KENGKAWAN

Wednesday, February 20, 2008

Pindah rumah

Aku dah officially pindah ke rumah sewa baru kat Bandar Tasik Permaisuri. Bebarang aku dah transfer sejak dua hari lepas. Tapi still ada separuh lagi kat rumah lama (Taman Desa). InsyaAllah, petang nih nak sambung mengangkut barang lagi.

Aku rasa life aku selepas berkahwin nih sangat menarik. Terlalu banyak excitement yg menunggu. Tak sabar rasanya nak melalui perkara-perkara menarik nih. Biasalah kan, orang baru kahwin. Kalau boleh, semua nak buat bersama.. nak makan sesama, pergi bercuti sesama, sambut hari-hari penting sesama, puasa/raya sesama, tunggu kelahiran baby sesama.. *wink*.. (oh, please jgn tanya soalan 'itu', aku belum mengandung lagi lah. Baru doblas hari kahwin maa!). Doakan lah semuanya dimakbulkan Tuhan. Amin.

My hubby a.k.a encik Mamoru (cewahh, bangga nih) simple je orangnya. Esp, bab makan. Lauk peberet dia; nasi panas dgn ikan kembung masak pedas. Lauk lain dia tak heran sangat. Simple kan? Senang keje aku.. hehe. Tapi tu tak bermakna aku boleh ngelat. Kena gak pelbagaikan jenis masakan. Makan ikan kembung hehari mana boleh tahan beb.. nak gak rasa lauk lain. Lagipun, family Mamoru semuanya terer dlm bab masakan. Mamoru pun terer ok! Setakat nak cerita pasal bebahan nak buat kuih atau jenis-jenis kek, memang tader hal punyerlah. Even port mana nak cari bebahan tu pun dia tau. Kalah aku! Sebut pasal makan nih, family Mamoru ada satu resepi turun-temurun untuk buat serunding udang. Nenek dia memang pakar dalam buat serunding udang. Lama dah aku pasang niat nak belajar resepi nih. Kalau sempat, bila balik Kuala Selangor nanti, aku nak menuntut semua ilmu memasak dari nenek Mamoru, insyaAllah (Note: hujung tahun nih, genap 80 tahun usia nenek Mamoru)

Wiken aritu, settle je hal kat UPM, aku gerak balik Melaka. Spent masa dgn melawat sedara-mara kat dalam kampung tu. Seronok jugak, rasa macam raya je. Yang best, setiap kali nak masuk rumah sedara, mesti derang cakap.. "pengantin datang! pengantin datang melawat!".. ahaha. Comel je. Sedara-mara aku mostly terdiri dari nenek-nenek je. Datuk ramai yang dah tak ada. Kelakar pulak bila salah seorang dari nenek-nenek aku (nenek Temah) bukak cerita pasal adik lelaki aku yg no.2 masa dia kekecik dulu;

20 ++ tahun dahulu...

Adik lelaki no.2: "Nek, kenapa Sham ada banyakkk nenek? Datuk mana nek?"
Nenek Temah: "Datuk ko semua dah tak ada. Tinggal nenek-nenek je lah yang ramai.."
Adik lelaki no.2: "Datuk semua pegi mana nek? Dah mampos ye nek?"
Nenek Temah: "Ehhh bertuah punya cucu.. ingat ayam ke apa? Dah meninggal lah.. bukan mampos."

Wakakakaka.. kelakar gila. Terkikik kitaorng semua gelak. Maklum lah bebudak. Orang Melaka lak tu (bahasa kasar sikit). Maybe umur adik aku baru empat / lima tahun taim tu.

Pasnih turn melawat sedara sebelah Mamoru pulak. Kita tunggu apa cerita kelakar dari family dia.. hehehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...