisel) tolong sama menjahit. Hampir malam jugak lah baru settle.

2 Februari 2008

Spent sepanjang hari dgn Mamoru. Merayau satu KL cari bunga kek untuk dihias pada pulut kuning & printed signboard untuk ke rumah pengantin. Lewat petang baru bertolak balik ke Melaka. Penuh satu kereta dgn barang hantaran. Janji nak jumpa adik lelaki no.2 & wife dia kat Tesco Melaka. Tapi, ntah camner boleh tersesat kat Bandar Hilir. Jalan jem lak tu. Kelakar pulak bila orang Melaka sesat kat negeri sendiri. Nih adik lelaki aku no.5 punya pasal lah. Guide tak betul.. asyik layan awek bersms je. Sib baik aku ingat lagi selok belok jalan kat town nih. Kami sampai Tesco almost pukul 10.00 malam. Mungkin dah rezeki, sampai je kat entrance Tesco, ada satu kren turunkan limau mandarin yg baru sampai. Still fresh & sejuk lagiii. Aku borong 16 kotak limau (lebih 500 biji). Ekceli limau nih akan diguna untuk bagi pada tetamu (ganti telur). Terpaksa guna kereta adik lelaki no.2 untuk angkut limau. Malam tu kami tidur rumah dia kat AG. Layan movie sampai terlelap depan tv.

3 Februari 2008

Pepagi buta kami dah bertolak ke KL semula. Naik dua kereta. Nak ambik separuh lagi barang hantaran. Banyakkk gila ok. Dua trip baru habis. Ada sikit masalah yg hari nih. Aku dapat called dari mak andam. Kak Hanis kata ada problem last minit. Make up artist (Didie) yg sepatutnya datang untuk siapkan aku ada hal. So, kak Hanis kena ambik alih tugas dia. Aku risau gila sebab kak Hanis sendiri dah ada majlis perkahwinan kat kampung lain yg dia kena siapkan. Mcm mana dia nak bahagi masa untuk dua majlis yg berjalan serentak? Aku kecewa jugak lah. Bukan sikit bayaran untuk mak andam nih ok. Aku sms kak Hanis. Aku tak marah.. ayat aku simple je.. "Salam akak, saya risau. Takut sangat majlis saya jadi kelam kabut dan tak jadi seperti apa yg saya nak"... Mood aku tak berapa ok taim nih. Mamoru ajak kami gi Summit jap. Layan bowling gegamai. Nak hilangkan stress aku la nih. Memang menjadi taktik dia. Terlupa kejap masalah. Kelakar pulak bila fikir orang kat kampung duk bz buat persiapan majlis, pasangan pengantin pulak syiok melontar bola bowling. Macam tak bersalah je gayanya. Malam tu kami layan movie sampai pagi.

4 Februari 2008

Pagi nih aku & Mamoru buat last checkup dgn dentist. Pastu memasing gerak balik kampung. Mamoru ke Kuala Selangor, aku dgn adik-adik ke Melaka. Transfer bebarang kat umah nenek, pastu patah balik gi umah adik lelaki aku angkut limau pulak. Fuhh.. masa aku banyak habis atas jalan je. Malamnya, aku tidur rumah nenek. Kemas bilik pengantin & pasang langsir satu rumah.

5 February 2008

Aku selsema. Kecoh satu rumah bila tau aku selsema. Semua risau takut aku demam mcm arituh sampai kena masuk spital. Aku nak tolong angkat pinggan / menyapu pun nenek tak bagi. Adik pompuan aku yg no.6 sampai tak puas hati tengok aku duduk rilek je. Ye lah, dia kena buat memacam keje. Kesian gak kat dia (takpe lah dik, nanti ko kahwin, Along pulak yg buat semua keje ok?). Pagi tu orang dah start pasang kanopi. Bila dah siap pasang, aku duduk sengsorang bawah kanopi tu.. aku still mcm tak percaya kanopi tu, majlis tu dan kenduri tu untuk meraikan perkahwinan aku.. seriyes sey.. aku terharu sangat saat nih.

