KENGKAWAN

Thursday, June 02, 2011

Jom Jogging

Dah masuk bulan 6. Kejap je dah habis setengah tahun.

Awal bulan depan ada trip masuk hutan. Tak tahu lah level trek tu macam mana. Hardcore ke, intermediate ke. Aku tak penah sampai lagi ke Korbu-Gayong. Tapi yang pasti bulan trip lenggang mak limah lah kan. Kalau ikut cakap Mizi (yang memang suka menyakat) dia cakap trek tu jarang orang nak pegi. Banyak pacat dan banyak kena meniarap. Bunyik macam susah je. Siap ada orang asli mabuk dalam hutan suka curi barang taim orang tengah tido katanya. Biar betul Mizi nih. Buatnya orang asli tu curi baju aku.. huhuhu.. tak pepasal aku jadi Tarzanita - pakai cawat je taim trekking. Seksi ko Kiah.. AUMM.

Macam mana pun, aku tak boleh lah underestimate setiap gunung yang aku nak conquer. Training tetap training. Cuma tu lah.. tang bila nya aku nak treneng nih? Weekday sibuk keje pagi bawak ke petang. Malam lak kena spend masa dengan anak-anak (kalau tak, aku meroyan sebab tak dapat berkepit dengan hero hensem dua orang tu).

Weekend pulak sibuk dengan job makeover. Tu tak termasuk kelas tutorial untuk anak-anak yatim (twice a week) dan kelas tarian (also twice a week). Kelas tarian nih aku terpaksa join untuk performance masa teambuilding department aku nanti. Nih pun satu hal gak. Kalau buat tarian zapin tu aku boleh consider lagi. Nih kena buat Waka-Waka dance. Jenis yang banyak step terkangkang dan terkinja-kinja. Matilah kena gelak wakakakakakaka dengan colleagues aku nanti. Boleh tahan kayu jugak badan aku nih.

Ok berbalik pada cerita treneng tadi.

Lepas bincang punya bincang dengan Mamoru, ada satu cara je untuk kami treneng: Jogging sejam setiap hari start dari pukul 5 pagi sampai pukul 6 pagi. Bunyik macam senang kan? Hello, pukul LIMA PAGI Tataw lah boleh ke idak. Mamoru cakap start esok. Well, see. Sama kami bebetul keluar excercise atau jogging atas katil je.. huahuahua.

Kita tunggu esok!

2 comments:

SegaLanya Saya said...

kak Ad, penah naik Korbu-Gayung once.. pacat byk.. jage2 jgn lnggar sarang lebah ye.. yg lain tu sure kak Ad bole redahnye.. anyway Subhanallah.. view atas puncak sgt cantek.. gud luck ye!!

lydiarahayumahmod said...

insya allah boleh punya...
husband dah bagi green light...dan sanggup teman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...