Thursday, February 21, 2008

Cantik

Aku baru dengar lagu nih. Selalunya memang susah lagu sekarang dapat tempat dalam kepala aku nih. Maklum lah lagu berbahasa melayu sekarang (be it Indon or Malay) banyak yg takde kualiti. Ntahapehaper liriknya. Lelebih lagi lagu yg asyik la duk cerita tentang kekasih gelap, hubungan sulit, jatuh cinta kat bini orang, cemacam lah lagi. Bangga sangat bila banyak perkara yg tak senonoh camtu jadi. Siap dedicate dalam lagu lagi ek? Kita pulak kemain lagi duk sokong sama. Macam tak bersalah je bunyiknya.

Anyways, lirik lagu yg aku paste kat bawah nih memang menarik. Susunan ayat yg sopan dan cara penyampaian pun bersahaja. (sorry aku tataw siapa penyanyi or tajuk lagu nih). Lirik lagu nih berjaya buat aku cemburu dgn wanita yg dimaksudkan. Aku nak jadi wanita dalam lagu nih. Aku nak kehidupan yg sama seperti yg diceritakan dalam lagu nih. Paling aku nak.. Mamoru nyanyikan lagu ni untuk aku.. hehe.

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawanmu dan yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila berkata

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dgn lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab ke 2 dan seterusnya

Cantik
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangkadi jiwa
Oh cantik
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tua ku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Kita tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Cantik
Secantik suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Cantik
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Oh cantik
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia.. masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa

Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kejar ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahnya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

8 comments:

sky said...

betul cik ad. lagu ni memang mabeles. smlm 1st time dgr dalam keter masa pulang dr kerja, terus jatuh chenta dengan wanita dalam lagu ni. hehehe..

anyway, sonok kan..kan.. lagu ni?

Anonymous said...

is, btulll setuju. jom nyanyi sesama :)

Anonymous said...

ni lagu lama.. lagu indon.. cik sue lupa sapa penyanyi dia.. tp skrg dh di upgrade.. latest yg dok ada kat radio tu Altimet feat Adeep Fabulous Cats yg nyanyi...

sky said...

hahaha..trus saya gigih carik n donlod sekali.pastu hah, amik kau doblas kali repeat.. :)

Anonymous said...

lagu nih fabulous cat ngan slh sorang ahli kumpulan lain... tak pasti kump ape.. flyfm ngan hotfm selalu main lagu nih.. enjoy!

Anonymous said...

cik sue, thanks for the info :) cik sue makin hepi skrg ek *wink*

is, doblas? ih ih ih.. mesti dah boleh hapal lirik nih. nanti leh nyanyi utk cik june pulak.. hehehe

eid, jom berganding bahu ke bahu, goyang kiri kanan layan lagu nih :)

Anonymous said...

epi ke? alahai.. boleh la sikit2.. maybe cik sue epi sbb cik senget dh jumpa org yg bley menjaga ck senget hingga tua.. (amin).. jaga cik mamoru bebiak k... memuah

Anonymous said...

time kaseh cik sue.. *hugs*