6 Februari 2008

Petang, aku ke butik mak andam. Dapat berita gembira dari kak Hanis. Katanya, dia sendiri akan datang siapkan aku. Pengantin lagi satu tu orang lain take over. Hepinyaaa.. sampai terjerit kak Hanis kena peluk dgn aku. Lepas puas hati dgn persiapan kat butik mak andam, aku gi Pengkalan Balak, settlekan baki payment chalet yg kami booking untuk guests. Malam tu, kak Hanis datang pasang pelamin. Warna tema aku putih & pink (jambuu youuu!). Masa rangka pelamin nih siap, aku mcm tak puas hati lagi.. nampak macam simple sangat. Sekali lagi aku rasa mcm tak berbaloi duit ribu-raban yg aku bayar untuk pelamin simple camtu. Aku tak boleh nak buat apa.. lagipun taim nih aku sibuk di inaikan oleh dayang-dayang istana (adik pompuan aku). Habis tangan, jari kaki & keliling kaki aku penuh inai. Seksa woo nak menunggu inai kering.. sampai tertido atas kusyen ok!!

7 February 2008

Subuh gelap aku dah bangun. Inai kat jari dah kering. Sayang, walaupun pakai satu malam, inai dia tak merah sangat. Tapi aku dah ada back up. Pagi tu aku tempekkan pulak inai Arzoo (India mali) kat jari. Aku pakai dua jam je tapi hasilnya bila dah combine dgn inai pokok yg aku pakai malam tu memang marbeles. Merah menyalaaa!! Semua orang duk tanya mcm mana inai aku boleh merah camtu. Sampai ada satu makcik nih siap amik inai aku bawak pi umah sedara dia. Kata dia pengantin pompuan sana inainya pucat lesu.. hehe. Pagi tu aku buat keje gila. Aku suruh adik lelaki no.2 & wife dia kidnap aku gi KL. Nak buat ukiran inai kat sana. Kitaorang ingat misi tu berjaya dirahsiakan. Sekali pacah jugak. Terkejut nenek aku bila tau pengantin lari ke KL semata-mata nak buat ukiran inai kat tangan & kaki. Sib baik tak kena marah.. wakakaka. Teruja aku tengok kaki & tangan aku merah menyala. Aku suka!! Balik dari KL petang tu, aku tengok pelamin aku still tak ada perubahan. Lantak ler. Aku malas nak fikir lagi masa nih. Oh, bilik pengantin dah siap. Putih-seputihnya warna cadar aku. Di hias pulak dgn tirai & bunga plum warna pink. Cantik!

8 Februari 2008 (Jumaat)

Pukul 6.30 aku dah bangun. Bila fikir hari nih aku akan bernikah, aku jadi nervous sgt. Masa nak turun dari serambi ke ruang tamu, nenek tarik tangan aku ke luar rumah. Dia mcm eksaited nak tunjuk sesuatu. Bukak je pintu aku rasa nak melompat je. Penuh halaman rumah nenek dgn bunga hidup. Dari kekwa putih & pink sampai lah ke bunga ros pink.. rasa mcm dalam taman pulak. Lebih mengujakan bila kak Hanis cakap bunga hidup tu akan dihias kat pelamin aku.. wah.. wah.. wah.. Aku ingatkan pelamin aku simple camtu je, rupanya bila dah letak bunga-bunga segar tu.. walla.. mcm dalam tamah pulak rasanya! Aku puas hati sangat dgn pelamin nih. Memang berbaloi lah duit ringgit yg aku bayar kat Teratak Mempelai nih. Pukul 12.00 tengahari kak Hanis start make up kan aku. Aku suka cara dia make-up. Takde lah over sangat. Awal-awal aku inform tanak pakai bulu mata palsu sebab bulu mata aku nih memang dah terlebih panjang.

Habis je sembahyang Jumaat, rombongan Mamoru sampai kat rumah nenek. Ramai gila tetamu datang (kelebihan buat majlis nikah kat rumah) Cuak beb.. Tuhan je yg tau camner berdebarnya hati aku saat camtu. Dua kali lafaz tak berjaya. Masuk yg ke tiga, alhamdullilah... akhirnya aku selamat bergelar Isteri buat Mamoru. Bila lafaz taklik dibaca depan aku, air mata nih nak mengalir.. tapi aku tahan. Masa Mamoru serah mas kahwin dan pakai kan rantai tangan pun aku boleh cover lagi. Tapi bila Mamoru cium dahi aku.. laju je air mata nih turun. Aku rasa bersyukur sangat, rasa mcm aku lah orang yg paling bahagia dalam dunia nih. Syukur alhamdulilah. Habis je majlis & layan tetamu, aku keluar pegi pantai Telok Gong dgn encik Kukubesi - sesi oudoor shooting.

Malamnya sekali lagi aku di make-up kan. Habis make-up je dah pukul 8.15 malam. Tak sempat nak pakai baju persalinan, terus pakai baju sanding warna peach-gold. Aku suka baju nih. Sangat exclusive. Aku orang first yg merasmikan tau! Memang teruja sangat bila diarak dgn paluan kompang & percikan bunga api. Aku genggam kuat tangan Mamoru masa nih. Eksaited gila. Masa kat atas pelamin pun sama. Tataw mcm mana nak describe perasaan nih. Aku hepi.. hepiiiii! Err, malam nih kami tidur berasing. Family Mamoru tak bagi kami duduk sebilik. Sebelum balik, sempat Mamoru kiss dahi aku. Hik.

9 Februari 2008

Pepagi buta aku dah di make-up kan. Aku reject tiga persalinan (baju tradisi melaka, baju cik siti wan kembang & sari) sebab takut tak cukup masa. Aku just pakai tiga jenis jer (korea, puteri perak & gaun). Bak kata photographer aku, toksah pakai bebanyak.. kelam kabut nanti. Masa bersanding, aku pakai baju warna light pink. Adik aku cakap, aku nampak mcm anak patung je.. hehe. Siap pakai contact lens kaler grey gitu. Alhamdullilah, majlis aku berjalan lancar & jadi seperti mana yg aku nak. Cuaca pulak mcm berpihak pada aku.. cerah sangat! Lepas majlis, aku & Mamoru bergegas ke kawasan Kuala Sungai Baru untuk sesi outdoor shooting yg penghabisan. Balik dari bergambar, ada dua biji kawah besar menunggu kami. Yep, memang dah jadi tradisi keluarga, pengantin yang baru kahwin dikehendaki mencuci kawah. Kira macam gurauan lah dalam family. Mamoru sporting sangat. Dia buat tanpa banyak soal. Malamnya, aku ajak Mamoru pegi kenduri kahwin member aku kat kampung tu. Kami pakai baju hijau lumut masa bertunang dulu. Memang jadi tumpuan sangat. Pengantin melawat pengantin lah katakannnn. Balik dari kenduri ada sesi bukak hadiah. Banyak gila hadiah yg kami apat. Seriyes banyak sampai sedara mara aku pun terkejut. Sayangnya ada few hadiah aku tak dapat detect dari siapa sebab ada kad-kad ucapan yg dah tertanggal dari hadiah (thanks pada yg memberi.. aku ada simpan kad yg korang bagi tu)

10 February 2008

Ops, jangan ingat kenduri dah habis ok. Ada lagik! (Jap nak luruskan jari - penat menaip ok!) Awal pagi nih kami bertolak ke Kuala Selangor. Ada kenduri kat rumah Mamoru pulak. Jalan jem gila. Merasa lah pengantin tersangkut dalam traffik. Plan nak bersanding & tepung tawar lepas zohor ditunda ke Asar. Alhamdullilah, semuanya selamat. Lewat petang family aku bertolak balik Melaka. Malam, lepas habis berkemas, ada sesi bukak hadiah lagi.. penuh lah rumah aku dgn hadiah nanti. Pening nak memikir mcm mana nak bawak semua hadiah tu balik KL. Rasa mcm tak muat nak sumbat satu keta. Kena buat dua trip nampaknya..

**************************************

Gitu lah serba sikit tentang majlis pernikahan & persandingan aku aritu. Satu kenangan yang paling manis dalam seumur hidup aku nih :)

Sekali lagi, pada yg datang aritu, terima kasih yg tak terhingga dari aku & Mamoru. Korang memang best lah. Maaf lah kalau tak dapat layan lelebih. Tapi aku cuba jugak untuk berjumpa & tegur semuanya. Paling tak percaya bila abang angkat plu (dlm internet - bdkleovirgo) sanggup datang all the way dari Kemaman (thanks a lot cik Am!).. same goes to: Bestfriend aku (Nazry & wife), Geng kampung (Faizah, Sarah, Ita, Ana, Ina, Nin), Geng gunung (Ayu, Mak Su, Daboom), Geng Kelab Rekreasi Erat Pesona Kuala Selangor (Ramai sgt.. tak tertulis kat sini), Classmates masa belajar dulu serta Cik June, partner & friend.

Special thanks buat adik-beradik aku, bapak, saudara-mara & saudara sebelah suami tersayang (Mamoru). Tanpa restu mereka semua apalah ertinya majlis kami.

Satu lagi, Parlimen kita dah dibubarkan tadi.. sebulan pasnih boleh la kita pi mengundi.. mari lah mari kita mengundi.. jangan lupa kan kewajipan pada negara! (err.. apa kaitan dgn citer wedding??).. wakakakaka...

1 comment:

Idham said...

keep in touch...sy kagum.wanita ada hobi panjat gunung..sy panjat tangga umah ajer.Cabai Burung